Cerita Aku 8: Percutian 1

47 1 0
                                    

"Yeh...yehyeh...yehyeh...yeh....". Keempat empat pemuda itu mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan oleh DVD dari artis luar negara yang menjadi lagu kegemaran mereka berempat.

"STOPPPP!!". Jerit Rizal dari tempat duduk belakang kereta.

Serta merta Hamri menekan brek mengejut dan menyebabkan pacuan empat roda itu berhenti serta merta. Berterbangan debu debu ke udara dan terdapat juga debu yang memasuki kereta tersebut melalui tingkap yang terbuka luas. Mereka terbatuk batuk.

"Kau ni dah kenapa Rizal!! Aku tumbuk kau kang!!

Marah Hamri dan menunjuk penumbuk kanannya ke arah muka Rizal yang tersengeh sengeh seperti kerang busuk itu. Dua lagi rakan mereka iaitu Ikmal dan Mazlan mengeleng gelengkan kepala. Mereka sudah sedia maklum akan sikap Rizal yang suka sangat bertempik sesuka hati. Sudah puas dinasihatkan, tapi sikap Rizal tetap tidak berubah.

"Aku nak terkencinglah... dah tak tahan sangat ni...". Rizal masih lagi dengan senyuman nakalnya. Mazlan yang duduk di sebelah Rizal tiba tiba menduku kepala rakannya itu. Namun reaksi Rizal tetap sama.

"Alahai, malaun punya kawan.macam perempuan!.". Marah Ikmal yang duduk di sebelah pemandu.

Rizal membuka pintu kereta dan mencari cari tempat yang sesuai di sebalik semak semak untuk menunaikan hajat kecilnya. Dia tidak "sanggup" lagi mahu menyimpan lama bahan sisa buangannya, kerana pundi kencingnya telah mula terasa sakit. Tidak sanggup rasanya Rizal untuk mendapat penyakit batu karang pula, lagi seksa azabnya nanti. Tak pasal pasal kena bedah pula .Dah la dari kecil sampai ke besar memang dia fobia dengan hospital. Tercium bau hospital sahaja, sudah membuatkan hatinya tidak sedap.

"Jauh lagi ke tempatnya Hamri!!... macam dah lama sangat kita bergerak ni?". Mazlan bertanya dan matanya tidak lekang dari memandang keadaan persekitaran tempat mereka berhenti itu.

Kiri kanannya dipenuhi hutan tebal dan hanya bunyi unggas unggas hutan sahaja yang kedengaran. Jalan yang mereka lalui pula adalah jalan tanah merah yang tidak rata dan kalau tidak silap, mereka sedang mendaki bukit landai yang tidak terlalu tinggi yang hanya boleh dinaiki menggunakan pacuan empat roda. Mazlan mengeluh, kenapa tempat ini rasa lain macam sahaja. Bulu romanya telah mula meremang. Namun perasaan takutnya masih dapat dikekang.

Sempena cuti semester yang telah kunjung tiba, mereka berempat mengambil keputusan drastik tanpa dirancang iaitu mereka mahu menikmati percutian di air terjun tertinggi yang terletak di dalam kawasan hutan yang mereka sedang daki menggunakan pacuan empat roda sekarang. Mereka mahu memasang khemah, menikmati keindahan alam sekitar dan menangkap gambar serta merakam video untuk dijadikan kenangan terindah apabila mereka tidak lagi bersama.

" Entahlah, mungkin tak jauh lagi kot, sebabnya kita dah jauh mendaki ni, dah dalam sangat kita ni.... aku rasa maybe depan sikit lagi kot...".

Hamri menggagak. Sebenarnya dia sendiri pun kurang pasti. Jam di pergelangan tangan dipandang. Hampir Jam 6 petang. Patutlah kawasan sekitar sudah mulai gelap. Tambahan di dalam hutan, tentunya lebih cepat gelap berbanding di kawasan persekitaran yang lapang.

Hamri mengeluh, hampir setengah jam Rizal pergi membuang air kecil, namun masih lagi tidak nampak susuk tubuh Rizal keluar dari semak yang berhampiran. Hamri terasa berang dengan sikap rakannya itu. Hari sudah gelap. Destinasi yang hendak ditujui masih lagi samar samar di kepalanya. Kalaulah mereka sesat, memang naya.

"Woooiioo,, sorry... aku lambat... kencing tak lawas pula... tulah, aku tahan lama sangat tadi..!!". Rizal terkocoh kocoh memasuki kereta dan seperti biasa ada sahaja alasan bodoh yang diberikan olehnya.

Hamri memecut pacuan empat roda itu dengan agak laju. Dia mahu mengejar masa. Hari semakin gelap. Penglihatan akan terbatas jika malam menjelma, silap silap boleh terjun ke dalam lembah jika tersilap perhitungan. Pasti nyawa mereka berempat akan teranc am. Ah, semuanya silap aku. Fikir Hamri. Dia tidak betul betul menyelidik keadaan tempat itu sebelum memulakan perjalanan. Dia cuma mendengar dari mulut rakannya sahaja. Tidak disangkanya tempat yang mereka hendak tuju perlu masuk ke dalam hutan tebal dan tidak terdapat sebarang fasiliti di sepanjang jalan ke situ apabila membelok dari jalan besar. Hati Hamri mula tidak sedap. Namun dia hanya berdiam. Mungkin perasaannya sahaja. Dia tidak mahu kawan kawannya risau.

ANTOLOGI MISTIK By MAZUNIE RAZIFWhere stories live. Discover now