"Aduu lapar , nak makanan .. arghhh" bebel Junghwa di taman kerana perutnya yang berkeroncong itu . Salahnya jugak , sape suruh habiskan duit kat sekolah . Dahla kedai kat situ belambak , ha padan muka .
"Hai nak." tegur seorang makcik.
"Err hai makcik , err makcik penat ke ha nak duduk ke ha nah duduk la sini" , pelawa Junghwa kepada makcik itu . Makcik mana ni ttbe je err
"Ehh takpe Junghwa , sebenarnya makcik baru bukak kedai keropok lekor dekat hujung taman sana , alang alang baru bukak ni , ape salahnya nak bagi free dekat kamu , kan ?"
Mana tau nama aku ni ? "Err , mana makcik tahu nama saya ?"
"Tu tag nama kamu ." Ohh HAHAHA lupa lak , lepas sekolah terus cabut sini , stres sebab belajar katanya . "Makcik nak bagi kamu keropok lekor ni , nak tak ? Makcik tahu kamu lapar , soo nah. " katanya sambil memberikan sebungkus keropok lekor yg baru dimasak . Ey dapnye .
Alang alang tengah lapar ni , ambik jelah ye ?
"Terima kasih, makcik ." Makcik tu hanya senyum dan berlalu pergi .
Kebetulan kawan Junghwa , Minhyuk pun datang kesitu .
"Eyy Junghwa , ssup ?" Minhyuk menegurnya , sebelum mengerutkan kening . "Apa yang kau pegang tu ?"
"Heyy Mimin . Btw ni keropok lekor lah . Ada sorg makcik tu , dia baru bukak kedai kat hujung sana , so dia bagi aku free . Wohoo !" kata Junghwa sambil menayangkan plastik itu didepan Minhyuk . "Kau ok tak ?"
Hah ?
"Kau tu ha ok tak ?" Junghwa bertanya balik soalan yang sama kepada Minhyuk . "Mana ada makcik yang buka kedai kat hujung sana weh . Dia eksiden , time nak hantar stok keropok lekor dari seberang jalan. So kedai tu dah ditutup lah . —"
Minhyuk menyambung lagi , "-—Dan , benda yang kau pegang ni plastik yg ada kayu ranting . So , kau ok tak ?" dan bertanya soalan yang sama , sekali lagi .
Dan di sebalik pokok di belakang Minhyuk , makcik tersebut sedang memerhati Junghwa , sambil tersenyum .
YOU ARE READING
CreepyShit K-Idol
Misteri / Thrillermalay contain // cover baru ya , bukan deleted ff etc (P/s ; ada yg reka , ada yg imagine , ada yg real) @-nnjmn