Bab 4: The Ugly Duckling

72 3 1
                                    

Khai pulang ke rumahnya selepas berjumpa dengan budak yang dia ingin dijumpai olehnya. Hatinya berasa tenang sekali apabila hasratnya sudah tercapai.

Apa yang harus dia lakukan sekarang hanyalah untuk mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan segala yang berlaku terhadapnya. Ini kerana Anis merupakan orang pertama yang melihat segala kejadian yang berlaku pada pertama kali berjumpa dengan nya.

Selain itu, kejadian tempoh hari yang berlaku terhdap Anis merupakan angkaran dia sendiri. Dia mencari Anis kerana dia dapat merasakan sesuatu yang misteri malah jantungnya menunjukkan bahawa dia berasa selamat dengannya.

Segala kejadian yang berlaku terhadap Khai ini berpunca daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Nenek Kebayan. Mungkin ini kedengaran agak tidak logik, tapi bagi dia tidak. Ini merupakan satu bencana yang ditimpa olehnya.

--

20 tahun yang lalu..

Seorang wanita yang kelihatan agak resah mencari² sebuah rumah di dalam hutan. Ditangannya terdapat sepucuk surat yang disertakan alamat.

"Betul ke dengan berjumpa nenek kebayan, dapat tunaikan hajat aq?" Wanita itu bermonolog sambil mencari rumah yang dikatakan rumah nenek kebayan.

Setelah berjalan jauh, terdapat sebuah rumah usang yang pastinya rumah nenek kebayan itu. Dia masih lagi ragu² dengan perbuatan yang hendak dia lakukan, tapi disebabkan cinta. Dia terpaksa membuat keputusan.

"Assalammualikum.." salam yang diberikan kepada penghuni rumah tersebut. Tiba² pintu rumah tersebut terbuka sendiri dengan perlahan.

"Masuk!!" Satu suara yang datangnya dari dalam rumah tersebut membuatkan wanita itu berasa tidak selesa. Dengan sepenuh keberanian dan harapan, dia pun masuk dan mencari penghuni rumah tersebut.

"Ke sini kamu, dan duduk!" Arah seorang wanita tua yang digelar nenek kebayan. Wanita itu menuruti arahan nenek kebayan dan duduk dihadapan kain kuning berserta barang yang ada setiap kali berjumpa bomoh atau dukun. Paham² je lah..

"Apa yang kau mahu?" Soal nenek kebayan kepada wanita itu. Membuatkan dia merasa gerun dan takut.

"Saya datang ada hajat" jawab wanita itu sebelum nenek itu memotong ayatnya.

"Itu saya tahu!... semua orang yang datang sini memang ada hajat!" balas nenek kebayan. Bukan kemain die punya punch line.. "hajat kamu kemari, disebabkan sifat kebencian dan cemburu kamu itu sudah aku rasai" jelas nenek kebayan.

Jawapan nenek kebayan tadi membuatkan wanita itu lagi takut hanya disebabkan hajat sahaja. "Sebenrnya, saya rasa cemburu dan benci terhadap seseorang ini. Dia lebih mencintai orang lain daripada saya" terang wanita itu.

"Apa yang bisa aku bantu?" Soal nenek kebayan.

Dengan harapan, wanita itu berkata. "Jadikan aku cantik agar dapat menarik hati lelaki yang aku inginkan" balas wanita itu.

"Boleh, tapi ada beberapa syarat yang perlu kau tanggung selepas engkau membuat janji" jawab nenek kebayan itu. Wanita tadi dengan harapan dapat menukarkan dirinya sendiri bersetuju untuk melakukan apa sahaja.

"Tapi apa yang saya perlu tanggung nanti?" Soal wanita itu.
"Anak kamu! Bila kamu sudah mempunyai anak. Dia mungkin akan mendapat bala daripada apa yang kamu lakukan" terang nenek kebayan kepada wanita itu.

"Baiklah, saya setuju" dengan pantas wanita itu bersetuju. Dia tidak kisah akan anak dia kerana hawa nafsunya yang taksub dengan kencantikan.

"Kita mulakan malam besok dengan bermandi bunga" jawab nenek kebayan itu.

Cinta Si Budak JadianWhere stories live. Discover now