Adam dan Zulaikha

606 20 2
                                    

Adam dan Zulaikha telah ditakdirkan oleh yang Maha Esa untuk menjadi pasangan suami isteri yang sepadan. Bertemu, bercinta, lantas membina masjid rumah tangga. Berharap hubungan yang terjalin mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Bimbang syaitan datang menyimpang dan juga bimbang... Mungkin usia kedua-dua pasangan yang baru menjejak 20 tahun tiada siapa yang menyangka cinta mereka diuji dengan hebatnya.

Adam membelai lembut rambut Zulaikha. Isterinya yang tidur lena dipangkuannya dipandang dengan penuh cinta. Hari ini dia tiada kuliah, Bolehlah dia menemani cinta hatinya sepanjang hari.

Tanpa Adam sedari, airmatanya menitis jatuh ke pipi. Zulaikha yang lena persis bayi dikucup berulang kali. Sesungguhnya dia pasti akan merindui permaisurinya bila tiada.

Zulaikha tersedar daripada lenanya. Bibirnya mengukir senyuman manis buat suaminya yang duka. Tangannya mencapai ke wajah kesayangannya, menghapus mutiara airmata Adam. Dia mengusap lembut pipi putera hatinya. Dia mengetahui dukanya si dia kenapa.

"Jangan ditangisi takdir yang pasti"

Adam mengangguk tak mampu bersuara. Ya sebagai hamba Allah SWT, tidak baik mempersoalkan takdir.

Dia merangkul tubuh Zulaikha ke dalam pelukannya. Biarlah di kesempatan yang ada dia gunakan kesemuanya untuk terus bersamanya. Ambillah semua masanya, biarlah dia ditanda orang sebagai kera sumbang, anti-sosial asalkan dia bersama dengan Zulaikha, dia tidak kesah.

Zulaikha membalas pelukan suaminya. Dia sedar ketakutan suaminya, tetapi apa kudratnya untuk menepis ketakutan itu, sedangkan dirinya sendiri bergelut dengan perasaan yang sama. Andai dia mahu suaminya tabah, dia tidak boleh rapuh.

-

Sebulan berlalu tanpa terasa. Adam pula semakin kerap tidak menghadiri kuliahnya demi menemani Zulaikha sentiasa. Zulaikha sedar, namun tidak dia suarakan.

Adam memeluk Zulaikha dari belakang.Zulaikha yang sedang sibuk memasak tersenyum. Kasihnya Adam kepadanya.

Adam meletakkan dagunya di bahu Zulaikha. Harum bau rambut Zulaikha membuainya seketika. Harum vanila, aroma kegemarannya.

"Adam nak tolong" ujar si suami manja.

Zulaikha berpaling, dia memandang Adam dengan kasih. Pipi Adam dicium, tangan Adam ditariknya. Dipimpinnya menuju ke meja makan. Pantas dia meminta Adam duduk dikerusi. Adam menurut tidak membantah.

"Adam tolong Ekha makan aje ya?" Lembut dan manis suara Zulaikha meminta.

Aduh, merdunya suara isterinya membuai jiwa. Sentiasa mampu melembutkan jatinya dan membuat dirinya tersenyum.

Adam menarik hidung Zulaikha lembut. Geram dengan hidungnya yang mancung.

Dia ketawa melihat Zulaikha mengosok hidungnya yang mulai merah sambil mulutnya tak berhenti mengomel, Ditariknya tubuh Zulaikha, satu kucupan diberi menghentikan omelan isterinya. Wajah Zulaikha pula yang merona merah. Apa lagi, makin galak Adam ketawa.

Adam memerhati segala tingkah Zulaikha tatkala Zulaikha kembali menyambung kerja yang tertangguh. Zulaikha memang isteri yang terbaik. Pandai memasak, menguruskan rumah tangga dan kebajikannya dijaga. Sempurna permaisuri hatinya. Namun...

'Jangan salahkan perpisahan. Tanpa perpisahan apa ertinya pertemuan..."

-
Zulaikha bersendirian di rumah. Adam telah pergi ke fakulti, ada urusan yang perlu diselesaikan katanya. Tidak pula dia bertanya urusan apa.

Untuk mengisi masa terluang, Zulaikha duduk menonton video yang baru ditemui. Disc  itu dia jumpa di dalam meja laci suaminya bersama disc rakaman yang lain.

Kisah Adam dan ZulaikhaWhere stories live. Discover now