Kantin

139 10 4
                                    

"Weh Heechul, jomlah. kata nak pergi kantin," Ajak Ryeowook kepada rakan kampusnya itu.

"Aku tak turun kantin rasanya, kau tolong beli eh. Aku ada banyak lagi assignment nak kena buat ni." rungut Heechul.

"Ouh okay," kata ryeowook sambil mengambil dompet lalu keluar turun ke kantin .

Sedang membeli makanan untuk Heechul, Ryeowook ternampak kelibat Heechul di belakangnya. "Eh kata tak turun. Ni aku baru nak order makanan kau." Kata Ryeowook. Heechul hanya sekadar senyum. Tah kenapalah dengan budak ni.

"Aku cancel eh." Dan sekali lagi , Heechul senyum apabila Ryeowook berkata begitu.

Ryeowook terus cancelkan order untuk kawannya itu dan hanya membeli makanan untuk dirinya sahaja. Selepas itu, dia naik ke atas semula dan melihat Heechul masih ada di meja belajarnya yang bersepah dengan assignment yang tertunggak itu.

Eh ?

"Hoi mana makanan aku ?" Sergah Heechul, mengejutkan Ryeowook daripada lamunan khayalnya itu.

"Bukan kau turun ke tadi?" Soal Ryeowook.

"Apa benda kau merepek ? Aku dahlah tak mandi lagi , lepastu assignment tak siap lagi kau kata aku turun" bebel Heechul.

Habistu, siapa yang dekat kantin tadi ?

CreepyShit K-IdolWhere stories live. Discover now