Beng! Beng!

309 7 2
                                    

I was five and he was six

We rode on horses out of sticks

He wore black and I wore white

He would always win the fight

Aku pasang radio di dapur dan lagu Nancy Sinatra berkumandang. Sabtu, Ashton cuti dan aku pula terpaksa bekerja sehingga malam. Jam 7 pagi. Aku goreng dua biji telur dan empat hiris beef bacon, bakar empat keping roti, hiris sebiji tomato. Dalam cerek elektrik aku panaskan air untuk buat minuman. Susu untuk aku dan kopi untuk Ahston. Ashton masih di tingkat atas, menghadap komputer. Ada kerja perlu dibereskan, katanya.

Aku letakkan sarapan pagi kami atas dulang dan menapak ke bilik kerja Ashton. Sebagai seorang arkitek, bilik kerjanya agak bersepah dengan lakaran pelan. Aku tengok dia sedang berbual di telefon. Suaranya rendah seperti biasa dia berbual dengan rakan sekerja. Aku kemaskan meja kopi yang ditutupi dengan buku-buku dan notanya. Tiba-tiba terjatuh sekeping gambar dia memeluk seorang perempuan. Cantik. Latarnya di Langkawi. Jadi inilah hasil kursus selama sebulan di Langkawi tahun lepas ya? Aku balikkan gambar itu dan ada nota tertulis.

Dearest Ash, keep this and remember me. Love, Lissa.

Bang bang he shot me down

Bang bang I hit the ground

Bang bang that awful sound

Bang bang my baby shot me down

Aku pandang dia. Dia masih berbual, sambil melihat tasik diluar melalui tingkap. Bahasa badannya masih seperti tadi. Serius. Seperti dia biasa berbual dengan rakan-rakan sepejabat atau ketuanya. Gambar tadi aku simpan dalam kocek seluar.

"Ashton, mari sarapan."

Dia angguk dan senyum. Dia minta diri untuk bersarapan dulu, aku dengar. Dia mendekati aku. Masih berboxer hitam dan bersinglet putih. Aku pula sudah memakaibusiness suit hitam pinstripe. Senyuman manisnya dia hadiahkan pada aku. Sama seperti empat tahun lepas sewaktu aku pertama kali jumpa dia di Southampton University.

"Terima kasih," dia kucup dahi aku lalu duduk bersama menikmati sarapan.

What you give that is what you will get from me, Ashton.

*******

Aku perlu menyiasat siapa perempuan itu. Aku katakan pada Ashton yang aku perlu bekerja ke luar daerah selama tiga hari. Sepucuk Kahr K9 yang aku simpan selama ini, aku bawa bersama. Ashton hantar aku ke lapangan terbang. Bila dia pulang, aku ambil teksi ke hotel di ibu kota. Hotel yang sama tempat dia sering kemari untuk 'makan malam dengan client'. Aku jumpa resit-resitnya dalam laci. Aku syak dia sering makan di sini dengan perempuan itu.

Seasons came and changed the time

When I grew up I called him mine

He would always laugh and say

"Remember when we used to play...

Aku duduk jauh di sudut restoran mewah itu. Memakai skaf dan muffle yang menutup muka. Benar tekaan aku. Ashton sampai, berpegangan tangan dengan perempuan itu. Berbadan langsing, perempuan itu nampak cukup selesa dengan dress merah seksi. Seperti mengejekku saja. Mereka berbual, minum dan makan. Tangan sentiasa bersentuhan. Romantis betul. Dengan aku tak pernah dia begini. Aku ambil gambar mereka. Bukti sudah ada. Cuma perlu masa yang sesuai untuk aku lepaskan marah.

...Bang bang i shot you down

Bang bang you hit the ground

Bang bang that awful sound

Bang bang i used to shoot you down."

Ya, mereka sedang menghina aku. Aku mula mengekori mereka keluar selepas itu. Ashton tidak bawa buah hatinya pulang ke rumah kami, nampaknya. Mereka menuju ke sebuah rumah banglo agak jauh dari kejiranan. Ashton tidur di situ. Aku tunggu di luar, kesejukan, berembun.

Musics play and people sang

Just for me the churchbells rang

Aku terasa ingin menangis tapi air mataku tak keluar. Empat tahun berkahwin dengan Ashton. Empat tahun itu juga aku letakkan sepenuh kepercayaan kepada dia. Rupanya dia begini. Aku rupanya belum kenal siapa suami aku sebelum ini. Jam empat pagi, aku ketuk pintu hadapan rumah itu. Kahr K9 kejap dipegang.

Pintu dibuka perlahan. Perempuan itu berdiri di depan aku. Mukanya terkejut. Aku dengar suara Ashton memanggilnya dari dalam. Tangan kananku yang memegang pistol aku angkat ke paras dahinya. Aku acukan ditengah dan picu ditarik. Aku dengar dentuman dari pistol ini. Aku nampak perempuan itu rebah. Aku dengar jeritan Ashton memanggil namanya.

Lissa. Lissa. Lissa.

Semuanya dirasakan berlaku dalam gerak perlahan. Ashton memeluk perempuan yang sudah tidak bernyawa itu.

"Audrey!" Ashton jerit nama aku dan mukanya amat marah. "You've killed her! You've killed my girlfriend!"

"Fair and square, Ashton."

Benar, aku sudah tak kenal siapa Ashton.

Now he's gone I don't know why

Until this day sometimes i cry

He didn't even say goodbye

He didn't take time to lie

Dia bangun. Dengan senang Kahr K9 yang masih panas muncungnya dia rampas. Aku tidak melawan. Aku sudah agak. Aku sudah sedia. Permainan akan tamat. Ashton bunuh cinta aku. Perempuan itu bunuh cinta Ashton pada aku. Aku bunuh perempuan itu. Sekarang, giliran aku. Aku pejam mata.

Bang bang he shot me down

Bang bang I hit the ground

Bang bang that awful sound

Bang bang my baby shot me down....

Siti Nursoleha & Kisah-kisah LainWhere stories live. Discover now