Cerita Aku 8: Percutian 4

23 1 2
                                    

Tubuh lemah Ikmal dipimpin. Perlahan lahan Rizal menyambung perjalanan yang terhenti. Kepala didongakkan. Kelawar pemakan daging masih lagi mengekori mereka. Berpusar pusar di udara seperti angin puting beliung yang mahu memakan mereka. Rizal tiada pilihan, perjalanan mesti diteruskan demi nyawa yang masih dikandung badan.

Tanpa sempat berbuat apa apa, tubuh Ikmal disambar oleh lelaki kelawar. Rizal cuba menarik kaki Ikmal. Namun hampa. Tubuh Ikmal dicampakkan ke arah pokok besar dan akhirnya terjelepok jatuh. Ikmal masih bernyawa. Tubuh Ikmal tiba tiba menjadi tegak dan kejung seolah olah diikat. Lelaki kelawar mendekat dan siongnya hampir mencecah tengkuk Ikmal.

Rizal bertindak pantas, lembing dilayangkan ke arah tubuh lelaki kelawar tersebut. Sepantas kilat, dipandangnya Rizal. Wajah Rizal pucat. Rizal mengorak langkah ke belakang setapak demi setapak,tetapi masih tetap menghadap Ikmal dan lelaki kelawar dalam jarak 10 meter di hadapannya. Rizal buntu. Tiada cara untuknya bagi menyelamatkan Ikmal selain berhadapan dengan lelaki kelawar, namun kudratnya tidaklah kuat mana untuk berbuat demikian. Tiba tiba puluhan kelawar mengelilingi Ikmal dan lelaki kelawar di hadapannya. Rizal tidak dapat melihat apa yang terjadi kepada sahabatnya itu.

"Maafkan aku Ikmal". Rintih Rizal perlahan dan mengorak langkah seribu.

Darah segar Ikmal dihisap rakus oleh lelaki kelawar, manakala dagingnya dimamah oleh kelawar kelawar yang gilakan daging segar. Tubuh Ikmal cuma tinggal rangka.

Rizal semakin jauh berlari di dalam hutan. Air matanya tidak henti henti mengalir. Setiap langkah lariannya, dia berdoa semoga ALLAH melindungi dirinya.

*********

"Aku rasa diorang dah lari jauh ni....". Asyraf berpusing pusing di sekitar khemah. Batang tubuh Ikmal dan Rizal tidak kelihatan.

"Jom cari...". Hamri berkata sambil memandang wajah Asyraf yang hitam manis.

"Sekejap.... nah, ini buluh runcing... kau ambil, aku ada satu... kalau boleh kau tikam tepat pada jantung lelaki kelawar itu.... buluh runcing ini akan melemahkannya... namun bukan mematikannya....". Ujar Asyraf.

"Lemah? Jadi bagaimana mahu membunuh lelaki kelawar itu,? Takkan nak biarkan sahaja...". Marah Hamri.

"Rumit Hamri, sebenarnya lelaki kelawar tidak mempunyai jantung, sebab itu bila ditikam dengan buluh runcing, dia cuma akan lemah. Jantung milik lelaki itu disimpan oleh suatu puak orang asli yang menyerukan... untuk mematikan lelaki kelawar, jantung yang disimpan dan dipuja itu mesti ditikam dengan buluh runcing ini, barulah lelaki kelawar akan mati.... tujuannya cuma satu Hamri... iaitu dendam! Semuanya kerana dendam kesumat....". Terang Asyraf dengan wajah yang polos.

"Tetapi, untuk menghentikan degupan jantung itu, mantera khas diperlukan, cuma Tok Batin sahaja yang mengetahui mantera tersebut...". Asyraf menerangkan lagi. Bibirnya digetap. Perasaan bencinya pada lelaki kelawar membuak buak hadir.

"Jom!!". Hamri memulakan perjalanan.

Mereka berdua meredah hutan tebal di dalam gelap malam itu bagi mengesan jejak Ikmal dan Rizal yang entahkan hidup atau mati.

*********

"Arghhhhh.....". Tangan Rizal terawang awang diudara. Dia menepis beberapa ekor kelawar yang mahu membaham dagingnya. Rizal tidak berputus asa tidak sampai 200 meter sahaja lagi dia akan sampai ke sebuah bangunan lama di hadapannya. Mungkin itulah stesyen yang dimaksudkan. Rizal cuba berlari selaju mungkin. Walaupun beberapa bahagian badannya terasa amat perit.

"Ayuhhhhhh.....". Rizal menjerit bagi memberikan semangat kepada dirinya sendiri.

Zappppp....

"Aduhhhhh!!" Kakinya seperti dihiris sesuatu. Lelaki kelawar berdiri betul betul di hadapannya. Kukunya yang panjang amat mengerikan pada pandangan Rizal. Kuku itulah yang telah menghiris kakinya sebentar tadi.

ANTOLOGI MISTIK By MAZUNIE RAZIFWhere stories live. Discover now