Bab 6 - Aku suka dia ?

73 8 2
                                    


Farah's POV-
" Farah , boleh tolong tak? " tanya Nafisah kepada aku yang sedang mewarnakan kertas seni yang dilukis oleh Taemin. " Huh , aku ? Boleh je. Apa dia " Aku mendongak untuk bertentangan mata bersama Nafisah yang berdiri di depan mejaku. " Ha , tolong simpankan water colour dekat stor seni tuh
boleh tak ? Heheheheheh " Nafisah tertawa kecil sambil menunjukkan ke arah stor seni. " Halah , no hal lah. " Aku mengambil water colour daripada tangan Nafisah lalu pergi ke bilik stor seni.

Sampai sahaja di stor seni , aku membuka pintu kemudian aku mengambil bangku yang berada di hujung sudut kanan bilik. Walaupun aku memijak bangku , tetapi aku tetap tidak sampai ketinggian cabinet. Aku cuba dan tetap mencuba untuk meletakkan water colour di atas kabinet itu. Aku cuba dengan macam-macam cara. Menjengket , melompat atas bangku tetapi gagal. Tiba-tiba ,

*KEBABOM* aku jatuh daripada bangku itu. Aku cuba untuk bangun tetapi malangnya kaki aku terseliuh. Pada waktu itu aku meraung kesakitan. *KREKKKK* bunyi pintu dibuka. Aku masih berbaring di atas lantai. Aku lalu melihat ke arah pintu itu tetapi aku tidak dapat cam siapa di pintu itu kerana silau. Yang aku pasti pada waktu itu , ialah seorang lelaki yang berlari ke arah ku lalu mengusap kepalaku " Yah Farah , gwenchana ? " Dengan hanya mendengar suara , aku sudah tahu bahawa lelaki itu adalah Jonghyun. Dia mempunyai suara yang sangat unik lagi romantik. Jonghyun dengan cepat mendukung aku dan membawa aku keluar dari bilik stor itu. Aku tidak berkata apa-apa semasa Jonghyun mendukung aku. Aku hanya mampu melihat dia dan terpaku sahaja. Dari sudut aku itu , rahang Jonghyun sangat menarik perhatian aku. Dia memang hensem , tetapi dia tidak mempunyai perangai yang sama dengan ciri-ciri idaman teman lelaki aku. Apabila kami di luar bilik stor , aku mula sedar bahawa Jonghyun mendukung aku sepanjang jalan. Aku tidak memulakan apa-apa conversation begitu juga dengan Jonghyun.

"Turun. " tiba-tiba Jonghyun berhenti berjalan semasa tengah menaiki bukit untuk ke kelas dan masih lagi mendukung aku. " Ha ? " aku masih confius apa yang dikatakan oleh Jonghyun. " Turun lah sengal kau berat tahu tak ? " Jonghyun menjeling aku. " Ohh , em sorry. Tahu lah aku gemuk tapi tak payah lah nak jujur sangat. " Jawab aku dengan perlahan kemudian turun dengan kedua-dua belah kaki. " Auch ! Sakit ! " Aku jerit. Aku hanya duduk di atas jalan tar kerana tidak dapat untuk berjalan.
Jonghyun hanya melihat aku sambil mengangkat keningnya dan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. " Bodoh , " Jonghyun mendekati aku lalu menunduk untuk bersemuka dengan aku. Dia bertentangan mata dengan aku selama beberapa saat sebelum aku mengalihkan pandangan aku ke kaki aku. Aku dengar Jonghyun tertawa kecil. " Macam mana boleh jatuh ? Sakit sangat ke ? Hmm? " Tanya Jonghyun sambil memandang mata aku. Aku elak dari bertentangan mata dia. Aku takut jika aku tidak elak , mungkin aku akan jatuh cinta dengannya.  " Tak perlu tahu." Aku jawab sambil mengurut-urut kaki kiriku yang telah terseliuh. Lalu Jonghyun pon mengeluh.

Jonghyun mengeluarkan sapu tangan daripada poket kirinya. " Sakit sikit je ni" kata Jonghyun sambil tangan kanannya memegang kaki aku yang terseliuh itu dan membalutnya dengan sapu tangan. Aku hanya melihat kaki ku dibalut dan menahan kesakitan. Jonghyun hanya senyum apabila aku meraung.

