"Na.."
Naurah masih memerhati ketam yang berjalan senget. Angin petang dibiarkan menampar-nampar wajah. Terasa aman.
.
"Jika kita benar-benar mahu merasakan kasih sayang Allah kepada kita, angin yang bertiup lembut pun kita boleh rasa seolah-olah Allah sedang memujuk." Diana bersuara, sengaja memancing perhatian.
"Itu ayat aku." Naurah membalas ringkas. Matanya masih mengekori pergerakan ketam yang senget.
Diana tersenyum.
"Haah, sengaja aku ingatkan. Takut kau terlupa."
.
Diana memandang wajah Naurah, mujur sahabatnya ini masih mahu bercakap dengannya. Temannya kini dilihat berbeza berbanding dulu. Jika dulu sinaran matanya penuh semangat, kini lemah tak bermaya.
"Aku takut kau menjadi futur kerana diuji, Naurah." Diana menuturkan perlahan, seikhlas hatinya.
Naurah tersentak, namun tetap mendiamkan diri.
.
"Setiap kali aku melihat kau dulu, aku selalu merasa kuat. Naurah yang aku kenal ialah seorang yang kuat dan selalu memberi aura yang positif. Namun kini aku lihat engkau seperti hilang semangat, mendung berdukacita." Diana menarik nafas.
"Tak salah untuk bersedih dan merasa letih. Buatlah apa pun untuk atasi kesedihan, dan ubatilah letih tu dengan cara apa sekalipun selagi tidak melanggar undang-undang dan hukum Tuhan, namun selepas itu kau harus bangkit.."
"Aku perlukan masa, Diana. Ada bahagian dalam diriku yang runtuh, dan memerlukan masa untuk dibina semula." Naurah masih menunduk, merenung pula butiran pasir yang takkan terkira jumlahnya.
Diana mengelus halus. Seperti kecewa.
"Bagi aku masa, namun aku punya satu permintaan."
"Apa dia?" Tanya Diana, prihatin.
"Walaupun aku macam ni.. walaupun aku diam dan stagnant yang tidak diketahui sampai bila.." Naurah menarik nafas.
"Jangan sekali-kali anggap aku dah pergi. Ingatkan aku untuk kembali, macam yang kau buat sekarang ni. Melainkan aku menyuruh kau pergi."
"Hoi.. Banyak cantik muka kau." Diana menampar lembut bahu temannya. Naurah ketawa.
....................
YOU ARE READING
Naurah
Random"Apabila terdapat mukmin yang memahami agamanya, didapati bersamanya tanpa ragu-ragu lagi seluruh wasilah kejayaan. Menjadi perkara biasa baginya menggunakan setiap tenaga, ilmu, seluruh harta, masa dalam amal yang berfaedah untuk deen, dakwah dan d...