Sejuk malam buat pundi kencing aku nak meletup. Rasa berat nak tinggalkan katil empuk ni eish. Mahu tak mahu kena jugak paksa badan bangun pergi tandas.
_______________________________
Fuh lega! Suasana dapur selalunya gelap tapi sedikit cahaya dari pintu bilik adik yang terbuka sedikit menerangi dapur. Takkan adik belum tidur?
Rentak kaki ku pelahan ke pintu bilik adik.adik membelakangi pintu biliknya.
"adik?"
"ye bang. hehek."
"buat apa tengah malam tak tidur lagi ni?"
"adik nak hidupkan patung adik ni. ni abang tak nampak adik tengah bedah patung adik ni ke?"
"hah?"shit. misteri arnab ibu mati dengan kejam adik punya pasal. arnab ibu mati disebabkan perutnya dikoyakkan. hampir semua organ arnab tu hilang. mata arnab pun dikorek.
adik buat sebab untuk patung dia. lebih hidup.