Kata orang, jangan jadi lalang.
Meliuk lentok terhuyung hayang.
Tiada pegangan, mahupun pendirian.
Lalu mahu jadi apa?Orang kata lagi, jadi lah pokok.
Yang akarnya teguh menetapkan diri sebatang serta dahan yang merimbun.
Tak berganjak walau diduga ribut.
Tidak seperti lalang.Apa yang pasti, kedua-duanya bakal diduga.
Benarkah begitu?
Maaf. Tidak bagi aku.
Walaupun lalang itu tiada pendirian,
Walaupun lalang itu akan terkulai,
Akarnya masih terbenam.Walhal si pokok,
Yang kekar sepemeluk,
Pasti akan tumbang suatu masa,
Bersama akar yang menjadi kebanggaannya.