BAB 1

33 1 4
                                    

"Assalamualaikum!Ibuuu!!!"

Datin Sri Mardiana yang sedang membelek pokok bunga orkid kesayangan terkejut apabila mendengar suara anaknya,Emran Harraz.

Seketika kemudian tubuhnya sudah berada didalam pelukan sang anak.

"Masyaallah!Along!!terkejut ibu tau."kata Datin Sri Mardiana dengan nada yang marah.Marah-marah manja.

"Hehehe sorry,ibu.Along tak sengaja nak buat ibu terkejut."Emran masih memeluk ibunya.Rindu!!

"Hmm,yelah tu.Eh ni kenapa balik tetiba ni?Tak cakap pun kat ibu yang along nak balik sini?"Hairan melihat anaknya tiba-tiba memunculkan diri di rumahnya.SELALUNYA bukan main liat anaknya itu nak balik kesini.Bila dipaksa barulah Emran akan balik.

"Saja je.Lagipun Em rindulah dengan ibu.Dah lama along tak jenguk ibu.Tu yang Em balik sini."Tubuh tua si ibu ditarik ke kerusi yang berada di tengah laman rumah banglo dua tingkat itu.

"Tau pun rindu kat ibu.Ingatkan dah lupa dah kat ibu ni."kata Datin Sri Mardiana.Nada suaranya seperti berjauh hati sahaja.

Emran melihat ibunya dengan pandangan penuh kasih."Mana boleh along lupakan ibu.Ibulah satu-satunya ibu Em.Em minta maaf sebab dah lama tak jenguk ibu ayah dengan adik.Lately ni along busy sikit."pujuk Emran.Tidak sampai hati bila melihat wajah tua itu kesedihan.Dia akui yang dia sudah lama tidak meluangkan masa bersama keluarganya tambahan lagi dia kini duduk bersendirian.

Datin Sri Mardiana mengeluh kecil.Dipandang wajah kacak anaknya itu.Dibelai pipi putih Emran dengan penuh kasih."Takpe,ibu faham yang along banyak kerja.Ibu tak kisah pun."

"Thanks ibu,sebab faham along."kata Emran dengan nada yang ikhlas.

"Dah,jom masuk.Along cakap je nak makan apa,nanti ibu masakkan."Datin Sri Mardiana menarik lengan sasa Emran agar masuk kedalam rumah.Gembira hatinya apabila anaknya balik ke rumah.

------------------------------------------------------------------------------------------

DATIN Sri Mardiana gembira melihat anaknya makan masakannya dengan penuh selera.

"Along!Makan tu perlahanlah sikit.Nanti tersedak kan susah?"Tegur Datuk Sri Khairi kepada anak sulungnya itu.

Emran tersengih malu apabila ditegur begitu oleh ayahnya."sorry ayah.Dah lama tak rasa masakan ibu."kata Emran.

"Tulah along,jarang sangat balik sini.Kan dah rindu nak rasa masakan ibu"sampuk adiknya,Emelda Husna.

Emran memandang wajah jelita si adik sebelum berkata,"Yelah,salah along sebab dah lama tak balik sini."

"Eleh,orang usik sikit je.Itu pun nak merajuk!Apalah along ni.Buruk benar muka orang tua merajuk ni"Emelda masih mengusik si abang.Puas melihat si abang memuncungkan bibir.

"Adik ni!Suka sangat usik along."marah Emran.Geram dia dengan perangai nakal si adik.Dicubit sekuat hati pipi gebu Emelda sehingga merah jadinya pipi putih itu.Apalagi menjerit sakanlah si adik apabila dicubit.

"Ibuuuuu!!Tengok along ni."adu Emelda kepada Datin Sri Mardiana.

Datin sri Mardiana hanya ketawa melihat adegan anak-anaknya itu.Bukannya mahu membela Emelda,lagi digelakkan adalah.Sebal Emelda dibuatnya.

Datuk Sri Khairi hanya mampu meggeleng sahaja melihat gelagat si anak.Pening kepala dibuatnya.Ada dua orang anak pun pening kepala dibuatnya.Tidak dapat dibayangkan kalau dia dikurniakan anak yang ramai.Mahu sakit jantung rasanya.

"Along!adik!Dah lah tu.Asyik nak bergaduh je kerjanya.Cepat habiskan makan tu.Lepas ni boleh solat jemaah sama-sama."kata Datuk Sri Khairi.

