Sindy yang malang

21 4 0
                                    

Di sebuah taman perumahan,tingal sepasang suami isteri yang bernama Binti dan Emmalyn. Binti seorang lelaki yang nak dikatakan kacak tak juga, nak cakap hodoh pun tidak. Kesimpulannya, Binti ni sedang sedang orangnya. Beliau bekerja sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat yang bernama Singer Singa Bapak Kau Menyinga(S.B.K.M).Emmalyn pula seorang minah salleh dari Amerika. Dia bertemu dengan Binti secara kebetulan dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Diikutkan cerita, setelah setahun membina asmara, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Maklumlah, Ada darah omputeh. Oleh kerana emaknya Emmalyn minat gila dengan dongeng Cinderella, dia berkenan untuk menamakan anaknya sempena kisah tersebut. Dan untuk memelayukan nama tersebut, ditambahnya perkataan Siti dan ditukarkan perkataan c kepada s . Ketika Sindy berumur enam tahun, emaknya terpaksa pulang ke Amerika atas alasan ibunya sakit. Kononnya, dia akan pulang selepas seminggu. Namun, setahun kemudian, Binti dan anaknya dikejutkan dengan berita Emmalyn berkahwin dengan lelaki lain. Binti tidak dapat menerima hakikat kerana Beliau begitu mencintai Emmalyn. Tanpa diduga, muncul seorang janda yang membuka kembali pintu hati Binti. Setelah menegenali sesama sendiri, berkahwinlah mereka. Janda yang bernama Syarifah tetipah itu mempunyai dua orang anak kembar yang masing masing bernama Ayda dan Jebat. Binti sangat gembira dengan kehadiran Syarifah di dalam hidupnya. Baginya, Syarifah adalah sinar baru baginya. Bagi Sindy pula, tiga beranak itu umpama dakwat Hitam yang tertumpah di atas kertas yang memang dari asalnya berwarna kelam. Kehidupannya yang kelam bertambah sukar dengan adanya mereka bertiga. Bukan kerana dia didera, namun sikap ayahnya yang selalu melebihkan Syarifah.Manakala Ayda dan Jebat yang lurus pulak asyik menyusahkan hidupnya. Arghh! Tertekan Sinderella dibuatnya. Sesekali, terdetik dihatinya ingin berubah tempat dengan Cinderella yang sebenar. Tidakkah itu lebih baik? Huh!!

Siti SinderellaWhere stories live. Discover now