*Malaysia Zone...
"AIN!!!! Bangun nak!! Dah pukul 6.45 dah ni!!! Ya Allah Ya Tuhanku ai..." Teriak Pn. Hamidah kepada anak bongsunya itu yang ketika itu sedang menyediakan sarapan.
"Alaaaa Mak.. Kejap ah.. 5 minutes." Balas Ain dalam keadaan yang masih mamai.
"Hoi!! Bertuah punya budak! Bangun cepat!! Dah pukul 6 lebih dah ni.." Bentak Pn. Hamidah.
"Hah!! Dah pukul 6 lebih?! Ya Allah!" Mengucap Ain kerana terkejut kemudian dengan sepantas kilat mencapai tuala mandinya untuk mandi. Selepas beberapa minit mandi, dia pun bersiap-siap dan kemudian bersalam tangan dengan ibunya untuk ke sekolah dan terus memakai kasut sekolahnya.
"Taknak sarapan dulu ke~?" Soal Pn. Hamidah kepada Ain.
"Takpelah Mak... Dah lambat ni.." Jawab Ain pasrah. Jam sudah menunjukkan jam 7.15 pagi.
"Argh!!!! Dah lambat!! Ayah cepatlah hantar orang!!" Pekik Ain kepada En. Amir selaku bapanya.
"Ish.. Budak ni, dia yang lambat siap.. Kita disalahkannya. Erm.. Erm.. Ain.. Ain.." Ngeluh En. Amir ketika sedang menghirup kopi.
"Mak! Orang pergi dulu, Assalamualaikum." Kata Ain kepada Pn. Hamidah.
"Erm, Waalaikumsalam." Balas Pn. Hamidah. Ain dan ayahnya pun menaiki kereta Proton Saga milik kakaknya. Beberapa minit kemudian, Ain pun sampai di sekolahnya.
*Kelas 3 Alpha...
"Sayang!! Aku kau lupa!! Aku kau luka!! Tanpa kau sedar... Sayang!! Selamat tinggal!!" Nyanyi Mai lagu yang bertajuk 'Sudah Ku Tahu' dari PROJEKTOR BAND.
"Memekaklah kau ni!! Pagi² buta lagi kau dah menyanyi!! Orang pagi² ni berzikir le... Kau tak.. Sayang!! Sayang!! Aku sepok kau kang baru kau kenal erti penyesalan!!" Marah Qay kepada Mai yang ketika itu sedang mengulang kaji pelajaran MATH.
"Haah, betul tu.. I agree.." Sambung Ena pula.
"Iyelah~ Baik ustazah² ku.." Perli Mai kepada Qay.
"Ada yang makan pelempang jepun anak orang ni kang!" Kata Qay geram.
"Hahaha! Sabar Qay.. Sabar." Pujuk Adi dan Izz serentak.
"Lex ar Qay.. Jangan marah, kita bincang.." Kata Mai bersuara lembut.
"Herm... Iyelah.." Ngeluh Qay yang malas ingin melayan lagi kerenah Mai itu. Berderailah ketawa mereka berlima.
Akan tetapi, gelak ketawa mereka itu serta-merta terhenti apabila mereka terdengar bunyi seretan kaki di koridor yang berdekatan dengan kelas mereka. (Boleh bayangkan an? Kalau tak boleh, buat² boleh je... @_@)"Weyh.. Bunyi apa tu?" Soal Izz.
"Ishh kau ni.. Yang kau pergi tegur buat apa bongok!?" Marah Ena dalam keadaan berbisik.
"Wei~ Aku seram~" Kata Qay dalam keadaan terketar-ketar. Mereka yang asalnya duduk dalam keadaan secara berjauh-jauhan, kini makin berdekatan mereka duduk kerana terlalu takut. Semakin lama, semakin dekat bunyi seretan kaki itu. Jantung mereka semakin berdegup kencang. Bunyi itu semakin dekat...
Semakin dekat...
Semakin dekat...
Dekat lagi...
Dekat lagi...Dannnnnn......
