Seperti biasa, Ibu suri akan keluar ke pekan pada siang hari dan pulang pada lewat malam setiap hujung minggu. Tak tahu lah apa yang dibuatnya kat pekan sampai malam. Tapi harini lain dari yang biasa.
"Anis! Aku nak pergi ke pekan harini. Hani ikut bersamaku, jika aku tidak pulang pada pukul 11 malam. Kunci sahaja pintu dan tingkap, dan duduk sahaja di dalam bilik sehingga pagi menyingsing. Aku dan Hani mungkin akan pulang pada esok hari" kata Ibu Suri kepada Anis.
Anis hanya menurut perintah dan mengikuri Ibu Suri dan Hani ke luar pintu. "Anis, bilik aku tu aku tak kemas lagi tau. Nanti tolong kemaskn, engkau tu dalam rumah ni orang gaji aje pun. Orang gaji tak berbayar, hahahahah..." ejek Hani sebelum masuk ke kereta ibunya. Anis hanya menunduk dan tidak mampu mengeluarkan sepatah dari mulutnya.Ibu Suri dam Hani telah pun berangkat pada pukul 5 pagi tadi, pekan dari sini agak jauh dan mengambil masa sejam untuk sampai. Setelah mereka hilang dari pandangan dia, Anis bersiap untuk solat dan membersihkan diri sendiri. Dia menyarungkan sehelai tudung bawal berwarna merah hadiah arwah ibunya dan bersiap untuk ke kebun di belakang rumahnya. Kebun itu asalnya atas usaha ibu dan bapanya yang mahu menjimatkan perbelanjaan. Tempatnya agak jauh sedikit kerana terdapat banyak dusun untuk dia lalui. Setelah tiba di kebun itu, dia mula membersihkan halaman kebun dan mengutip hasil kebunya yang sudah cukup masak. Dia cukup bersyukur kerana mempunya harta peninggalan arwah ibu dan ayahnya walaupun tidak seberapa. Sementara dia memgutip hasil kebunya itu, dia terlihat satu bayangan hitam yang berlari laju dari satu pokok ke pokok yang lain.
"Siapa tu?!.. Boleh tak jangan nak main², aku tak takut la" jerit Anis dalam keadaan ketakutan. Benda yang berwarna hitam itu tidak bergerak lagi, dan berdiri di belakang salah satu pokok di dusun itu. Anis berjalan selangkah demi selangkah kearah benda itu. Dia mandapati benda itu berbulu tebal dan berwarna hitam ke cokolatan. Anis mula cuak dan tidak sanggup untuk berjalan kearah dia kerana takut jika ianya seekor beruang yang mungkin sedang kelaparan. Tapi atas sebab ingin tahu juga, dia meneruskan langkahnya ke arah binatang itu. Binatang itu mendengus dan membuatkan Anis berasa cuak keatasnya. Lalu binatang itu mebuat satu cakar yang kuat dan terus lari dari pandangan Anis.
"Binatang ape tu? Tak kan lah beruang. Kalau beruang, mesti orang kampung dah lama kecoh. Tapi ni baru lagi. Tapi apa yang binatang itu buat tadi ekk, dia buat apa kat belakang pokok tadi tu?" Muncul persoalan dalam diri Anis berkaitan binatang itu. Anis dengan perlahan menuju ke pokok dimana binatang itu berdiri dan dia melihat satu bekas kesan cakaran di batang pokok itu. Dibawah pokok itu terdapat sebelah lagi selipar Anis yang hilang tempoh hari. Anis mula takut dengan situasi tadi tambah lagi dengan kemunculan sebelah lagi pasang seliparnya itu. Siapa yang letakan selipar itu dekat situ dan apakah binatang itu sebenarnya? Anis bermonolog.
---------------------------------------------
Selepas habis berkebun, Anis singgah di warung Pak Hamid untuk membeli sarapan sebelum pulang ke rumah. Yelahkan, Ibu Suri mana ada di rumah. Jadi membazirlah jika memasak, baik beli je makan. Semua wang dia ada adalah hasil daripada kerja kerasnya dalam berkhidmat di rumah kawannya yang membuka khidmat catering. Sape cakap kat kampung tak ada catering? Zaman dah maju lah, semua ada. Tipulah kalau tak ade catering, tak pun buat masak² kat masjid atau surau. Sementara membeli kuih dan nasi lemak di meja, dia terdengar orang kampung kecoh dengan kehilangan kambing Pak Samat malam semalam.
