Bab 1: Cinderella

126 4 1
                                    

Anis merupakan seorang anak yatim yang tinggal bersama ayahnya. Ayahnya mengkahwini seorang janda anak sorang kerana ingin meminta tolong menjaga Anis. Setelah sebulan mereka berkahwin, ayahnya diserang pernyakit. Bak kata penduduk kampung, ayah Anis disantau. Sejak dari itu Anis menjadi seorang anak yatim piatu.

"Anis! Oh Anis!" Panggil ibu suri (ibu tirinya)

"Ye ibu?" Jawab Anis sambil terpinga-pinga.

"Aku nak kau masak untuk malam nanti, balik je aku dari pekan. Semua mesti dah siap, paham?!" Jelas ibu suri sebelum berangkat pergi ke pekan.

"Dan satu lagi, kalau Hani dah balik. Kata yang aku pergi pekan sekejap" sambung ibu suri sebelun keluar dari rumah.

"Baik ibu suri" jawab Anis.

Sebelum ayah pergi, ibu suri baik sangat sampaikan dia lupa akan Hani. Hani tu anak dia that's mean adik tiri aku la. Aku rasa ayah aku meninggal kerana kerja dia kott. Ye la kan, sebelum nie dia jaga aku baik gile. Bila ayah aku meninggal mula la dia selalu nak marah aku. Sampaikan dia sanggup ugut aku untuk buat kerja-kerja rumah kalau tidak aku akan diberhentikan sekolah. Ayah pernah pesan, ilmu itu penting. Jangan sesekali lupa untuk menuntut ilmu walaupun sekecil manapun ilmu itu. Daripada aku mengutuk dia, baik aku buat kerja aku. Kang aku pulak dia santau, mana lah tahu.

---------------------------------------------

"Khai, nanti dekat sana jangan buat hal. Kalau diorang tahu sape Khai, habis la Khai diorang tangkap" jelas seorang wanita kepada seorang budak lelaki dalam lingkungan remaja.

"Hmmmm" balas budak lelaki itu dengan selamba.

Setelah tiba sahaja di satu rumah kampung yang agak muram, terus sahaja Khai masuk ke dalam rumah dan kemas baju yang ada. "Ibu mintak maaf Khai, ibu tak sampai hati nak tinggalkan Khai sesorang kat rumah ini. Ibu harap Khai dapat berdikari sendiri, semua makanan ada kat dapur. Kalau Khai lapar, pergilah makan" kata wanita itu dengan perasaan sayu.

"Jadi ibu dah tak sayangkan Khai lagi ke?" Soal Khai dengan penuh harapan.

"Bukan ibu tak sayang, tapi ibu terpaksa pergi sayang. Mungkin ini yang terbaik buat Khai dan ibu. Mungkin suatu hari nanti baru Khai faham kenapa ibu buat selaku demikian" jelas wanita itu sebelum pergi meninggalkan budak lelaki itu keseorangan di rumah yang usang itu.

Tidak lama kemudian, Khai keluar dari rumah untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kampung itu. Kemudian dia terserempak dengan seorang budak perempuan yang agak cantik sambil membawa barang dapur. Mungkin budak perempuan tu baru balik dari beli barang kot, Khai bermonolog. Tetiba bunyi anjing menyalak dari belakang budak perempuan itu. Dengan pantasnya Khai berlari menuju ke budak perempuan itu dan membawa lari sepantas kilat dari diligan oleh anjing itu, budak perempuan itu pun kaku dengan kelakuan Khai itu. Sehinggakan dia hampir tidak percaya dengan kepantasan lelaki itu.

Lalu budak perempuan itu lari dari Khai sepantas yang mungkin sambik membawa barangan yang dibelinya itu. Kerana takut akan kelakuan lelaki itu, dia pun lari sehingga tertanggal sebelah selipar jepunya bersama-sama dengan lelaki itu.

"Maaf" itu sahaja yang keluar dari mulut Khai dengan selamba selepas budak perempuan itu lari darinya.

---------------------------------------------

"Wuih! Gila arr mamat tu. Laju gile die dukung aku dari kene kejar anjing tadi" Anis berkata seorang diri. Kemudian baru dia perasan yang dia berlari dengan selipar yang sebelah sahaja, tapi apa yang dia tahu. Lelaki itu memang dah gila sebab boleh bawak aku lari selaju itu. Tapi hensome la pulak aku tengok lelaki tadi tu, comel lak tu. Tak pernah pulak aku tengok mamat tu kat sini sebelum nie. Orang baru kot. Anis bermonolog lagi.

Keesokkan paginya, Anis bersiap sedia untuk ke sekolah bersama-sama Hani. Anis merupakan seorang pelajar tingkatan 3 manakala Hani pun tingkatan 2. Sebaik sahaja tiba di kelas, Anis dengan pantasnya mendapati kawan baiknya Seri dan Hajar berada di meja mereka.

"Weh, korang tau tak ape jadi semalam waktu aku lepas beli barang kat kedai?" Soal Anis dengan teruja.

"Tau, engkau kene kejar dengan b*bi hutan macam haritu?" Jawab Seri dengan menbuat lawak bodohnya itu.

"Tu lain, nie lagi dahsyat. Semalam..." Anis mula cerita dari A sampai lah ke Z cerita dia terjumpa lelaki itu.

"Serious arr, cam tak logik je cerita kau nie. Ke kau reka?" Soal Hajar selepas mendengar cerita Anis yang mungkin cam merapu itu.

"Betul arr, tak kan aku nak tipu kawan baik aku pulak. Korang tak percayakan aku lagi ke?" Jelas Anis dengan perasaan sedikit kecewa.

"Ye kitorang caye, tapi kalau kau tipu. Berdosa besar tau" kata Seri dengan bangganya.

Selepas habis saja sekolah, Anis pulang ke rumahnya dimana seorang ahli sihir sudah menunggu untuk dijadikan sebagai hamba abdi. Tak kesian ke kat anak yatim nie, sampai sanggup nak jadikan orang gaji. Semua harta bapak aku tu mana? Ko buat ape dengan harta tu? Beli barang kemas bebanyak? Nak tunjuk sangat yang kau tu kaya sangat ke? Tido pun kat rumah orang, ade hati nak jadi kaya. Bentak Anis dalam hati.

Cinta Si Budak JadianWhere stories live. Discover now