Kisah 1

26 1 2
                                    

Cuti sekolah sudah kembali. Kebanyakan pelajar-pelajar di asrama sudah pulang sejak dari petang tadi. Kecuali Ahmad yang terpaksa bermalam di asramanya kerana bapanya akan mengambilnya esok pagi atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Lewat petang itu, Ahmad terpaksa berpindah bilik dorm lain.Kerana bilik dorm di blok Ahmad diami sebelum ini akan dikunci.

"Aku sorang je ke yang xbalik lgi?"Duga Ahmad sendirian.

Jam menunjukkan pukol 9.30 malam. Ahmad diburu perasaaan bosan. Hendak tidur,masih awal. Lalu dia hanya mendengar lagu di telefon nya sahaja.

Tiba-tiba pintu bilik dorm dibuka dari luar.

Ahmad melihat ada seorang lelaki sebaya dengan nya di muka pintu lalu masuk dan bersalam dengan nya. Ahmad tidak pernah berjumpa budak itu sebelum ini.

Budak itu memperkenalkan dirinya sebagai Rizal dan baru sahaja berpindah masuk ke asrama ini. Rizal mengatakan yang keluarganya akan datang menjemputnya lewat sedikit. Mungkin dalam pukul 2 atau 3 pagi. Mana tidaknya, jarak dari rumah beliau dengan asrama tempat Rizal belajar sememangnya jauh. Lebih kurang 8 jam masa perjalanan.

Ahmad berasa lega. Sekurang-kurangnya dia mempumyai teman. Walau untuk sementara. Mereka berdua tidak tidur pada malam itu. Mereka berbual panjang sehingga larut malam.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Mata Ahmad sudah mula berat.

"Okay la Jal, aku tidur dulu. Da ngantuk ni. Nanti parents ko da datang,kau balik je. Takyah kejut aku," Ahmad terpaksa menghentikan perbualan antara dia dengan Rizal kerana berasa begitu mengantuk.

"Mad, aku ada benda nak tunjuk kat kau ni,"

"Apa dia?" Soal Ahmad.

Dengan perlahan-lahan, Rizal mengeluarkan sebilah pisau rambo dari dalam beg nya.

"Kau nak buat apa dengan pisau ni tengah-tengah malam?" Tiba-tiba Ahmad berasa tidak senang.

Perlahan-lahan Rizal menghampiri Ahmad lalu mendekatkan mulutnya di telinga Ahmad untuk berbisik.

"Bunuh kau..."

Jantung Ahmad terus berdegup kencang. Bulu roma meremang dengan serta merta. Suara di kerongkong nya tersekat.

Ahmad melihat Rizal di hadapan nya tersengih seperti berubah kepada watak yang sangat menakutkan.

Satu tikaman menusuk ke peha Ahmad. Ahmad menjerit kesakitan. Rizal hanya tersengih tanpa belas kasihan. Rizal cuba untuk menikam Ahmad sekali lagi namun Ahmad sempat mengelak. Ahmad cuba untuk berlari ke pintu tetapi kudrat nya terbatas kerana kecederaan yang teruk akibat tikaman tadi.

Satu libasan tepat di kaki Ahmad. Ahmad rebah di lantai. Beliau kuatkan semangat menyeret dirinya ke pintu dorm sambil memekik meminta pertolongan.

Rizal hanya memandang Ahmad sambil tersengih lalu gelak dengan nada yang sangat menakutkan.

Pintu tombol dipulas dari luar. Ahmad mengangkat wajahnya dan melihat sepasang suami isteri di hadapan pintu.

Perasaan lega dari Ahmad bertukar kepada gerun apabila yang berada di hadapan nya adalah seperti ibu bapa Rizal dengan riak wajah yang sama. Senyuman yang menyeringai sambil masing-masing memegang sebilah parang.

Rizal duduk di atas Ahmad lalu menarik rambut nya sehingga Ahmad terpaksa mendongak ke atas. Pekikan meminta tolong semakin perlahan. Ahmad sudah tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Ahmad menangis semahu-mahunya.

Ahmad tidak sanggup untuk membuka mata setelah melihat satu hayunan parang oleh ayah Rizal di kepalanya.

"ALLAAAHHH..!!!" Ahmad terus bangun terduduk di atas katilnya.

"Astaghfirullahalazim", Ahmad mengusap muka sambil beristighfar beberapa kali. Inilah padah apabila tidur sewaktu maghrib.

Ahmad melihat jam di telefon nya. Pukol 9.28 malam. Dia melihat sekeliling. Kosong. Tiada orang. Hanya dirinya.

Tiba-tiba bulu roma nya meremang. Dalam mimpi tadi, Rizal akan memasuki dorm tempat dia sendirian pukol 9.30.

Tanpa lengahkan masa, Ahmad berlari keluar dari bilik dorm tersebut dan membuatkan keputusan untuk bermalam di pondok jaga sahaja.

Sebelum menuruni tangga, Ahmad sempat berpaling. Seperti yang dijangka, Rizal sudah berada di hadapan pintu dorm sambil memandangnya dari jauh. Rizal tengah tersengih menyeringai sambil memegang pisau rambo.

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now