EPILOG (ii)

358 9 4
                                    

Kini aku sudah berkahwin. tak sangka cinta monyet aku berkekalan sampai ke junjung pelamin. 

Setelah 9 tahun dia setia menunggu aku. Walau terpisah jauh, kini TAKDIR telah menyatukan aku dan kau. 

Terima kasih aku ucapkan kepada Hazeeq Iqmal kerana pernah menambat hati aku, pernah mengecewakan hati aku. Tapi kekecewaan itu sebenarnya aku bersyukur

Sebab dengan kekecewaan, Allah menemukan aku dengan Fauzan Idham . 

Aku pernah sukakan Hazeeq. tetapi cinta aku terhadap dia hanya kerana paras rupa. 

Tetapi sebaliknya dengan Fauzan. Aku admit aku mula jatuh hati dengan dia saat dia berjaya menenangkan perasaan kecewa aku yang memuncak. Tapi aku tidak salahkan Hazeeq. 

Tanpa Hazeeq, aku takkan bertemu dengan Fauzan Idham. 

Kita berusaha untuk membuat the best life for ourselves. Tapi kekadang kita alpa dek terlalu taksub dengan duniawi, Kita lalai yang TAKDIR Allah lebih hebat dari rancangan kita sendiri. 

Yang kau kejar tidak semestinya terbaik untuk diri kita, percayalah! Walau sebegitu susahnya engkau kejarkan dia, kalau dia bukan ditakdirkan dengan kita, jangan sesekali kau kecewa. Sebab Allah sudah aturkan jalan yang terbaik buat kita semua :)

THE END 

Takdir ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang