BAB 2

16 1 0
                                        

"Dahlia Irdina!!! "

Pemilik nama yang disebut itu terus menekup mukanya dengan bantal apabila mendengar jeritan itu. 'Urghhh, bisinglahh. Orang nak tidur pun tak senang'

Seketika kemudian kedengaran pintu biliknya dibuka dari luar. Kelihatan seorang wanita berusia lewat 40-an berjalan masuk dengan wajah yang mngerikan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Berang dengan sikap penghuni bilik itu.

"Bangun!!!!!! "Sekali lagi kedengaran suara petirnya. Ditarik selimut yang membaluti sekujur tubuh yang enak memproses tahi mata.

"Apa nak jadi dengan kamu ni, Lia. Anak dara jenis apa kamu ni, hah? Bangun lambat macam ni? Bangunn!!!

Ya Allah, kenapalah aku ada anak yang perangai yang macam ni?Ada anak perempuan sorang tapi perangai macam anak jantan. Apa dosa aku dapat anak perangai macam ni, Ya Allah? "Bebel Datin Khadijah. Tangannya sibuk menarik langsir dibilik itu. Serta-merta cahaya matahari menerangi bilik Dahlia.

Datin Khadijah memusingkan tubuhnya menghadap katil Dahlia. Tetapi apa yang dia lihat dihadapannya ini membuatkan dia terkejut sampai tahap nak kena heart attack.

"Astaghfirullahalazim, Dahlia Irdina!! Ni bilik ke sarang tikus, hah?? Jerit Datin Khadijah apabila melihat keadaan bilik anak daranya itu. Semasa dia masuk ke bilik ini tadi keadaan gelap membuatkan dirinya tidak nampak betapa sepahnya bilik ini.Selepas dia menarik langsir bilik barulah dia nampak keadaan sebenar bilik itu.Lantai bilik sudah tidak serupa lantai. Bersepah. Dengan baju yang tidak tahu sama ada kotor atau tidak,bersepah diatas lantai. Kalau setakat baju saja tidak mengapa, tapi dengan 'adik-adik kecil' sekali dibiarkan bersepah memang sudah melampau. Bukannya tidak disediakan bakul baju kotor.

"Bangunlah, Dahlia oii!! Mama, penatlah mama dengan perangai kamu ni. Setiap pagi mama yang kena kejutkan kamu. Tak retilah nak bangun sendiri. Abang abang kamu tu pun reti nak bangkit pagi tapi kamu yang perempuan pula tak reti nak bangkit pagi.Ni baju kamu ni, tak reti ke nak masuk dalam bakul tu. Apa gunanya mama sediakan bakul tu, hah? Hari hari nak kena bebel dengan mama dulu barulah kamu nak bangun, kemas bilik. Apa nak jadilah dengan kamu ni,Lia oii!!"bebel Datin Khadijah sambil tangannya ligat mengutip baju Dahlia yang terdampar elok diatas lantai. Dahlia yang masih lena itu dipandang.'Ya Allah, dia boleh lena time aku tengah bebel. Eeee, memang nak kena budak ni. Nanti kau! Taknak bangun ye'. Datin Khadijah berlalu ke bilik air dan kembali semula dengan sebuah baldi yang penuh dengan air.

Bushhhh.

"Arghhhh, banjirr!!!!! Mama, tolonggg, banjirrr!!!" terduduk Dahlia dari baringnya. Tercungap- cungap nafasnya bagaikan terbangun dari mimpi ngeri.

"Haa, bangun dah tuan puteri. Banjir ye."

Dahlia berpaling kearah suara itu. Terpampang susuk tubuh ibunya yang sedang bercekak pinggang. Tahulah sekarang dia bahawa 'banjir' yang melanda tadi angkara siapa."Apa ni ma? Habis basah baju dengan tilam Lia. "Rungutnya. Tangan sibuk melurut rambut pendeknya yang habis basah dikerja oleh Datin Khadijah.

"Kamu tanya apa ni? Sepatutnya mama yang tanya kamu, apa ni Dahlia? Bilik bersepah macam sarang tikus. Bangun lambat"

Dahlia yang masih duduk diatas katil itu hanya memekakkan telinga mendengar bebelan ibunya itu. Telinganya sudah kalis dengan bebelan bebelan si ibu.

"Dah dah sekarang mama nak kamu pergi mandi. Dah lambat dah ni"arah Datin Khadijah. Sudah penat nak membebel. Kalau membebel pun belum tentu si anak akan mendengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Hmm yelah. Nak mandilah ni. Sekarang pukul berapa, ma?"soal Dahlia. Baru dia teringat bahawa kelasnya hari ini bermula pukul 11:00pagi.

