Part 1

37 1 13
                                    


Smartphone Sony Xperia T2 berkelip - kelip warna hijau menandakan ada notifikasi dari Wechat ataupun Twitter. Shah mengabaikan notifikasi tersebut. Dia lebih mementingkan makanan dihadapannya kini.

Tangannya lincah menghiris daging kambing di dalam pinggan lalu disua ke dalam mulut. Terasa nikmat apabila daging kambing meluncur masuk ke dalam perut. Dalam masa 7 minit, sepinggan lamb chop miliknya sudah licin. Disedut perlahan jus tembikai bagi menghilangkan dahaga.

Terasa diri diperhatikan, Shah memanggung kepala menghadap insan di hadapannya kini. Shah menayang sengih melihat insan yang merenung tajam ke arahnya.

"Kau ni manusia ke saka?" soal insan itu.

"Aku bukan saka la. Aku manusia jelmaan syaiton." Shah tersengih.

"La, iye ke? Jap aku nak call pakcik aku. Pakcik aku ni pandai bab nak halau hantu syaitan ni. Lagi lagi kau." Shah tergelak mendengar sindiran itu.

"Call la kalau kau nak hilang best-syaiton kau ni." Shah menjongket kening. Mencabar insan tersebut.

"Ish! Aku main - main je la. Tak sanggup aku hilang my syaiton ni. Tak jumpa mana - mana dah. Spesis rare beb!"

"Tahu pun, Mr. Adi Harzan. Aku hilang betul - betul nanti jangan cari aku pulak. Sebab kau yang mintak." Shah sengaja menguji Harzan. Dia tahu, Harzan pasti melenting mendengar ayatnya tadi.

"Eh, kau! Jangan la cakap macam tu weh! Kau tahu kan aku sayang kau? You are the only one my syaiton. No one can replace you!" tegas Harzan.

"Ye ke? Hati mudah berubah Mr. Adi Harzan. Hari ni cakap sayang, esok boleh bilang benci. Who's know, right?" provok Shah. Ditahan gelak melihat wajah bengang Harzan.

"Dengar sini baik baik. Saya, Adi Harzan Hamzah memang menyayangi awak seikhlas hati saya wahai cik Mawar Shahirah Izzam Ali." ucap Harzan sambil meletakkan telapak tangannya di dada kiri.

Shah yang sedari tadi menahan ketawa terus terkedu 5 saat mendengar kata - kata Harzan. Tak berkelip matanya memandang Harzan. Segera dia mengawal riak wajahnya yang terasa membahang kembali selamba. Dia berdehem sebelum tersengih.

"Auchh! Sweetnya. Anak siapa la ni sweet sangat. Rasa nak sepak terajang." balas Shah sambil tergelak bagi menutup debar hatinya.

"I really meant it, Mawar." ujar Harzan dengan renungan tajam menikam wajah Shah.

"Ye, aku tahu. Tadi tu aku melawak ja la. Kau ni, serius sangat malam ni. Datang bulan eh?" gurau Shah. Mahu menutup topik sayang menyayang tadi.

Harzan menjeling Shah yang tersengih di hadapannya. Dia kembali menyambung makan yang terbantut gara - gara Shah tadi. Harzan agak terasa dengan gurauan Shah. Entah kenapa, dia takut jika dia betul - betul kehilangan Mawarnya.

'Aku sayang dia sebagai kawan atau lebih?' Harzan mula menyoal dirinya sendiri.

Melihat kebisuan Harzan, membuatkan Shah tidak senang duduk.

'Aish! Merajuk ke dia ni. Adoiii! Sejak bila pulak si Naz ni pandai merajuk dengan aku. Haihh!' gerutu Shah dalam hati.

Kepala yang tidak gatal digaru tanpa sedar. Kemudian baru dia perasan sesuatu. Dipandang Harzan yang enak menghabiskan lamb chop dengan tenang. Ya, mereka berdua mempunyai selera yang sama.

"Naz." dicuit tangan Harzan dengan sudu. Harzan hanya mendiamkan diri.

"Weh Naz." suara Shah naik seoktaf. Senyap.

Shah menarik nafas. 'Orang tua ni memang nak kena dengan aku.'

"Adi Harzan!!!" jerit Shah.

"Tak guna! Weh! Kau nak malukan aku ke apa Mawar?! Jerit macam orang gila!" marah Harzan. Kepalanya ditundukkan kepada pelanggan yang lain tanda minta maaf.

Aku Bukan PilihanWhere stories live. Discover now