Hari pertama memasuki Universiti,
Deringan jam loceng langsung tidak memberikan sebarang tindak balas terhadap sekujur tubuh yang masih yang masih terbaring longlai di atas katil. Hampir pecah speaker jam tersebut kerana tidak henti-henti berbunyi dari tadi nada yang paling kuat, namun sekujur tubuh itu masih belum jaga.Sesaat kemudian, jam itu berhenti berbunyi.
Sepuluh minit kemudian, jam itu berbunyi semula.Nyaring,memenuhi ruangan bilik dan rumah itu.
Sha dan Emma bergegas ke dalam bilik yang bising dengan bunyi jam loceng itu.Mereka berdua mengucap panjang apabila melihat temannya masih berguling di atas katil dengan selimut membaluti keseluruhan tubuh.
"Farah!!."tegas suara Emma memanggil.
Farah masih tidak bergerak. Kaku.
Emma dan Sha mengeluh panjang. Sakit kepala mereka melihat bilik sahabatnya itu. Pakaian bersih dan yang belum dibasuh pun sudah bercampur. Semuanya berlonggok di atas kerusi.
Anak mata Emma memerhati seluruh lantai bilik yang nampak bersepah dengan beberapa naskah majalah."Ini bilik ke sarang tikus?. Hesy... Kalau bilik bersepah macam ni, tikus pun segan nak masuklah."
Sha mengomel sendiri.Sha dan Emma berjalan mendekati Farah yang masih di alam mimpi yang mengasyikkan.
"Farah! Bangunlah...."
Farah masih tidak bergerak.
Emma dan Sha geram. Mereka berdua mengoyangkan badan itu, namum masih tidak memberikan sebarang tindak balas.
"Farah Aini binti Mohd Ashri!! Bangunlah..dah siang dah ni. Kau taknak pergi Universiti ke? Kau taknak masuk kelas?.. Kau ada masa lebih kurang setengah jam untuk bersiap. Cepatlah bangun farah oi!."
Emma masih tidak berputus asa membangunkan temannya."Hmmmmm..." sahut Farah. Dia bergerak sedikit. Tetapi, mata itu masih tertutup rapat.
"Farah..bangunlah. Kesianlah kat aku ni. Kang kalau kau lambat, mesti Ja' dengan yang lain memekak nanti."
Suara Sha mendatar.Farah bangun juga akhirnya. Dia duduk dengan mata tertutup rapat.
Emma dan Sha mengukir senyuman, namun hanya seketika bila melihat tubuh
Farah kembali terbaring lesu."Farah!! Bangunlah... Nanti kalau dorang bising. Sakit telinga aku. Naik bisul dah ni."
Kata Emma."Alah..dorang bebel sekejap je. Kang, dorang senyaplah.
"Memanglah..kau tu lain, telinga tahan bebelan. Telinga kiteorang ni nipis, kena bebel sikit terus koyak.
Disebabkan kau, tak pasal-pas kiteorang yang tak ada kena mengena ni pun terbabit sama."
Bebel Emma.Farah buat tidak endah dengan kata-kata Emma dan Sha.
Emma dan Sha sakit hati melihat kelakuan Farah..
Emma dan Sha memeluk tubuh. Mereka memandang antara satu sama lain. Kemudian mereka tersenyum sendiri. Mereka ada satu cara untuk membangunkan Farah.perlahan-lahan mereka melangkah dan berdiri di muka jendela. Sesekali mereka memandang Farah yang masih berselimut tebal.
YOU ARE READING
INFINITY
RomanceCerita ini mengisahkan tentang 8 orang pelajar yang tidak mengenali satu sama lain dan boleh menjadi sahabat baik. Mereka memberikan nama Group mereka ialah Infinity~ Jalan cerita dalam novel ini mempunyai kisah Cinta,,Romantik,, lawak,, suka duka d...