"10:30"ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Datin Khadijah tetapi memberi impak yang sangat besar kepada diri Dahlia.

"What?? Ma, kenapa tak kejut Lia awal sikit. Matilah aku!!! Dah lambat!!! "Kalut Dahlia. Segera tuala mandi yang tersidai di tempat penyidai diambil dan berlalu ke bilik air. Mandi kerbau laa jawabnya.

"Eh eh, kita pulak disalahkan. Dia yang liat nak bangun, nak salahkan mama"tergeleng kepala Datin Khadijah melihat perangai anaknya.
_________________________________________________________________

"Huh"keluh Dahlia. Dia baru sahaja selesai menjalankan denda yang diberi oleh pensyarah kerana datang lewat. Kaki melangkah ke kafeteria. Kawan baiknya, Emelda Husna. Sahabat yang dikenalinya sejak sekolah menengah dahulu sedang menunggunya di kafeteria. Sekarang mereka sama-sama menuntut ilmu di msu dalam bidang yang sama iaitu business management.

Sedang dia leka berjalan, tiba-tiba dia terasa badannya terlanggar satu susuk tubuh badan. Habis berterabur buku buku yang berada tangannya. Badannya juga turut terjatuh keatas jalan.

"Aduhh, sakit, punggung aku. Eeee, malaun manalah yang langgar aku ni?"desis Dahlia. Punggungnya diusap perlahan.

"Sorry, miss. Are you okay, miss?"

Suara seorang lelaki menyebabkan Dahlia terus teringat dengan orang yang melanggarnya. Segera dia berdiri dihadapan lelaki itu. Wajah lelaki itu dipandang. Seketika dia terpana.

'Ouchh, hensemnya'

Petikan jari dihadapan wajahnya membuatkan Dahlia sedar dari realiti. Merah padam wajahnya. Kantoi tenung anak lelaki orang.

"Are okay, miss? "Sekali lagi dirnya disoal. Berkerut dahi lelaki itu melihat reaksi Dahlia.

"Err aa o okay. I'm okay"tergagap gagao dahlia menjawab.

"Are you sure, miss? "Sekali lagi lelaki dihadapannya ini menyoal.

Belum sempat dia ingin menjawab tiba tiba kedengaran suara yang amat dia kenali menegurnya.

"Dahlia"tegur Emelda.
___________________________________________________________________

Emran Harraz keluar dari pert kereta bmwnya sebelum memandang sekeliling kawasan universiti tempat adiknya belajar. Niatnya ingin mengajak adiknya makan tengahari bersama. Dia tahu sekarang adiknya sedang berada di kafeteria kerana dia telah menelefon adiknya tadi. Tapi sekarang dia sedang dilanda masalah, dimana terletaknya kafeteria universiti ini.

"Aduhh, mana nak cari kafeteria ni? Dah lah tempat ni besar, mahu berpeluh aku nak mencari" bebelnya sederian. Tiba tiba matanya menangkap kelibat seorang pelajar yang sedang berjalan dihadapannya. Segera dia memanggil pelajar itu.

"Dik, tumpang tanya. Dekat mana kafeteria? "

"Ouhh, abang jalan terus lepas tu belok kanan nanti abang akakn jumpa kafeteria sebelah kanan abang. "Terang pelajar itu.

Emran segera mengucapkan terima kasih kepada pelajar itu. Dia segera mengatur langkah mencari kafeteria. Kerana leka berjalan tanpa dia sedari dia telah melanggar seseorang.

'Alamak!' Terpampang dikaca matanya, susuk tubuh seorang wanita terduduk kerana dilanggarnya. Perasaan bersalah wujud di hatinya dan makin menebal tatkala terlihat wanit itu mengusap punggung. Mungkin sakit kerana terjatuh.

"Sorry, miss. Are you okay, miss? "Emran menyoal keadaan wanita itu. Dia melihat wanita tersebut berdiri dan memandang kearahya dengan mulut terlopong. Pelik dengan keadaan wanita tersebut.

'Dah kenapa perempuan ni? Tak pernah tengok lelaki ke apa? 'Gumamnya. Dia memetik jari dengan harapan wanita berambut pendek itu tersedar.

"Are you okay, miss? "Sialnya sekali lagi.

"Err aa o okay. I'm okay"jawab wanita it tergagap gagap.

'Comel.' Tanpa dia sedari hatinya berdetik.

"Are you sure, miss?"

Tiba tiba kedengaran suara yang amat dikenalinya memanggil wanita dihadapannya. Emran berpaling.

"Adik"panggilnya.

"Along! "

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 23, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Hadirkan Rasa Itu[hold On]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang