"Assalamualaikum Semua..Hari ini adalah hari pertama anda semua berada di asrama ini jadi...sila sesuai kan diri dan biasakan diri di sini ya..jika mempunyai masalah silalah berjumpa dengan saya di bilik disiplin..Saya harap anda semua dapat membiasakan diri di asrama ini..nanti saya akan memberitahu peraturan-peraturan yang kalian semua perlu ikut dan perlu patuhi..baiklah sampai disini sahaja.sekian terima kasih."
Kata warden asrama itu yang bernama puan zulaikha.
"Baiklah..semua boleh bersurai ya..dan boleh balik ke bilik masing-masing."
Kata pembantu guru pula iaitu Cik Arina.
Mereka semua pun berjalan menuju ke bilik masing-masing.
Di bilik pertama, namanya ialah bilik 021
"Wahh..cantik juga bilik ni.."kata seorang pelajar perempuan di dalam bilik itu."Ermm bolelah tahan.." kata seorang lagi pelajar perempuan sambil berbaring di atas katil.
Bilik-bilik di asrama ini hanya memuatkan 8 orang pelajar sahaja.
Di bilik kedua, namanya ialah bilik 042
"Err...macam seram je bilik ni.." kata seorang pelajar perempuan sambil membuka tudungnya dan membelek-belek tempat tidurnya."Janganlah merepek pula Aina oiii..haish nanti benda lain karang jadi." Kata kawannya pula.
" ishh takdelahh..aku cakap je."kata pelajar perempuan itu bernama aina.
Di bilik ketiga pula, bernama bilik 087
"Mana semua penghuni dalam bilik ni sofea?.."
kata palajar perempuan itu.
"Jap lagi datang lah tu..tunggu jelah..kau nk katil yang mana?..atas atau bawah?.."
Kata pelajar yang bernama sofea itu.
"Atass.." kata seorang lagi kawannya.
Di sini saya hanya akan menyatakan bilik-bilik yang berkenaan sahaja. Lupa nak menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini berumur 16 tahun yang baru memasuki asrama penuh. Dan bilik-bilik yang dinyatakan adalah untuk pelajar 16 tahun sahaja.
Dan bilik terakhir, bernama bilik 013
Seorang pelajar perempuan masuk.dia melihat sekeliling sambil terus ke lokarnya untuk menyimpan barang. Pelajar ini bernama Siti Hajar Murnirah.nama panggilannya ialah Ja'.
Dia seorang yang cerewet,, tidak suka barang berselerak ,, seorang yang kemas dan yang paling penting dia seorang yang amanah dan berdisiplin. Ciri-ciri orangnya ialah kulitnya berwarna putih,, keningnya lebat ,, bulu mata melentik dan tinggi.Seorang lagi pelajar masuk,
"Bok!!" Bunyi barang jatuh. Ja' pun memandang.
"Haii..maaflah barang banyak sangat.kata pelajar itu.
"Nak saya tolong?. Kata Ja'.
"Ermm boleh ke?" Kata pelajar itu lagi.
Ja' terus mendekati pelajar itu."Mestilah boleh." Kata Ja' sambil tersenyum manis.
YOU ARE READING
INFINITY
RomanceCerita ini mengisahkan tentang 8 orang pelajar yang tidak mengenali satu sama lain dan boleh menjadi sahabat baik. Mereka memberikan nama Group mereka ialah Infinity~ Jalan cerita dalam novel ini mempunyai kisah Cinta,,Romantik,, lawak,, suka duka d...