AKU GADIS LIAR (PART 6)

3.1K 39 0
                                    

Haaihh...

berhentilah memujuk aku!

Semoga hati aku kuat, kental, ego dan tak makan dek pujukan mana-mana lelaki.

Masa berlalu silih berganti. Mama dah mula kenal Uwais. Setiap kali ada masa terluang, Uwais akan datang melawat aku seorang diri atau pun dengan Usroh dan Usna bersama kawan-kawan aku yang lain.

Wafi berada di Brunei atas urusan bisnes. Sesekali ada juga kami berhubung melalui telefon. Aku mula mengenali Wafi semula. Ada soulmate nya dengan Wafi ni. Wafi kelakar, banyak buat aku ketawa, kuat berseloroh, bijak buat keputusan, matang pemikiran, penyabar, penyayang, teman sharing aku dan macam-macam lagi. Senang cerita, aku ngam gila dengan Wafi.

Ukhuwah aku dengan Dr. Haziq semakin erat. Dia dah mula kenal aku, selami jiwa aku. Dia dah lama nampak aku ni manja macam budak-budak, mungkin sebab aku ini anak tunggal katanya. Dia kata aku dah mula bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan cuma aku kena berhati-hati. Jangan mudah meletakkan kepercayaan pada seseorang. Dr. Haziq bukan setakat doktor yang merawat aku tapi dia juga seorang yang banyak mengambil berat perihal aku.

"Mama, sebelum Sarah terlibat dalam kemalangan, Mama tahu tak Sarah berkawan dengan siapa?" soalku.

Mama sedang mengemas barang-barang keperluanku di wad hospital, terhenti sebentar.

"Sarah ramai sangat kawan-kawan. Mama tak kenal sangat siapa kawan-kawan Sarah. Yang Mama kenal hanya Wafi."

jawab Mama.

Aku terdiam.

Mama datang menghampiriku, membelai rambutku.

"Uwais ada cerita dengan Mama bila dia kenal Sarah?" soalku.

Mama geleng kepala.

"Sarah nak Mama tanya dia? Mana tahu Uwais dapat bantu kembalikan ingatan Sarah." pujuk Mama.

"Tak, tak Mama. Bukan macam tu."

aku menghelakan nafas panjang.

Diam.

Mama peluk aku.

Aku melentokkan kepala ke bahu Mama.

"Mama suka Uwais berkawan dengan Sarah. Dia nampak baik. Dengan jubah, kopiah, lembut tutur bicara, hormat orang tua..." perlahan suara Mama mengisi ruang petang itu.

"Mama tahu tak macam mana Sarah dan Wafi boleh terlibat dalam kemalangan tu? Sarah nak tahu, Mama..." luahku.

"Tak ada apalah, sayang. Dah ketentuan Ilahi. Kita tak mampu nak halang..." pujuk Mama.

"Ya, Mama. Ketentuan Ilahi. Cuma Sarah rasa macam ada sesuatu yang Sarah tak tahu..." ujarku.

Sekali lagi otakku ligat untuk ingat.

Tetap sama. Tak mampu ingat apa-apa.

"Sarah dah tanya Wafi apa yang jadi?"

soal Mama.

Aku diam.

"Sarah rasa Wafi tak nak jawab..."

balasku sambil memeluk lengan Mama.

"Sarah tak ingat mana-mana lelaki yang Sarah kawan dulu selain Wafi?" soal Mama.

"Sarah tak ingat, Mama..." luahku.

Mama diam.

Aku tengok Mama.

Macam ada sesuatu yang tak kena.

"Mama ada sorok apa-apa dari Sarah?"

soalku.

Mama lantas memelukku.

AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now