Kisah 2

20 0 2
                                    

"Da ready?" Soal Pian kepada Syafiq.

"Dah," Syafiq menjawab pendek.

"Jol, kamera da setting?" Tajol hanya mengangguk sambil tersengih.

"Okay,jom geng," Pian antara yang paling bersemangat.

Mereka bertiga telah merancang untuk membuat operasi seperti dalam rancangan realiti 'Seekers' di salah sebuah rumah yang sudah lebih 5 tahun terbiar di kampung seberang. Rumah tersebut sering diperkatakan sebagai salah sebuah rumah yang dikatakan seram.

Pian,Syafiq dan Tajol sememangmya tidak percayakan kisah-kisah mistik. Bagi mereka, itu semuanya tahyul dan selagi mereka tidak melihat sendiri di hadapan mata, mereka tidak akan pernah percaya.

Jam menunjukkan pukol 11.30 malam. Tiga kamera dalam 'night mode' telah dipasang di 3 tempat berhampiran di bilik di tingkat atas dan bawah dan di ruang tamu di tingkat bawah.

Keadaan rumah begitu usang. Daun-daun kering berserakan di atas simen. Akar-akar hijau juga menjalar di dinding dan juga di tangga. Namun semua itu tidak cukup untuk Pian,Syafiq dan Tajol berasa takut.

Mereka masing-masing duduk di hadapan kamera di 3 tempat berasingan yang telah siap dipasang sebentar tadi. Mereka mengharapkan agar dapat merakam apa-apa yang menarik seperti penampakan entiti atau sebagainya. Mereka saling berkomunikasi sesama sendiri dengan menggunakan walkie talkie untuk beri laporan dari semasa ke semasa.

2 jam telah berlalu. Pian,Syafiq dan Tajol masing-masing sudah berasa bosan kerana tiada apa-apa yang berlaku. Hanya bunyi unggas dan burung hantu yang menjadi muzik di corong telinga mereka. Tiada apa-apa. Timbul perasaan kesal di hati mereka.

"Woi,hantu!! Keluar kau!! Takut ke??!!" Pian seolah-olah mencabar dengan menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Suaranya bergema di setiap inci ruang rumah kosong tersebut.

"Pian, jaga mulut kau sikit,adab pun kena jaga," Syafiq cuba untuk menteramkan Pian melalui walkie talkie. Dia terdengar akan suara Pian dari atas. Perasaan tidak selesa mula menyelubungi dirinya.

"woii,hantuu!!! Dasar pengecut!! Keluar laa kalau berani!!" Tajol menghangatkam lagi suasana di rumah tersebut. Dia sudah tidak tahan. Dia mahu melihat sesuatu sekarang jugak.

Syafiq hanya membatukan diri. Dia tahu dia tidak dapat untuk menghalang rakan-rakan nya dari berbuat sedemikian.

"dah la. Aku da penat tunggu. Takde apa-apa. Tak tau plak hantu keparat ni takut nak jumpa kita. Jom geng,pack up," ujar Pian.

"Tu lah,dasar tak guna punya mambang", Tajol sengaja becakap dengan nada yang kuat.

Syafiq hanya berdiam diri sambil menutup kamera dan turun ke bawah untuk berkumpul. Begitu juga dengan Tajol.

"haihh,menyesal aku buat kerja ni. 2,3 jam dok termangu, habuk pun takdak," keluh Pian.

Tajol mengangguk laju tanda menyokong. Syafiq hanya diam seribu bahasa.

"Kau dah kenapa? Dari tadi diam je. Kau nampak hantu ke?" Soal Tajol kepada Syafiq.

Syafiq menggeleng laju.

"Aku tak sedap hati lah sejak korang menjerit-jerit tadi," luah Syafiq. Di benak hatinya, seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Hati nya terasa begitu tidak sedap.

"Kau takyah risau lah, hantu-hantu keparat tu memang takut nak jumpa kita. Dah jom balik," ujar Pian.

Mereka membawa segala peralatan untuk pulang. Setelah beberapa langkah ke hadapan, mereka bertiga serentak berhenti.

"wei, tadi kita masuk ikut sini kan? Mana pintu nya?" Tajol kehairanan. Dia yakin tadi mereka masuk mengikut pintu hadapan. Tetapi, tiada sebarang pintu masuk. Hanya dinding usang yang penuh dengan lumut sahaja.

Pian,Syafiq dan Tajol melihat sekeliling dengan bantuan lampu suluh untuk mencari pintu tempat mereka masuk. Namun,hanya dinding di sekeliling mereka. Tiada pintu mahupun tingkap.

"Kita ikut pintu belakang, tadi aku pergi kawasan belakang ada pintu," ujar Pian.

Setelah ke kawasan belakang, juga tiada pintu. Mereka tidak jumpa sebarang pintu atau jalan keluar. Mereka seolah-olah berada di dalam sebuah kotak. Pian,Syafiq dan Tajol semakin kaget.

"woi,tunggu lah. Aku baru nak keluar ni," kedengaran suara seperti seorang lelaki dari atas.

"nak pergi mana tu? Tunggu lah kami keluar," suara seorang perempuan pulak menyambung.

Pian,Syafiq dan Tajol saling berpandangan. Wajah mereka jelas kelihatan pucat.

"si..siapa..t..tuu?"  Pian cuba untuk menggagahkan diri.

"tunggu..kami nak datang dah ni.."
"tunggu..kami nak datang dah ni.."
"tunggu..kami nak datang dah ni.."
"tunggu..kami nak datang dah ni.."

Suara itu berulang-ulang dari kepada suara seperti manusia kepada suara garau yang sungguh menggerunkan. Suara itu berulang-ulang dengan hilaian tawa yang sungguh kuat.

Pian, Syafiq dan Tajol terjerit-jerit seperti orang histeria. Mereka sudah terperangkap. Tiada jalan keluar.

Suara tersebut semakin sayup,begitu juga dengan hilai tawa. Jantung mereka berdegup kencang.

Helaan nafas lega mereka hanya sementara. Mereka melihat dari atas tangga,sekujur tubuh merangkak perlahan-lahan menuruni tangga. Rambut kusut yang panjang menutupi wajah lembaga tersebut.

"AKU DAATAAANGGGG..!!!" teriak lembaga tersebut.

Tiga sekawan itu menjerit dengan sekuat hati sebelum masing-masing tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya. Seluruh kampung gempar dengan kehilangan 3 orang remaja dan masih lagi tidak ditemui.

........................................................................
5 tahun kemudian.

"Joe,ni kan rumahnya," soal Malik.
"yup," jawab Joe pendek.
"jom,aku nak tengok, seram mana rumah ni

"jom"

Mereka berdua masuk ke rumah kosong tersebut dengan segala kelengkapan alat untuk mengesan aktiviti paranormal.

Tanpa disedari, sepasang mata telah memerhatikan mereka dari awal dengan pandangan yang sangat tajam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Koleksi Kisah SeramWhere stories live. Discover now