#Gone

355 55 14
                                    

Yeonie selesai membaca kesemua surat-surat terakhir Jungkook kepadanya. Ianya ditulis pada tahun lalu. Semasa Jungkook berada di hospital.

Dia mengidap penyakit kanser tahap ketiga. Hampir sahaja menjadi kronik. Memang hampir pun. Doktor cakap dia masih boleh sembuh.

Tapi itu semua disebaliknya. Makin meningkat tahap nya menjadi empat. Dia sangat tenat. Doktor pun tidak menjangkakan keadaan seperti itu.

Apabila doktor mengatakan dia hanya akan hidup selama seminggu lagi. Jadi mula hari itu dia mula menulis surat untuk Yeonie.

Berlinang air mata Yeonie membaca surat itu. Tersangkut-sangkut nafasnya sambil menangis. Dia juga sakit. Tahap kronik.

Mungkin sebab itu jugalah Jungkook menulis surat kepadanya menyuruhnya pergi. Padahal dia orang sama-sama sakit.

Tapi Yeonie sepertinya masih boleh sembuh. Hanya Jungkook sahaja yang pergi dahulu. Yeonie masih menangis.

Tak tahu kenapa dia berasa sangat sedih mengenangkan itu. Sangat menyedihkan. Jungkook, teman baiknya yang telah menjadi cinta hati sejak kecil lagi.

Hubungan yang sukar untuk dilepaskan. Sangat menyakitkan apabila cuba diputuskan. Sakit. Perit.

"Aku akan selalu ingat kau Jungkook, I will never forget you too..."

Tangis Yeonie mulai reda sedikit demi sedikit. Air mata dikesatnya. Habis pipinya penuh dengan kesan air mata yang sudah kering.

Walaupun rasanya sakit. Yeonie harus menerima apa yang sudah terjadi. Jungkook mungkin sudah hilang, tapi di hati Yeonie, Jungkook akan senantiasa menetap dihatinya.


▷◁

a/n : Trimas kerana sudi membaca, mengvote dan juga mensilentkan diri (meh tengah ejek ni). Meh sangat menghargai korang yang sudi membaca short fanfic yang tunggang langgang ini. Hoho. Idea buat fanfic ni muncul masa meh tengah tolong my pa kemas barang-barang lama my pa dekat kampung. Tengah kemas, terjumpalah beberapa pucuk surat cinta cintun my pa dulu. So, idea pun dapatlah nak tulis surat. Kononnya.

Trimas sesangat. Love ya ❣

[연애] Go || JungkookWhere stories live. Discover now