Di ambang pintu itu
Sang gadis berdiri merenung ke lorong kecil di hadapan sana
Melihat jejak sang jaka pergi menjauh
Berderap tapak kaki satu per satu
Hingga hilang satu susuk yang didamba selama ini
Hilang di balik bongkah-bongkah kehidupan
Yang tidak lagi rata antara sang gadis dan sang jakaDi atas sofa sana
Ada seorang wanita tua
Terbatuk kecil menahan sakit dunia
"Sudah lah, sang gadis. Relakan sang jaka pergi. Jangan menangis lagi"Diusap air mata di pipi sendiri, sang gadis mampir ke arah wanita tua itu. "Ibu, kenapa terkadang kita ditakdirkan mencintai, namun akhirnya luka?" Lembut usapan tangan wanita tua itu, di atas ubun sang gadis. "Kerana Tuhan mahu mengajar kau erti dewasa. Bagaimana mahu mengubah yang perit itu menjadi manis, hanya dengan seuntai perkataan 'Redha'. Sabarlah. Esok matahari akan terbit lagi. Usah bersedih"
Sehingga esok matahari terbit lagi, sang gadis tersedar dari tidur yang panjang.
Bersama kerak air mata di pipi.
YOU ARE READING
Aksara Dari Serebrum
PuisiMeluahkan segala yang datang berhimpun Hinggap perlahan di serebrum