BANGLO RM50

230 5 2
                                    

Aku dapat sambung belajar di Universiti Shah Alam. Aku ingin mencari sebuah rumah yg boleh ku tinggal di situ bersama rakan - rakan ku. Setelah kami berpenat mencari sebuah rumah untuk disewakan, kami terjumpa sebuah banglo yg sangat besar untuk disewakan. Kami mengambil nombor telefon tuan rumah tersebut di pintu rumah banglo itu. Kami terus meminta tuan rumah itu segera datang ke rumah banglo tersebut. Dalam beberapa minit kemudian tuan rumah itu sampai. Kami terkejut apabila tuan rumah itu hanya meminta RM50 diposit. Tuan rumah itu tidak bercakap banyak dan terus memberi kunci rumah banglo itu kepada kami. Kami terus mengangkat barang kami kedalam rumah banglo tersebut . Kami juga mengemas rumah itu sehingga bersih. Maklumlah rumah sewa mesti kotor. Kami membersihkan rumah itu sehingga malam. Selepas membersihkan rumah tersebut kami terus tidur kerana kepenatan.

Keesokkan pagi nya, kawan ku sakit perut lalu pergi ke tandas yg terletak di luar rumah banglo tersebut. Apabila kawan ku sampai di hadapan pintu bilik air tersebut lalu kawan ku menjerit "wei cepat lah sikit aku nk pakai bilik air ni" die menjerit banyak kali sehingga kami semua terbangun dari tidur dan terus ke bilik air tersebut. "wei kau ckp ngn spe tu" seorang kawan ku bernama Haikal memotong jeritan tersebut. "ade orang dalam bilik air lah"Naim pula mencelah apabila dia tidak tahan ingin membuang najis nya. "mana ade lah orang dalam bilik air tu ....kita semua ad kt sini" aku pula mencelah pabila sekian lama mendiamkan diri. "kalau semua ade kat sini ..siap ad di dalam"tiba-tiba kedengaran bunyi flash jamban. Mata kami semua tertumpu pada pintu bilik air tersebut. Seorang kawan ku Hakim yg berani menendang pintu bilik air tersebut. Kami semua melihat ke dalam bilik air tersebut. Yg kami hairannya, tiada sesiapa di dalam bilik air tersebut. Kami semua lari masuk ke dalam. Naim pon ikut bersama kami berlari masuk ke dalam walaupon die ingin membuang hajat nya yg sekian lama terpendam.

Kami semua duduk di ruang tamu bersama-sama kerana ketakutan. Kami pelik kerana seorang kawan kami bernama afif hanya berdiam dari tadi. "kau dh kenapa afif......selalunye mulut kau yg banyak bercakap" kata ku. "sebenar nya aku dan naim" tidak sempat afif habiskan ayat nya seorang kawan ku ajak kami semua masuk ke dalam bilik kerana hari pon sudah malam. Kami semua bersetuju lalu kami naik ke atas untuk tidur. Semasa aku sedang tidur, kaki ku tarik dengan kuat lalu aku terjatuh kebawah dari atas katil. Aku melihat kawan ku yg sedang tidur di dalam bilik aku itu sedang tidur dengan nyenyak. Aku terus turun ke bawah. Aku melihat semua kawan ku sedang menonton TV. Jika kesemua kawan ku menonton TV, siapa tidur bersamaku di dalam bilik aku diatas. Tanpa aku menegur mereka yang sedang menonton televisyen, aku terus pergi ke bilik aku. Aku melihat ad seseorang di dalam selimut tersebut. Apabila aku menarik selimut tersebut, aku terkejut apabila batu nisan yg terletak di bawah selimut tersebut.

Aku terus berlari ke bawah untuk mendapat kan kawan ku. Semasa aku sampai di bawah aku melihat kesemua kawan ku tiada di situ. Aku terus berlari ke luar rumah. Semasa aku ingin keluar ada seorang budx kecil yg menghalang aku keluar dari rumah tersebut. Aku takut melihat muka budak kecil itu kerana muka nya hodoh dan menyeram kan. aku dengan ketakutan berlari ke pintu belakang rumah banglo tersebut. Aku berjaya keluar dari rumah tersebut dan aku melihat kawan - kawan ku di pintu pagar rumah tersebut. Kawan kawan ku memanggil aku dengan gelisah. Aku terus berlari ke mereka lalu kami semua lari ke sebuah cafe yang berdekatan. Apabila sampai di sana kami tersedar bahawa Naim dan Afif tiada di situ. Tetapi yang kami hairan semasa kami berlari ke cafe , Naim dan Afif ada berlari bersama kami.