JENG! JENG! JENG!Muncul sesusuk tubuh perempuan yang kecil yang memakai baju berwarna putih, bertudung putih, berkain biru laut dan berkasut putih sambil menyandang beg sekolah.. Rupa²nya Ain. "Lah!!!!" Ngeluh mereka berlima.
"Asal korang ni??" Soal Ain yang terpinga-pinga melihat gelagat kawan-kawannya itu.
"Tak... Kiteorang ingatkan apa bendalah tadi.. Haish kau ni.." Terang Mai sambil mengurut-urut dadanya.
"Ouh.. Hahahah!!" Gelak Ain yang kemudiannya duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan Mai.
"Kau ni habbit memang jalan tu seret kaki eh??" Soal Ena memerli.
"Kau ni Ain.. Lain kali janganlah jalan tu seret kaki... Kau tau tak, kiteorang punyalah takut tadi, ingatkan suster ngesot mana tah tadi... Dahlah kawasan kelas kita ni sunyi.." Bebel Qay.
"Ouh yeker?? Lah... Sorry lah.." Balas Ain tersengih-sengih. Beberapa minit kemudian, Irsyad atau dikenali sebagai Shad pun sampai.
"Assalamualaikum." Sapa Shad pendek sambil memasuki kelasnya.
"Waalaikumsalam." Balas mereka berenam serentak. Shad pun duduk di tempatnya bersebelahan dengan Izz.
"Mana budak² lain?" Soal Shad yang melihat sekeliling kelasnya.
"Entahlah diorang... Merayau jeee.." Jawab Izz.
"Wei korang, aku ada berita pasal k-pop ni..." Kata Shad teruja. Keenam-enam mereka pun bergegas pergi kearah Shad.
"Nyaha, ada satu grup lelaki ni nak buat comeback, apa nama grup tu hah... Bang... Bang... Bangang! Eh bukan! Bang... Bang..." Terang Shad yang kemudiannya berusaha untuk mengingat nama grup tersebut.(P/S: Sebenarnya, story ni author dah buat sebelum BTS comeback yang lagu fire tu.. Tu sebablah author buat BTS ada buat comeback... So, readers usahlah confius ye....)
"Bangtan Boys lah!! Bangang tu kau!!" Marah Ain kepada Shad.
"Hah!! Bangtan Boys!! Jerit Shad.
" Hahahah! Sabar ye Ain.." Pujuk Qay.
"Tengah sabarlah ni..." Balas Ain yang masih bersisakan marahnya terhadap Shad.
"Diorang comeback bulan 5 ke 6 ni nanti.. Lagu Fire! Gempak arh aku tengok trailer dia!!" Teruja Shad.
"Jinjja?? ARGHHH!!!" Jerit Mai, Adi, Qay dan Ena serentak kerana terlalu teruja.
"Hak elah, aku dah tahu lama dah... Haish, tak sabarnya.." Balas Ain pula teruja.
"Haish, dah²... Korang ni kann, tak khusyuk aku nak ulang kaji math tau.. Diisebabkan K-pop, otak binasa.." Rungut Qay yang kemudian berperibahasa pelik.><
"Ni dari sumber peribahasa mana kau dapat ni?? Suka hati mak bapak laki makcik tiri belah Mak kau punya moyang je eh nak tukar-tukar peribahasa tu..." Bebel Izz. Berderailah ketawa mereka berenam.
Beberapa minit kemudian, loceng pun berbunyi menandakan waktu pembelajaran bermula. Ramai pelajar yang berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing termasuk kelas 3 Alpha bagi memulakan sesi pembelajaran.
"Bangun!!! Assalamualaikum dan selamat sejahtera cikgu!" Teriak Adi selaku ketua kelas dan kemudian disahut oleh pelajar yang lain. "Waalaikumsalam dan selamat sejahtera, okay.. Boleh duduk semua.. Erm.. Hari ni kita akan belajar tentang format² karangan bergambar yee..." Kata Pn. Ramziah selaku guru Bahasa Melayu kelas 3 Alpha. P& P dikelas mereka pun bermula.
*TO BE CONTINUED...*
#Terima kasih bagi yang sudi membaca, dan undian anda amatlah author hargai...😘
#Sorry because of typo.. Hahah!
#Enjoy it! Bye!