"Han. Come here." Panggil seorang perempuan yang berusia sudah setengah abad. Dia bersandar tenang di atas kerusi kayu lama itu.
Langkah diatur menuju ke mama.
"Ye ma." Dia menjawab lembut. Tangannya mengusap telapak tangan mama.
"Nampak mama punya cermin?"
"Cermin apa ma?" Kening diangkat sedikit.
"Alaa, yang selalu mama guna tu."
"Mamaa." Nafas dilepas perlahan. Dia memandang mamanya sayu.
"Cermin apa yang mama cakap ni. Mama selalu pandang cermin solek tu je. Tak ada cermin lain pon." Mulut dimuncung menunjuk ke arah cermin meja solek yang terletak di penjuru bilik.
Nazhan cuba memujuk mamanya.
Mamanya memang begitu. Setiap hari ada sahaja benda yang dicari, ada sahaja benda yang hilang atau ada sahaja sesuatu 'benda' yang dijumpai.
Kata orang mamanya terkena buatan orang. Gara gara tinggalkan Ayah.
Tapi padanya mama sudah hilang akal. Gila. Tertekan dengan sikap ayah.
Tapi apa sangat yang orang luar tahu. Mereka tak pernah tahu betapa teruknya mama kena libas, kena tampar teruk dengan ayah. Mama dah macam mayat hidup hari hari.
Aku anak lelaki mama. Anak lelaki yang tak guna. Aku tak mampu nak buat apa apa bila ayah pukul mama.
Dulu aku fikir mama memang layak kena pukul dengan ayah. Dasar perempuan tak guna. Tak reti nak jaga keperluan ayah. Dia hanya tahu kerja dan jaga penampilan diri sendiri.
Sungguh tak dinafikan mama memang lawa, dan aku yakin dengan sebab itulah ayah mengahwini mama.
Ayah tertekan setiap hari. Begitu juga mama. Aku jadi mangsa keadaan. Tersepit di tengah.
Memang benar kata orang. Kalau cintakan seseorang kerana paras rupa, semua itu boleh hilang, lantas perasaan sayang juga akan hilang. Ayah dah tak lagi sayang mama. Simpan perempuan keliling pinggang. Dia dah lupa dunia. Dia dah lupa agama. Harta kekayaan adalah tuhan dia.
Lama Nazhan mengelamun. Teringat sebentar duka lama.
"Maa." Dia memanggil mamanya lembut.
"Jom tidur. Dah lewat ni. Jom Han selimutkan mama." Dia cuba memujuk mamanya untuk tidur.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.35 malam. Jarang mamanya tidur selewat ini.
Selepas mematikan lampu bilik tidur mamanya, dia melangkah ke bilik. Mata makin berat.
Sesampai di katil dia tidur tanpa sempat selimut. Ngantuk teramat.
"Haaannn."
Sayuupp bunyi suara perempuan.
Dia membuka mata yang berat. Jam disisi dipandangnya.
'Dah pukul 3. Apa mama buat lagi.' Suara hatinya terdetik hairan.
"Haaaannn."
Sekali lagi suara itu memanggilnya.
Peluh mula membanjiri dahinya. Dia baru sedar itu bukan suara mamanya.
"Siapaa?!"
Dia cuba berlagak berani. Dia bangun dari katil dan menuju ke arah jendela yang terletak di sudut kanan bilik.
Jendela di selaknya perlahan.
Lega. Tiada entiti asing kelihatan.
Dia kembali ke katil untuk tidur.
"Ting tong." "Ting tong."
Tiba tiba bunyi loceng pula kedengaran.
'Siapa datang jam jam macam ni. Serius ah.'
Dia cuba untuk berfikir secara logik. Mana ada orang datang rumah pukul 3 pagi.
Mustahil.
"Memang hantu ni." Dia bermonolong sendiri.
"Aku tak patut buka. Tempah maut gila."
Dia bernafas laju. Dia juga mampu dengar degup jantung sendiri.
Dia cuba membaca beberapa surah lazim yang mampu di ingat.
Tiba tiba, lampu berkelip kelip. Kejap cerah, kejap kelam.
Dia mula rasa lain.
Loceng masih berbunyi tak henti.
Dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik.
Bilik Mak Nah diketuk kuat.
"Mak Nah."
"Mak Nah."
"Keluar sini."
Pelik. Mak Nah langsung tak menyahut. Dia cuba memulas tombol pintu tapi dikunci dari dalam.
Dia menuju pula ke kamar mamanya yang terletak di tingkat atas. Namun langkah terhenti bila terpandang sesuatu yang aneh di balkoni rumah.
Ada sesuatu yang tergantung.
Tergantung di lampu balkoni.
"Mamaaaaaaa!"
Dia menjerit kuat.
Ngeri sungguh. Lidah terjelir keluar. Mata terbeliak dan mulut ternganga.
Dan tiba tiba kepalanya rasa bedenyut.
Sakit.
Ada cecair merah yang mengalir dari celah celah telinganya.
Dan dia jatuh terjelopok ke lantai.
![](https://img.wattpad.com/cover/23289881-288-k644457.jpg)
YOU ARE READING
Kelam
Mystery / ThrillerKELAM Siapa kata hidup ini akan sentiasa indah? Mungkin orang bodoh. Atau orang-orang yang tak ada perasaan. Aku dulu selalu rasa hidup ni indah, even sometimes ada probs and obstacles, aku still percaya ada pelangi di sebalik hujan. Aku Nazhan. Seo...