Tangan Azrai meraba ke atas katil.Teroka seluruh cadar untuk mencari cincin tunang miliknya.Dia masih mamai di katil serabut mencari cincin tunang bersama kepala yang seaakan menekan otak.Sakit tahu.Geram sambil mendengus kasar mengeluarkan bunyi tidak senang.Ini semua gara gara Hazim yang menganjurkan parti bujang untuknya sebelum di ijab kabul pada petang ini.Dia sudah menjangka untuk memonteng solat jumaat.Penat berparti untuk terakhir kali sebagai lelaki bujang.Senyum dia memikirkan perkara malam tadi berserta tangan meraba cadar masih lagi berfungsi sebagai pencari cincin tunang.Semoga tunangnya tidak tahu tentang parti malam tadi.Amin.
Hazim menarik tangan Azrai usai habis rehearsel di dewan pernikahan.Biasalah anak Datuk Bandar.Nikah pun ada rehearsel.Berjimak harap ada juga supaya boleh ditonton dan berjalan lancar.Hazim membawa lari Azrai dari hotel penginapan keluarga dan sahabat handai mereka.Hazim amat teruja dengan pernikahan abangnya sehingga dia menyedia parti untuk Azrai.Hazim pandu WFW 001 dengan cermat dan Azrai bertindak sebagai penumpang dalam kereta yang punyai dua tempat duduk sahaja.Adik beradik ini memang gemar kereta dua pintu.Kata mereka mudah untuk di pantau dan di selenggara dan tidak ramai boleh tumpang.Biasanya bila hal keluarga, budak berdua ini bersama kedua ibu bapa mereka akan naik Alphard milik keluarga.