Sooie, mianhae

170 11 5
                                    

" YOON JEONGHAN !!  DUA JAM SAYA TUNGGU AWAK DEKAT TAMAN TU MACAM TUNGGUL! AWAK FIKIR SAYA NI APA ?!!! TAKDE PERASAAN HAH?! " amuk Ha Soo semahu-mahunya. Ohh sungguh sakit hatinya sekarang. Semalam Jeonghan janji untuk bertemu di Sungai Han, tetapi hampir dua jam Ha Soo tunggu batang hidung Jeonghan langsung tidak kelihatan. Ha Soo yang bengang terus meninggalkan tempat itu

Pada malamnya, Ha Soo tunggu juga kalau-kalau Jeonghan akan menghubunginya, namun itu tak terjadi. Setelah menahan amarah semalaman, Ha Soo langsung mengamuk saat dia sampai di sekolah pagi ini dan melihat Jeonghan tersenyum padanya sambil menyapanya mesra seolah-olah dia tidak berbuat salah

" Sooie.. Sa..saya lupa so..sorry " ucap Jeonghan tergagap-gagap. Dia memang selalu bergaduh dengan Ha Soo, tetapi tengok Ha Soo mengamuk macam ni dia tak pernah lagi. Dah tentulah dia takut dan merasa bersalah. Rasa bersalahnya semakin menjadi-jadi saat air bening mulai memenuhi mata Ha Soo

" LUPA?! LUPA APA?! KALAU TAK NAK JUMPA? CAKAP! TAK PAYAH NAK BERALASAN. AWAK MEMANG TAKGUNA, JEONGHAN. SAYA BENCI AWAK.. Jangan cakap dengan saya lagi. Kita putus!! " tercengang Jeonghan mendengar itu. Seisi kelas yang menyaksikan drama itu sedari tadi turut terkejut. Tiada seorang pun yang berani masuk campur. Nasib baik guru mereka belum masuk dan menyaksikan kejadian itu sekali, kalau tak taktahulah

" Sooie.. Jangan macamni. Kita boleh bincang dulu kan ? " pohon Jeonghan sambil meraih tangan Ha Soo yang mengepal geram

" jangan sentuh saya!! "

" Ha Soo please.. "

" dahlah, Jeonghan. Saya tahu kita memang taksesuai bersama. Kita ni sekolah lagi. Tak matang, kita selalu bergaduh dan kita tak macam pasangan yang lain. Keputusan saya muktamad, kita putus " ucap Ha Soo dengan suara lirih dan taklama setelah berucap, ia terus berlari keluar dari kelasnya. Dia takpeduli dengan waktu pembelajaran yang akan bermula beberapa minit lagi. Dia perlukan ketenangan dan dia nak balik. Persetan kalau dia dituduh ponteng sekalipun

•°•°•°•

Jeonghan melemparkan handphonenya kesal kerana sejak tadi dia cuba menghubungi Ha Soo tetapi direject. Sudah tiga hari kejadian itu berlalu. Ha Soo masih marah padanya. Di sekolah pun, Ha Soo selalu menghindarinya

" marah betul dia " keluh Jeonghan

" eotteokae ? Soo.. Angkat call saya pleasee " gumam Jeonghan seperti orang gila. Ia kembali menggapai handphone lalu menaip mesej kepada Ha Soo

To : Sooie

Sooie, angkat call saya. Jangan buat saya macamni. Saya tak nak putus dengan awak. Saya rindu awak. Dah tiga hari awak menghindar dari saya. Apa kesalahan saya memang tak dapat dimaafkan ke sampai awak tak nak tengok saya langsung? Kalau macam tu biar saya mati jelah daripada buat awak hidup tak tenang. Sooie, mianhae.. Saya akan pegi landasan sekarang jugak. Sebelum terlambat, saya nak cakap yang saya sayang awak sangat. Saranghae♥ Annyeong, Mylove Sooie :') take care..