"Aip Aip captain"serentak kedua dua beradik itu berkata.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Emran Harraz melabuhkan duduk dia atas kerusi empuk miliknya.Briefcase yang dibawanya diletakkan di tepi meja kerjanya.Interkom segera ditekan,"Laila,masuk sekejap."arahnya.

Tok tok tok

Ketukan di pintu kedengaran.Segera dia memberi arahan masuk.

"Yes, bos?"tanya Laila, setiausahanya.

"Hmm, hari ni saya ada meeting ke? "

"Wait a second, let me check. "Laila segera membelek notebook yang sentiasa dibawanya.

"Hari ni bos ada meeting dengan wakil syarikat MW Holding untuk bincangkan tentang projek hotel di Krabi. Then, you have lunch date with Miss Tina. Itu sahaja jadual bos untuk hari ni. "

"Ok ,I get it. But I want you to cancel all of my schedule today. I don't want anyone disturb me this day.understand? "Kata Emran kepada Laila.

"Alright bos. I get it. "Laila terus meminta diri untuk menyambung semula kerjanya.

Emran menyandarkan diri ke kerusi.perbualan ringkas dengan ibunya semalam masih terngiang ngiang di telinga.

~Flashback~

"Along"panggil Datin Sri Mardiana apabila dia terlihat Emran sedang berjalan menuju ke biliknya.

Emran memandang ibunya. Kakinya terus melangkah ke sofa yang diduki oleh ibunya. "Ye, ibu.Ibu nak apa apa ke?"soalnya.

"Ibu nak cakap sikit, boleh?"Ditarik tangan anaknya dan didudukkan Emran disebelahnya.

"Ibu nak cakap apa?Hal penting ke?"Dipandang kasih wajah si ibu.

"Along masih teringatkan arwah lagi ke? "Berhati-hati Datin Sri Mardiana menyusun kata.Takut kata-katanya akan melukakan hati si anak.

Emran terpana mendengar soalan daripada mulut ibunya itu.Kelu lidahnya untuk menjawab soalan itu.
Dia menghela nafas. Perit rasa dihati apabila mengenangkan orang yang disebut ibunya itu.

"Along"panggil Datin Sri Mardiana apabila melihat anaknya seperti barada di dalam dunianya sendiri.

"Ye, ibu. Hmmm, along pun taktau nak cakap macam mana. Tipulah kalau along kata tak teringat. Setiap masa along teringatkan 'dia'. Susah untuk along lupakan 'dia'.'Dia ' isteri along, ibu. Suami mana yang tak teringatkan isterinya walaupun isterinya sudah meninggal dunia. "Sayu suara Emran berkata. Sebak mengingatkan arwah isterinya yang hampir setahun meninggalkan dirinya keseorangan di dunia ini.

"Tapi along, kita yang hidup ni perlu teruskan hidup.Tak baik meratap macam ni. Arwah Melisa pun taknak tengok along hidup dalam keadaan macam ni. Dia mesti sedih. Sudah- sudahlah meratap atas apa yang dah berlaku. Dan itu tak bermakna along kena lupakan arwah.

Sampai bila along nak hidup macam ni? Along tak kesian dengan ibu ke? Ibu sedih bila tengok keadaan along sekarang ni. Dah macam takde semangat je. Mana perginya Emran Harraz yang dulu?Ibu rindu sangat anak ibu yang dulu."

Sayu hati Emran mendengar luahan hati ibu. Dia sedar yang dirinya bukan lagi seperti dulu setelah pemergian arwah isterinya dan tidak dia sangka bahawa perubahan dirinya telah melukakan hati seorang insan yang telah melahirkannya. 'Ya Allah, berdosanya aku kerana telah melukakan hati ibu.'

"Maafkan along, ibu. Along minta maaf sebab dah buatkan hati ibu terluka dengan sikap along. "Tangan ibunya diambil dan dicium penuh syahdu.

Hati Datin Sri Mardiana juga turut sebak melihat keadaan anaknya itu. Perlahan-lahan tubuh sasa milik Emran ditarik ke dalam pelukannya. Tidak lama kemudian, kedengaran esakan tangis dari lelaki bernama Emran Harraz. Sungguh memilukan suaran tagisan itu.

~End flashback~

Perlahan-lahan terlepas keluhan dari bibir merah Emran. 'Melisa, abang rindu sangat pada lisa.'Kata hati seorang suami yang merindui isterinya. Sekali lagi air mata milik Emran mengalir mengenangkan arwah isterinya.

Hadirkan Rasa Itu[hold On]Where stories live. Discover now