sapaan jururawat

304 13 4
                                    

シDiya sudah tiga minggu menemani tunangnya, Aziz, yang terlantar akibat menjalani pembedahan membetulkan kedudukan tulang kaki yang patah akibat kemalangan jalan raya.

Sering berada di hospital selepas waktu kerja, malah biasa bermalam menemani kekasih hatinya itu, Diya secara tidak langsung sudah mengenali ramai pesakit dan petugas di hospital itu.

"Hendak dijadikan cerita, pada hari pertama keempat aku menjaga Aziz di hospital lebih kurang dalam pukul 11 malam di tingkat tujuh, aku terjumpa seorang jururawat. Lengkap dengan pakaian seragam berwarna putih di hadapan kaunter," Diya memulakan cerita.

Kata Diya, dia sangat mengenali jururawat itu. Namanya Yanie. Sejak hari pertama Aziz di hospital, Yanie memang sering dalam syif. Jadi, pada malam Diya terserempak dengan Yanie, mereka berbalas pandangan. Diya tersenyum lalu menyapa dia.

"Syif malam lagi hari ni? Kerap juga nampak awak...." Itu yang Diya ucapkan kepada Yanie yang hanya membalas dalam tersipu-sipu; "Ya, kerja malam ni. Tiap-tiap malam saya nak kerja."

Jawapan itu sedikit pun tidak mencetuskan tanda tanya dalam kepala Diya hinggalah dia akhirnya tertidur di sisi katil Aziz kemudiannya.

Disapa terbit matahari pagi keesokannya, Diya dikejutkan oleh bunyi kedatangan seseorang. 'Eh, Yanie masih berjaga?' Kata Diya dalam hati. Pagi itu Yanie mengenakan uniform yang berbeza. Kemeja putih dan berseluar hitam. Yanie datang untuk memeriksa peralatan rawatan dalam wad tersebut.

"Awak tak balik lagi? Siap tukar uniform lagi," tanya Diya sambil menggosok mata malas paginya.

"Bila pula saya datang, kak? Saya baru masuk kerja ni lepas dua hari cuti. Ni memang uniform saya. Saya hanya pembantu teknikal. Bukan jururawat," jawabnya yang membuatkan Diya terlopong.

"Tapi malam tadi akak tegur awak. Kita jumpa depan kaunter. Awak pakai uniform putih jururawat," Diya cuba meyakinkan apa yang dilihat malam sebelumnya.

"Akak jangan main-main. Saya baru masuk kerja hari ni. Saya bukan jururawatlah,'" Yanie memberitahu sambil sengih. Kemudian dia tiba-tiba menutup mulut dengan tangan sementara dahinya berkerut. Cepat-cepat dia menarik tangan Diya ke luar wad, sebelum perbualan didengari Aziz yang masih lena.

"Akak, dengar saya cakap ni ya. Jangan beritahu sesiapa, terutamanya tunang akak tu. Nanti dia takut tinggal keseorangan," kata Yanie seakan berbisik.

"Apa dia?" tanya Diya.

"Begini, tiga hari sebelum tunang akak masuk wad, ada kes bunuh diri dalam hospital ni. Ada seorang wanita mati gantung diri dalam bilik dia di tingkat sembilan. Dia tak dapat terima hakikat yang dia disahkan berpenyakit dan tidak boleh hidup lama," terang Yanie dalam sedikit menggeletar.

Sambung Yanie, semenjak itu ada saja orang yang menemukan perkara pelik dalam hospital itu. Paling kerap adalah kes 'duplikasi'. Ramai orang terkeliru dan terkejut bila ada jelmaan yang asyik menyerupai petugas-petugas hospital.

Mendengarkan cerita Yanie, Diya terdiam. Terus terdiam dan tidak mahu mengulas apa-apa selepas itu. Sepanjang hari dia berani dalam takut. Berani kerana mahu menemani Aziz, takut kerana tidak mahu berjumpa dengan staf hospital yang 'palsu' itu.

'Ah! Biarlah, dia tak kacau aku. Bukannya hantu jahat pun!' Diya menenangkan hati sendiri.

Malam itu, Diya menggagahkan diri kerana mahu menemankan Aziz yang tidak tahu apa-apa tentang kejadian itu. Waktu itu pukul 10.30 malam. Sambil membaca majalah, Diya melihat jururawat itu dtg  lagi.. dia pun menjeling ke arah  hantu jururawat  itu ....hantu itu asyik merenung nya sahaja ..dia brrasa sunggu cemas dia berlari dn tnpa memikirkan tunangnya ..... dia berlari meninggalkan tunangnya yg tidur dia ats katil ....

keesokkannya,  pagi itu dia dtg semula ke hospital.... Dia  melihat bwhwa tunangnya telah mati kerana organ2 nya telah dimakan oleh hantu jururawat kerana katil nya dipenuhi darah dan badn tunangnya terdapat kesan gigit .. ...... Diya menangis tak tehenti2 sjk tunangnya meninggal...semua rkn2 nya tahu bhawa  dia sgt sygkn akn tunangnya itu...dia hidup sebatang kara tiada keluarga dan sesiapa dlm hidupnya.... 

beberapa hari kemudian ,Diya sdh menjadi gila,tidak terurus  dan tidak mengingati apa2  .....dia asyik menangis sahaja setiap hari sehingga matanya buta....... kerana dia berasa sgt bersalah....Selepas itu,dia tlh  dimasukkan ke wad gila kerana dia menghidap penyakit mental  ....

Tamat~~

Hantu Jururawat Where stories live. Discover now