Kerana;
Rapuhnya sekeping jiwa,
Lesunya hati berdepan realiti.
Aku pilih untuk lari.Lalu mengapa aku masih disini?
Aku terikat dengan hakikat,
Bahawasanya aku adalah beban,
Mungkin juga mangsa keadaan.
Ah drama nya.Satu masa nanti,
Aku pasti akan lari.Buat masa ini,
Aku tak punya kuasa dan daya untuk melarikan diri.Mereka hanya tahu menghukum,
Tak pernah ambil pusing,
Kenapa aku jadi begitu begini,
Mengapa aku pilih itu dan menolak yang begini.Selama penantian itu,
Makan lah hati, telan lah duri,
Pedulikan kata menusuk kalbu.Bila detik itu tiba, aku akan lari.