Aku seorang lelaki yg bekerja di bilik mayat di Terengganu. Apabila ad kematian aku dipanggil untuk bedah mayat. Pada suatu hari, aku dipanggil kerana berlaku kematian. Aku hanya pergi seorang diri kerana rakan setugas aku tiba-tiba demam. Aku terpaksa pergi seorang.
Apabila aku di sana. Aku diberitahu bahawa ad seorang akan menolong aku. Semasa aku dalam perjalanan ingin ke sana, aku mendengar suara orang sedang menangis. Aku hanya terus berjalan masuk ke dalam bilik mayat tersebut. Semasa aku membuat kerja, orang yang ditugaskan menolong aku tidak sampai lagi. Aku hanya meneruskan untuk membedah mayat tersebut. Semasa aku membedah mayat tersebut, ada seorang pak cik masuk ke dalam bilik mayat tersebut.
Aku tahu bahawa pak cik itu lah yang ditugaskan untuk menolong aku. Semasa aku membuat kerja. Aku hanya diam kan diri bersama pak cik itu. Aku menegur pak cik tersebut untuk mengeratkan hubungan kami. Pak cik itu hanya mendiamkan diri sahaja..aku menanya nama pak cik itu tetapi pak cik itu hanya mendiamkan dirinya. Semasa kami kusyuk membuat kerja, pak cik itu menanya aku "adik,peti nombor 23 kosong ke tak" tanya pak cik itu kepada aku. "Ade mayat dalam tu" jawab aku kepada pak cik itu.
Aku sudah habis membedah mayat itu. Aku menyuruh pak cik itu memasukkan mayat itu ke dalam peti nombor 26 dan aku mencuci alatan bedah tersebut. Semasa aku mencuci alatan tersebut, aku kedengaran bunyi benda jatuh. Aku memanggil pak cik itu. Tapi tidak ada orang yang menyahut panggilan aku. Aku menoleh kebelakang dan aku melihat pak cik itu tiada di situ.
Tiba-tiba pintu bilik mayat terbukak dan seorang pak cik yang lain masuk kedalam dan berkata"mintak maaf adik pak cik lambat". Aku terkejut beruk mendengar kata-kata pak cik tersebut. Aku menanya pak cik tersebut"pak cik ni spe?"." Pak cik lh yang mengganti kawan adik yang mc tu". Kalau pak cik ini yang mengganti kawan aku, siapa pak cik tadi?
"Ade lagi ke mayat nak dibedah" tanya pak cik itu kepada aku. "Ade lagi satu mayat nak dibedah pak cik". "Nombor berapa peti mayat tu?"tanya pak cik itu. "Nombor 23"jawab aku. "Haa, jom lah tolong pak cik keluarkan mayat itu". Aku terus pergi menolong pak cik itu mengeluar kan mayat tersebut.
Semasa aku mengeluarkan mayat tersebut,.alangkah terkejutnya apabila aku melihat pak cik yang hilang semasa menolong aku berada di dalam peti nombor 23 tersebut. Patutlha die tanye aku peti nombor 23 kosong ke tak. aku dengan berasa amat menyeramkan membedah mayat itu.
TAMAT
ANDA SEDANG MEMBACA
Banglo RM50
Mystery / ThrillerAku seorang pelajar yg menyewa di banglo itu. Aku terkejut apabila banglo tersebut hanya RM50. Rupa-rupa nya.......
