Cerita Aku 1: Wanita Berjubah Hitam 1

203 6 0
                                    


Aku termangu-mangu keseorangan di kaki lima bangunan 4 tingkat itu. Di sebelahku, ah! bukanlah sebelahpun, lebih kurang 100 meter jaraknya dariku, seorang pengemis lelaki kulihat sedang mengira-gira hasil "pendapatan" mengemisnya hari ini. Hasilnya mungkin cukup untuk membeli makanan pada tengahari itu.

Aku mengeluh, sekurang-kurangnya, pengemis itu ada pendapatan dari hasil "titik peluhnya" sendiri. Dia mengemis untuk membeli segala yang diingini. Tapi ,Aku? Aku?

Kalau koranglah, dalam usia hujung 20 an mesti sudah mempunyai pendapatan tetap kan! Mesti mak bapak korang dah bangga dengan pencapaian korang sekarang kan! Tapi.... AKU? AKU? AKU?

Aku masih terkial-kial mencari pekerjaan, boleh diibaratkan sebagai bayi yang masih bertatih untuk belajar berjalan sendiri. Duit poketku juga adalah pemberian dari kedua orang tuaku. Itulah sumber "pendapatanku". Mengharapkan orang tua untuk meneruskan kehidupanku sehari-hari. Kenapa aku berkata begitu ya? Kehidupan sekarang ni, semuanya memerlukan duit! Duit ! Duit ! Kalau tak kerana duit mak bapak aku yang bagi, mungkin aku dah jadi seperti Pak Cik Pengemis itu.

Entah berapa lama aku terpacak macam tiang elektrik di kaki lima ini, aku pun tak tahu. Kejadian ngeri sebentar tadi ,masih kuingat jelas di ingatan. Apa? Korang ingat aku maksudkan ngeri macam cerita seram tu? Tidak sama sekali ya.! "Ngeri" yang aku maksudkan adalah perkara buruk yang baru sebentar tadi berlaku di dalam kehidupanku hari ini.

Sepulangannya aku ke rumah nanti, akan aku catatkan, segala yang terjadi ke dalam diary warna pink yang aku miliki. Diari pemberian sepupuku, yang kini telah bergelar doktor. Profesion yang amat dipandang mulia oleh masyarakat, termasuklah bapak dan mak aku. Aku? Adalah juga cita-cita nak jadi doktor, tapi aku ni kategori pemalas.Result SPM tidak melayakkan aku untuk mengikuti kursus kedoktoran seperti sepupuku itu. Bagaikan perang dunia ketiga meletus, emak aku mengamuk giler bila melihat keputusan "cukup makan" yang aku perolehi. Aku cuma layak masuk kolej, itupun tanpa kerelaanku. Pendek kata,sebab terpaksalah. Emak aku yang paksa!! Kerana taknak mendapat status anak derhaka, aku turutkan. Tapi oklah, aku suka kehidupan kolejku, walaupun sampai 3 kali aku repeat sem. Hebatkan aku.!!

Kalau korang nak tahu, aku ni jenis suka menulis diari. Catatan dalam diari aku ,semuanya panjang berjela-jela. Kalau tang nak tulis surat permohonan dan resume, punyalah .... aku tiada idea langsung!! Sebab itu ke, sampai sekarang aku masih bergelar penganggur terhormat? Korang rasa?

Bukannya, membawa sebarang faedah pun kalau aku tercegat macam patung cendana di kaki lima ni. Tiba-tiba aku terbau seakan-akan kari yang baru dimasak. Bau fresh kari itu, seolah olah berada dekat-dekat situ je. Aku pandang keliling untuk mencari bau tersebut. La, patutlah, dalam jarak 200 meter di sebelah kananku ada kedai mamak rupanya. Bagus juga ni, perut pun memang dari semalam tidak diisi dengan sebarang makanan.

Semalam aku merajuk lagi dengan mak bapak aku, mana taknya time nak makan malamlah, mak aku membebel pasal aku tak kerja kerja. Pendek kata, tiada pekerjaan tetap. Disokong pula oleh bapak aku! Bulat-bulat kata-kata emak aku, bapak aku terima. Aku cuma terkebil-kebil di meja makan dan hatiku mula panas. Kerana tidak mahu mengeruhkan suasana aku berlalu ke bilik dengan perut kosong. Kesiannya perut aku. Memang salah aku pun, tak pernah tetap dengan satu pekerjaan. Asyik nak tukar-tukar je . Aku tersedar dari lamunanku terhadap peristiwa malam tadi apabila perut kempisku ini, berbunyi "nyaring".

" Laparnya!".

Aku mengorak langkah ke kedai mamak tersebut untuk menikmati keenakan kari kepala ikan yang mula terbayang-bayang di ruangan mata. Air liur pun dah macam nak meleleh ni. Alah, tahanlah sikit nafsu tu.... Macam tak pernah makan kari kepala ikan pula. Poyo la.

Baru je beberapa langkah aku berjalan, lenganku dipegang seseorang dari arah belakang. Kasar betul tangan orang yang memegang lenganku itu. Siapa ya?

ANTOLOGI MISTIK By MAZUNIE RAZIFWhere stories live. Discover now