Saya menetap die sebuah apartment yang saya sewa. Harga menyewa apartment ini, sebulan dalam RM1200. Saya tinggal bersendirian kerana saya tidak suke tinggal bersama rakan - rakan dan mengharapkan mereka mengeluarkan duit untuk sama-sama membayar sewa rumah.
Sebab pengelaman saya sebelum ini, sudah dua kali, di dua rumah yang berbeza, di mana waktu itu saya mengajak rakan rakan sewa bersama dan sampai masa untuk meminta duit untuk dibayar, sesetengah kawan saya ada cakap " ala tak ada duit lah sekarang ni, nantila". Dan menyebab kan saya terpaksa untuk membayar dahulu duit mereka. Sampai kan mereka terlupe untuk membayar duit saya.
Jadi, sebab itu lah saya tidak mengajak kawan - kawan saya untuk menyewa rumah sekali dengan saya. Takpe, saya tinggal seorang diri pon takpe, janji tak sakit hati. Dan sebab itu lha saya menyewa di apartment ini (yang berharga RM1200 sebulan) bersorangan. Apartment ini mempunyai dua bilik tidur, ruang tamu, dan tandas dan berada di tingkat 7.
Apartment ini terletak di Shah Alam ( maaf, saye tak nak sebutkan nama apartment ini). Bila saye tinggal di apartment ini, hati saya rasa senang dan tenang sebab tempat nye cantik. Di apartment ini tersedia kolam renang dan lain-lain kemudahan sejurus saya mendapat kunci apartment ini.
Saya ingat lagi saya berjumpa dengan Agen rumah ini untuk mengambil kunci, Agen rumah tersebut langsung tidak membawa saya ke rumah untuk disewa itu. Malah, saya hanya di beri kunci apartment itu dan di benarkan untuk berpindah. Sewa untuk bulan pertama saya tidak perlu bayar.
Dia akan kenakan bayaran kepada saya untuk bulan KEDUA ke atas . Dalam rumah itu siap lengkap dengan perabot. Mula-mula saya rasa agak takut juga duduk di apartment ini menyebab saya terpaksa tidur dengan lampu yang terbuka dan lampu ruang tamu pon terbukak. Tapi makin lama saya duduk di apartment ini, makin hilang rasa takut saya.
Sehinggalah menjelang hari kelapan saya duduk di apartment ini, suatu kejadian menakutkan berlaku. Saya dapat rasakan ad ganguan antaranya semasa saya TERtidur di ruang tamu ketika menonton televisyen. Tiba-tiba saya terjaga kerana bunyi televisyen yang amat kuat (seolah-olah ada orang yang kuatkan televisyen tersebut)
Bunyi desiran pasir yang sangat kuat (bunyi siaran televisyen tamat...orang yang pernah merasai televisyen lama tau lha bagaimana bunyinya). Saya pon bangun, matikan televisyen tersebut dan masuk ke bilik untuk sambung tidur . Sebaik sahaja saya ingin memejamkan mata, tiba tiba bunyi desiran pasir di televisyen tadi kedengaran Kembali (Seolah-olah ada orang yang menghidupkan TV semula)
Agak takut saya mase tu,dalam hati saya." Ya Allah siapa pulak ni?" Saya pon bangun, lalu pergi ke ruang tamu, dapat saya melihat televisyen sedang menyala. Oleh kerana saya mengantok sangat,saya buat tidak tahu aje. Saya matikan televisyen itu ,dan terus masuk bilik untuk sambung tidur.
Baru nak lelapkan mata, tiba-tiba berbunyi lagi TV itu. Saya bangun lagi dan kali ini bulu roma saya meremang samapai saya takut lah untuk ke ruang tamu. Saya perlahan-lahan menuju ke ruang tamu sambil menjerit "hoiii,tolong lh aku tak kacau kau....kau jangan kacau aku...tolong lh."sesampai je di depan, saya mematikan TV dan saya mencabut PLUG yang ada supaya TV itu tidak boleh dihudupkan kembali.
Saya baring,saya belom tidor,,saya cuma tunggu je. Ternyata gangguan itu sudah tiada lagi. Tunggu punya tunggu, saya pon terlelap.
Malam yang ke 9 tiada ganguan,begitu juga malam yang ke 10. Tetapi menjelang malam yang ke 11 ,waktu tu,mohon maaf tubuh saya kurang bersih,maklumlah penyakit perempuan yang datang setiap bulan. Saya pula dalam rumah sedang duduk di atas katil, sedang membelek-belek henfon saya tengok instagram. Saya perasan ade orang berlari di ruang tamu dari satu sudut ke satu sudut. Benda itu berlari melepasi bilik tidur saya.
Saya pon bangun,lalu pergi ke pintu bilik saya, dan hanya memandang ruang tamu dari pintu bilik saya sahaja. Saya pandang kiri kanan, memang tak nampak sesiapa. Saya pun sambung bermain handphone. Sekali lagi ,nampak seakan-akan ada orang lari.
Saya pon tengok lagi sambil menjerit"dah lha...jangan kacau aku lh". Saya menjerit bukan sebab nak halau ke apa ke, tapi lebih nak beri keberanian pada diri. Sebab saya seorang diri, saya kene tunjuk saya berani. Jadi saya mengiringkan badan. Apabila saya mengiringkan badan, Di belakang saya adalah pintu bilik saya.
Ok...lepastu saya terdengar sesuatu. Saya tak pasti apa yang saya dengar itu. Tetapi selepas saya dengar itu, saya terus takut nak duduk dalam apartment itu. Saya dengar sayu-sayunya suara itu, ia berkata "berani kauuuuu". Saya langsung tak berani nak toleh. Saya terpaksa mendiamkan diri dan endahkan gangguan itu. Mulut saya terkumat kamit membaca ayat AL-QURAN Sambil berkata dalam hati, mukin ini lah sebabnya bulan pertama tidak perlu bayar.
Keesokkan paginya,saya pon mengambil keputusan untuk bercakap dengan jiran saya. Saya pun pergi ke rumah , dan mengetuk pintu rumah jiran. Sampai lh rumah keempat baru lah ada orang. Saya pon memberi lah tahu dia yang saya tinggal di apertment di sana(sambil menunjukkan jari ke apartment itu).
Dan saya cakp lh dekat die, yang saya ad benda nk ditanya. Sejurus selepas itu, terus dia tanya"awak dah masuk ke apartment tu? Kalu belom masuk bagus lah. Jangan ambil rumah tu." Saya pun terdiam sebentar dan bertanya. "Err....nape ea?" Die pon membalas."Apartment tu, dengar khabar tuan rumah apartment itu ad bela jin. Dan jin itu mencari penyewa (tuan) baru, nak-nak perempuan dara macam awak ni."
Saya ada tanya beberap orang la yang tahu pasal benda ni dan pendekkan cerita, kemungkinan apartment itu hanya sebagai tempat sentapan jin. Sebab itu lh tuan apartment itu bgi PERCUMA untuk sebulan yang pertama. Untuk memberi jin itu merogol penyewa baharu. Wallahualam.
TAMAT
ANDA SEDANG MEMBACA
Banglo RM50
Misterio / SuspensoAku seorang pelajar yg menyewa di banglo itu. Aku terkejut apabila banglo tersebut hanya RM50. Rupa-rupa nya.......
