5

57 2 0
                                    

Katamu,
"Biarkan aku pergi dulu"
Lalu aku bertanya dalam sedu-sedan yang tidak ditahan
"Mengapa kau langsung ingin meninggalkan aku? Apa salah yang aku laku?"
Jawabmu,
"Aku ingin kebebasan. Aku ingin terbang sendiri melihat dunia. Aku tak betah pada tanggungjawab"
Dan dalam sendu yang tak pernah kehabisan, dalam rasa yang tak mampu aku lepaskan, dalam kecewa yang tak mampu aku biaskan
Satu ucapku,
"Pergilah. Aku izinkan. Andai itu bisa buat kau bahagia. Biar aku sendiri melawan gelodak jiwa"
Lalu hingga kini, aku biar rasa itu mati buat jaka yang lain.
Kerana aku pasti kau sendiri faham apa yang aku rasa walau kau kini sedang menebar bahagia.

Aksara Dari SerebrumWhere stories live. Discover now