"Aku pasti ade orang dah curi kambing aku semalam, dah banyak kali aku kira. Tapi tetap tak cukup satu, dalam buku jual beli pun tak ada cakap yang ada jual kambing aku tempoh hari" kata Pak Samat kepada kawan sebelahnya yang asyik dengan cerita dia. "Betul ke apa yang engkau cakap nie, tantah engkau yang salah tengok" kawan sebelahnya menyampuk. "Betul, tak kan lah aku nak tipu. Kambing aku tu, buat ape nak tipu" kata pak samat. "Habis tu, kalau sayang sangat kat kambing tu. Kenape tak upah je orang tuk jagakan kambing tu?" Kata kawanya itu. "Ermmm.... mana lah aku tahu! Benda baru nak jadi!" bentak pak samat.
Selepas Anis dengar apa yang Pak Samat katakan sebentar tadi, Anis mula rasa curiga dengan kata Pak Samat. Mungkin benda yang dia nampak pagi tadi adalah binatang yang makan kambing Pak Samat? Atau ada orang yang curi kambing Pak Samat? Hanya Allah sahaja yang tahu.
------------------------------------------------
Pada malam hari, Anis sudah bersiap sedia untuk masuk tidur. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 11:00 malam. Dia bercadang untuk mengulang kaji terlebih dahulu, nak pt3 la knn. Budak form 3 nie, ade dua jenis. Satu yang kene control cm robot oleh ibu bapanya sampaikan boleh jadi anti-soSIAL dan satu lagi cm haiwan, nak buat apa suka hati korang la. Kerjaya korang di tangan sendiri. Pejam celik - pejam celik, jarum jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengah malam. Anis ambil keputusan untuk ulang kaji sampai dia tak larat lagi, tapi disebabkan kerja yang banyak. Dia mengumpul tenaga untuk berstudy smpai lewat malam.
"Hmmmmmmm...." geluhan panjang Anis yang paling kuat pernah dia lepaskan. Tatiba satu suara kedengaran di belakang rumahnya, suara seakan-akan seseorang sedang berdengus dengan kuat. Kalah geluhan Anis tadi. Anis mula rasa curiga, mungkin ada seseorang yang ingin merompak rumahnya. Anis mengumpulkan segala keberanian dia ada dan segala kekuatan yang masih ada untuk menjejak langkah ke dapur untuk melihat, siapakah yang ingin memasuki rumahnya itu.
Setelah berada di dapur, dia melihat melalui tingkap dapur yang sedikit terbuka. Dia melihat, binatang yang dia nampak pada pagi tadi. Dia mula takut, tapi atas sebab ingin tahu binatang apa sebenarnya itu. Dia membuka pintu belakang di dapurnya itu dengan perlahan-lahan dan menyorok di belakang barang yang terdapat di belakang rumahnya itu. Dia mengekori binatang itu sehinggalah ke dusun dimana dia terserempak dengan binatang itu tadi. Setelah lama berjalan mengekori binatang itu, dia terlihat satu rumah usang yang mungkin baru dibersihkan, binatang tadi masuk ke dalam rumah itu. Anis mengekorinya sampailah ke depan pintu hadapan rumah dimana binatang itu masuk tadi, dia mengumpulkan segala keberanian untuk masuk ke dalam dan melihat binatang apakah sebenarnya itu sampaikan membuat satu kampung kecoh denganya. Dia masuk ke dalam rumah itu dan melihat bahawa semua perabot didalam rumah tersebut di litupi dengan kain putih yang agak lusuh. Dia lihat binatang tadi sudah hilang dari pandangan matanya.
YOU ARE READING
Cinta Si Budak Jadian
Mystère / ThrillerAnis merupakan seorang anak yatim piatu yang tinggal dengan ibu tirinya selepas peninggalan arwah ayahnya. Dia hidup bersama dengan ibu tirinya yang amat benci dengan dia. Malah dia juga dijadikan hamba kepada ibu dan adik tirinya. Pada masa yang sa...