Aku jenis yang lambat sikit nak hadap group whatsup class. So, I choose tuk layan Wechat. Kertas yang Bedah bagi, tah kemana tah aku letak. Ah lantak la bukan aku kesah.
Buka je aplikasi wechat, ada orang send request friend. Nama Wechat dia "ZeeQ"
Eh siapa dia ni? Ah accept je la. Baru seminit accept , dia send chat dekat aku
ZeeQ : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumussalam, mana dapat ID
5minit krik krik krik~~
Disebabkan aku malas nak layan orang yang aku tak kenal, baik aku buka aplikasi Whatsup
Nak dekat 1000 chat masuk dalam group, ada berita gempak ke? Tak pernah pernah group class kecoh macam ni.
Bila baca chat group baru aku faham, budak Hazeeq itu Fahmi merangkap ketua kelas dah invite dia dalam group whatsup. Sederap budak-budak perempuan ambil kesempatan chat dengan dia. Konon nak berkenalan la katanya. Aku? CCTV je lah.
Eh kejap! nama whatsup dia ZeeQ? La dia ke yang add aku. Mana pulak dia dapat ID aku ni? Patut la 5 minit tak reply chat aku, melayan budak budak whatsup rupanya.
TING bunyi notifikasi masuk dari wechat
Zeeq : Weh kau buat apa tu?
-: Mana dapat ID aku?
Zeeq : Ado ah
-: Tak nak bagitahu, aku block kau
Zeeq : Fahmi bagi.
-: Oh.
Zeeq : Weh intro weh
-: Tania, kita sama umur, sama kelas , aku perempuan
Zeeq : Tu je?
-: dah tu?
Zeeq : Hari lahir kau bila ?
-: 29/5
Zeeq : Eh before cuti semester eh?
-:Haah. kau dah tahu hari jadi aku kan? Bak hadiah
Zeeq : Kau nak hadiah apa?
-: Coklat HAHAHAHA
Zeeq : Coklat pun gelak? apa yang lawak
-: ( -.- )
Zeeq : Last day sekolah before cuti, check bawah meja.
-: Aku gurau je la err
Zeeq : Oh gurau? Cancel ah nak bagi Cadbury
'Aduh nyesal pulak hoho'
____
Hampir tiap saat dia mesej aku, nak suruh aku kenalkan cikgu-cikgu la, nak suruh aku temankan dia melawat sekolah la, nak suruh aku kawan dengan dia la. Excuse me, ramai kut classmate yang lain nak jadi kawan dia, and ada jugak yang merangkap nak jadi Girlfriend, takkan tak hadap HAHAHA .
Disebab kan aku je harapan dia, aku kenalkan la cikgu-cikgu sekolah, memberi guidance tandas dekat mana, pss dekat mana dan lain-lain. Tapi yang gempak nya, aku bagitahu semua tu melalui Wechat. HAHAHAHA LANTAK KAU LA ZEEQ
Seminggu dua sahaja, membuatkan aku selesa dengan dia. Otak sesama gila. Ha macam ni la jadinya
Tapi yang mengejutkan aku, Hazeeq betul-betul bagi Cadbury dekat bawah meja aku !!!! Siap letak note
'Happy birthday Nia! Nah hadiah! Sambut harijadi leklok ye sayang'
WHAT?! SAYANG? DIA PANGGIL AKU SAYANG? eh ada pesanan
'p/s: Tolong jangan perasan, aku panggil sayang tu dekat Cadbury tu okeyh. Gile kau Cadbury tu dah la limited sebab ada nama kau dekat coklat tu. Once again, jangan perasan. k bye'
E SPOIL AHH DIA NI!!
___
Tiba sudah cuti semester 1. Gila kau tak suka? cuti kutt hahaha freedom
Tapi aku tak rasa yang aku freedom sebab satu hari time cuti semester 1 , Zeeq banyak spam chat aku. Rasa macam nak block je dia ni. Orang nak vocay pon susah. Bukan tak nak layan tapi dia bakal jadi seperti ini
(SITUASI 1)
Zeeq: Weh cuti ni kau pergi mana?
-: Tak pergi mana-mana kut
Zeeq: Bagus la, sebab jodoh takkan ke mana-mana HAHAHAHAH
(SITUASI 2)
Zeeq: Kau cuti ni jangan makan yang manis-manis
-: Kenapa pulak?
Zeeq: Nanti aku obes bila tengok kau yang manis ini HAHAHAHA
Aku tak tahu dia buat punchline ke pikatline . And end up with
-: Kau chat dengan aku ni almost everyday, awek kau tak marah ke?
Zeeq: Awek?
-: Siapa eh perempuan yang kau suka? Bagitahu lah dengan aku. Boleh aku cerita perangai bongek kau
Zeeq : Kau
-: Asal dengan aku?
Zeeq : Kau la perempuan yang aku suka
KAMU SEDANG MEMBACA
Takdir ✔️
Short StoryHati berkenan dengan yang lain, tapi dapat yang lain. Itulah TAKDIR. Yang dikejar tidak semestinya terbaik untuk diri kita