AKU GADIS LIAR (PART 4)

3.9K 40 3
                                    


Dia senyum. Penuh makna walaupun soalan tadi tak berjawab.

Haihhh... Puas aku cuba ingat siapa Uwais. Mana dia? Sepanjang aku dekat hospital ni, dia tak pernah pun datang tengok aku. Macam mana aku boleh kenal dia sedangkan aku dulu kaki club, Pole Dancer dan dia pelajar sekolah agama? Warak sangat ke dia? Otak aku ligat fikir pasal Uwais dan dimana dia. Wafi tak sempat cerita macam mana boleh kami terlibat dalam kemalangan tu. Banyaknya persoalan!

Mama masuk ke bilik, terus memelukku erat.

"Sayang, Mama balik dulu ya. Insya'Allah esok Mama datang melawat Sarah lagi. Dr. Haziq dan nurse akan jaga Sarah dekat sini. Jangan nakal² tau." pesan Mama dengan senyuman yang manis terukir dibibir.

Aku angguk. Membalas pelukan Mama.

Mama capai beg tangan, memberi salam dan minta izin untuk beredar. Mama sempat menghadiahkan aku smartphone. Mama cakap telefon aku yang lama dulu tu pun dah hancur lerai masa kemalangan.

Aku belek-belek smartphone ni. Check internet. Pergi ke YouTube. Saja aku nak tengok-tengok video Choreography. Aku tengok step by step how to dance freestyler and dance floor. Then aku buka lagu Whatever You Like - Nicole Scherzinger. Ok. Memang aku suka. Dari aku duduk terperap dalam wad hospital ni, at least kalau aku tak suka senaman, dance ni pun satu senaman buat aku. Aku create sendiri step by step ikut genre lagu tu. Dia punya layan... perrghh! Sampai aku lupa yang aku ni berada di hospital, bukan di studio.

Tiba-tiba kedengaran satu suara berdehem. Aku toleh ke belakang tengok siapa. Aku nampak Dr. Haziq! Hahahahahaha!!!

Punyalah aku ketawa kuat.

Dr. Haziq pun turut sama ketawa tapi tak lah sekuat aku ketawa hahaha!

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah katil. Aku duduk dekat atas katil tu sambil menekup muka dengan gelak tawa yang masih bersisa.

Sedikit reda.

"Minta maaf, Dr Haziq..."

aku mohon maaf. Malu sebenarnya.

"Saya dah ketuk pintu tapi Sarah tak dengar kot. Bila saya buka pintu, betullah tu. Sarah 'busy' rupanya." kata Dr. Haziq sambil tersenyum.

Aku senyum.

Tunduk.

Malu.

"Macam mana keadaan Sarah hari ni? Wafi datang melawat Sarah tadi kan? Sarah ingat Wafi?" soal Dr. Haziq.

Aku diam.

Tunduk.

Haihh...

"Saya tak ingat apa-apa pasal Wafi..." jawabku.

Dr. Haziq tarik kerusi dan duduk mengadap aku.

"Ada apa-apa yang awak ingat tentang diri awak sebelum ni?" tanya Dr. Haziq.

Aku menggeleng.

"Kenapa teruk sangat saya ni doktor?"

soalku pula.

Dr. Haziq senyum.

"Bukan macam tu, Sarah. Belum sampai waktunya lagi tu. Sampai masa nanti, kalau Allah izinkan, awak ingatlah." pesan Dr. Haziq seakan memujuk.

"Mama ada tunjuk gambar-gambar lama Sarah yang dulu-dulu tapi Sarah tetap jugak tak ingat. Haihh..." aku menghela nafas panjang. Sedikit stress.

"Tak apa, Sarah. Bertenang. Perlahan-lahan. Saya tahu awak kuat. Jangan sesekali putus asa. Ada je jalan ikhtiar, kita cuba. Kita usaha." sambung Dr. Haziq.

Senyuman dibibir Dr. Haziq tak pernah lekang. Orangnya bertubuh biasa, persis lelaki Cina, bermata sepet, berkaca mata, lembut tutur bicaranya, tenang wajahnya.

"Dr. Haziq pandai dance?"

tanyaku tiba-tiba. Hahaha!

Aku yang tanya, aku balik yang ketawa.

Dr. Haziq terkejut.

Kali ni aku rasa macam kena tenung.

Aku ketawa lagi.

Cover malu punya pasal.

Mungkin aku salah tanya soalan.

Hahaha!

"Hari ni baru saya dengar awak ketawa, Sarah. Alhamdulillah. Satu perkembangan yang baik. Sejak awak sedar dari koma tu, awak masih blur mungkin. Awak tak banyak cakap, awak banyak berfikir sendiri, awak nampak sedikit murung dan stress. Sekarang ni Alhamdulillah. Satu perkembangan yang baik. Teruskan. Saya tak nak awak pendam. Luahkan apa yang awak rasa. Jangan simpan." pesan Dr. Haziq.

Aku diam.

Senyum.

**********************************

Hari berganti hari. Semakin hari aku semakin selesa dengan Dr. Haziq. Kadang-kadang kalau aku tak berselera dengan makanan hospital, Dr. Haziq akan bawa bekal Spaghetti Bolognise dari rumahnya. Hasil masakan air tangan dia sendiri katanya haha!

Aku selalu kena cubitan manja dari Mama. Mama pesan jangan minta apa-apa dari Dr. Haziq tapi macam biasa, aku dah siap-siap beritahu Mama yang aku tak pernah minta apa-apa cuma rasa macam tak berapa best dengan makanan hospital. Maka, Mama lah yang selalu minta maaf dari Dr. Haziq dek kerana perangai aku yang terlalu kebudak-budakkan ni. Dr. Haziq macam biasa... senyum memanjang bila tengok aku.

"Esok Dr. Haziq tak perlu bawa bekal makanan apa-apa untuk Sarah. Kang tak pasal-pasal Dr. Haziq kena bebel dengan Mama hahaha!" ujarku.

Dr. Haziq ketawa.

"Tak apa. Telinga saya kebal."

seloroh Dr. Haziq.

Aku ketawa.

Sedang aku bergelak ketawa dengan Dr. Haziq, pintu diketuk. Aku tengok jam. Ohh... waktu melawat rupanya. Ada pelawat. Dua orang perempuan berjubah dan bertudung labuh dan seorang lelaki bersama mereka. Aku tak kenal. Tak pernah tengok sebelum ni. Pelawat baru nampaknya. Dr. Haziq minta diri untuk beredar.

Aku senyum.

Dua orang perempuan tadi datang menghampiriku lantas memelukku dengan erat.

"Kak Sarah tak ingat kami?" tanya salah seorang dari mereka.

Aku menggelengkan kepala.

"Maafkan Kak Sarah. Kak Sarah tak ingat." jawabku sedikit kesal.

"Tak apa Kak Sarah. Perlahan-lahan, ya."

pujuk seorang lagi.

Aku peluk kedua-dua orang adik perempuan tadi. Aku tanya :

"Ini siapa?" soalku.

"Saya Usroh. Ini adik saya, Usna. Itu abang saya, Uwais."

"Uwais????"



(bersambung......)


AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now