Setelah selesai menaip, ia terus menyambar jaketnya dan berjalan keluar dari rumah tanpa menghiraukan panggilan appa dan eommanya

Langkahnya semakin perlahan saat ia berdiri tepat di tepi landasan yang kosong dan sunyi menandakan tiada kereta api yang bakal lalu. Kenapa dia dekat sini? Hanya Jeonghan yang tahu apa yang akan dia buat. Adakah dia serius dengan perkataannya didalam mesej itu tadi? Astaga, Jeonghan! Lho bego yaa?

Tutt Tutt Tutt

Bunyi itu semakin dekat. Jeonghan menoleh dan tersenyum kecut saat melihat cahaya lampu dari kereta api mula mendekat kearahnya. Dengan kaki yang gementar, ia melangkah kehadapan

" YAA PABO !! BODOH, JEONGHAN BODOH!!! " jerit seseorang yang Jeonghan kenal suaranya. Dengan pantas Jeonghan menoleh dan ia melihat Ha Soo yang berjongkok dengan keadaan terengah-engah akibat ia berlari. Wajah Ha Soo basah. Basah dengan peluh

" Sooie ? " Jeonghan berjalan mendekati Ha Soo. Pada masa yang sama, kereta api melepasinya dengan pantas sehingga rambut Jeonghan berkibasan

' untung dia datang tepat waktu ' ucap Jeonghan dalam hati seraya mengurut-urut dadanya

" YA PABO! Kenapa berdiri dekat tepi landasan tu?! Nak mati sangat kan ?! Pegilah, bodoh! Aku benci kau!! "

Melihat Ha Soo yang sudah mengamuk dan bercakap kasar begitu, Jeonghan langsung mendekati Ha Soo dan memeluk yeoja itu erat meskipun Ha Soo memberontak ingin dilepaskan

" mian.. mian neomu mianhae " bisik Jeonghan ditelinga Ha Soo yang masih memberontak

" Lepas!! Pegi matilah kau!! " terus bibir Ha Soo diraup kasar. Jeonghan bukan mengambil kesempatan, tetapi hatinya sakit mendengar Ha Soo berbicara kasar

Ha Soo terdiam saat Jeonghan meraup bibirnya. Seakan disihir, Ha Soo berhenti memberontak dan malah membalas ciuman itu

" dah boleh tenang eoh? " tanya Jeonghan saat ciuman mereka terlepas. Ha Soo tidak menjawab. Ia malah menatap Jeonghan tajam

" kenapa buat macam tadi? Awak nak tinggalkan saya eoh?! Awak jahat "

" bukan saya yang nak tinggalkan awak, tapi awak yang nak saya tinggalkan awak kan ? Awak cakap awak benci saya. Awak nak kita putus  "

" saya terlepas. Masa tu saya marah sangat "

" jadi awak masih sayangkan sayala ? "

Ha Soo mengangguk " awak tu sangat-sangat menyakitkan hati, tapi saya cintakan awak sangat " ujar Ha Soo tanpa rasa malu

" Nado. Awak tu annoying, garang macam mak singa, tapi saya sayang sangat mak singa ni "

" Ya pabo!! Awak cakap saya singa, awak tu apa?? Sotong kering! Dahlah kononnya nak bunuh diri, tapi bagitahu dekat mana " sindir Ha Soo

" Kalau saya takbagitahu saya nak pegi mana, tak jadila macamni. Saya mesti dah mati huffftt nasib awak cepat tadi "

Ha Soo tengah loading sekarang..
Matanya terbelaik sebaik sahaja otaknya sepenuhnya loading

" awak berlakon eoh ?! "

" ne. Takkanla saya nak bunuh diri. Saya pun ada otakla nak fikir " selamba Jeonghan menjawab

" YAA!! Sotong kering pabo!! Jahat penipu. Eeee bodoh bodoh " kesal Ha Soo sambil memukul-mukul Jeonghan tanpa simpati. Aigoo dua orang ni, baru je baik dah gaduh pulak.. Aigoo *sigh*

♥♥♥

Sorry kalau macam erkk erkk sikit.. Hshshshshshshs.. SELAMAT HARI RAYA, CHINGUDEULS !!

Our Seventeen LoveWhere stories live. Discover now