Di situ lah kami bercerita tentang semua apa yang telah berlaku kepada kami semua. Haikal menceritakan bahawa die kena kacau dengan hantu. Semasa Haikal sedang tidur, die mendengar cermin tingkap di dalam bilik tidurnya di Baling batu. Lalu die melihat di luar melalui tingkap di bilik tidur nya, die melihat seorang wanita hodoh di atas pokok berpakaian putih. Selepas itu die terus keluar dri rumah. Hakim pula menceritakan bahawa die sama juga di kacau oleh hantu. Semasa dia tidur die mendapati ada benda yg tidur bersama dia di atas katil. Di menoleh ke tepi dan mendapati seorang wanita yang bermuka hodoh tidur bersamanya. Die perlahan - lahan bangun. Apabila dia di hadapan pintu bilik die menoleh kebelakang dan mendapati perempuan itu tiada di atas katilnya lagi. Apabila die menoleh ke depan die sangat terkejut kerana muka perempuan itu terdampar di hadapan nya dan die terus lari keluar rumah dan terjumpa kembarnya Haikal. Semasa aku menceritakan bahawa aku ternampak mereka sedang menonton TV lalu Haikal menyampuk bahawa mereka tidak ad menonton TV. Time tu aku rasa seram gila nk mati.

Semasa kami sedang bersembang, telefon aku berbunyi. Aku melihat nombor telefon afif yg sedang tertera di skrin fon aku.Aku mengangkat telefon aku lalu kedengaran bunyi perempuan ketawa yg menyeram kan. Lalu aku tutup telefon aku. Dalam beberapa minit kemudian telefon aku berbunyi sekali lagi. Aku dengan ketakutan mengakat telefon tersebut lalu aku kedengaran suar seorang wanita. Dia memberi tahu ku bahawa Afif dan Naim berada di hospital kerena kemalangan. Kami hendak ke sana tetapi kunci motor di dalam rumah banglo tersebut. Kami dengan beranikan die pergi ke rumah banglo tersebut. Apabila sampai disana, kami bertiga hanya berdiri di pintu pagar dan melihat pintu rumah banglo itu terbuka. Hakim terus masuk kedalam banglo tersebut kerana Hakim seorang yang berani sedikit daripada kami. Lalu kami terus pergi ke hospital tersebut. Kami melihat Afif dan Naim luka parah akibat kemalangan.

Seminggu kemudian Afif meninggal dunia akibat kemalangan. Jenazah tersebut di bawa balik ke kampung Afif di Perak. Jenazah Afif sudah di uruskan. Aku melihat tenang sahaja jenazah Afif. Selepas semua nya selesai, kami semua pergi ke hospital untuk melawat Naim. Aku memberi tahu kepada Naim yg Afif sudah meninggal. Naim terus menangis dengan kuat sekali dan berkata "ini semua salah aku" . Kami semua hairan kenapa Naim bercakap sebegitu. Naim memberitahu ku semasa kami mengangkat barang dia dan Afif pergi kebelakang dan mencangkul sebuah busut yg terletak di belakang banglo tersebut. Baru sekarang kami faham akibat kami di kacau di banglo tersebut. Dalam beberapa hari, Naim pula meninggal dunia.
Jenazah Naim kami yang uruskan di kampungnya kerana Naim ialah anak yatim piatu.

Dua tahun sudah berlalu. Aku masih belajar di Universiti Shah Alam tetapi di rumah sewa yang lain lah. Apabila aku hendak balik aku mesti melalui jalan dihadapan banglo tersebut. Semasa aku berjalan di hadapan banglo tersebut, aku ternampak orang ramai berkumpul di hadapan banglo tersebut. Aku pergi ke situ lalu bertanya kepada seorang mak cik yang berada di situ "mak cik , kenapa ramai orang berkumpul ni?" . "mak cik dapat tahu yang anak jiran mak cik hilang dalam rumah ni" jawab mak cik itu.Aku dengan perasaan yang menyeramkan beredar dari tempat itu.

TAMAT

Banglo RM50Where stories live. Discover now