Di dalam kelas-
" Farah , petang nih tau. Aku ambik kau dekat rumah kau ya. " kata Taemin sambil tertawa kecil. " ya , ya aku tunggu. nih alamat rumah aku. " aku menghulurkan sehelai kertas yang tertulis alamat rumah aku. " Nih dikira first date kita ke ? " tanya Taemin sambil menggaru kepalanya. " Hehehehe , ikut kau lah. Boleh je nak anggap dating. "aku malu tersipu-sipu dan tertawa kecil.

"Kau memang kaki perempuan ke? " tanya Jonghyun yang sedang memerhatikan kita daripada tempat duduknya. Kemudian Jonghyun bangun lalu menyilangkan kedua-dua tangannya dan berjalan ke arah aku dan Taemin perlahan-lahan. Setelah Taemin perasan bahawa Jonghyun berjalan ke arah nya , Taemin bangun daripada tempat duduknya dan beranikan dirinya di hadapan Jonghyun. Aku mula berasa resah kerana takut atas perbuatan Jonghyun yang akan dia lakukan terhadap Taemin. Pada waktu itu , seluruh pelajar kelas 6Adab melihat mereka berdua.

"Kau nak buat apa bila dapat si Farah tuh ? Hmm ? Buat dia pregnant lepastu cari orang yang baru ? " kata Jonghyun selepas dia berada betul-betul di hadapan Taemin sambil mengangkat kening dan bertentangan mata dengannya. Tanpa membalas kata-kata Jonghyun , Taemin menarik collar nya menggunakan tangan kiri dan lalu menumbuknya. Jonghyun menahan kesakitan dan hanya memandang Taemin dari atas ke bawah. " Kau cakap macam untuk diri kau je. " Taemin mahu meneruskan untuk menumbuk Jonghyun tetapi beberapa orang classmate menghalang. Jonghyun hilang sabar kemudian dia menolak semua orang yang mengahalangnya bergaduh dengan Taemin. Dia memegang collarnya dan menumbuk bertubi-tubi dan tidak terhenti-henti. Kalau ikut kan , aku tidak mahu terlibat dengan pergaduhan mereka berdua tetapi aku terpaksa masuk campur. " STOP ! " aku menjerit. Semua orang terpaku seketika termasuk Jonghyun. Jonghyun menoleh ke arah ku dan berjalan mendekati aku. " Kau aku punya. " kata Jonghyun sambil bertentang mata dengan aku. Aku tidak membalas kata-katanya. Jonghyun terus mengambil beg sekolahnya dan berjalan ke arah pintu keluar kelas. Aku tahu bahawa Jonghyun memang betul-betul marah pada waktu itu. Dia hanya menendang semua meja yang menghalang laluannya.

JONGHYUN'S POV -
Aku terus keluar daripada kelas dengan keadaan yang marah dan sakit hati. Semua orang yang berada di koridor memandang aku seolah-olah aku berjalan di atas red karpet pula. Aku mengambil langkah-langkah yang besar untuk keluar dari sekolah dah menggalas beg di bahu kiri. Selepas sahaja keluar di main door sekolah , aku mencari satu port untuk mengenangkan jiwaku. Lalu aku pun duduk di bawah sepohon pokok yang sangat besar dan menyandar badanku di dahannya.

Aku menjadi sangat emotional pada waktu itu. Perkara yang telah pun jadi di dalam kelas tadi berulang-ulang flashbacknya di dalam kepalaku. ' Mungkin Farah dah jatuh cinta dengan Taemin kot ? Tak mungkin. Kenapa Taemin ? Kenapa tak aku ? Eh jap , kenapa aku kesah pulak eh ? Aku memang betul-betul sukakan dekat Farah tuh ke ? Haih , apa-apa pon aku memang tak boleh nak main-main dengan Taemin. Tumbukan dia memang power. '
Aku mengelap di hujung bibirku yang terdapat darah kerana tumbukan Taemin kemudian aku mengurut-urut kepalaku. Tiba-tiba , air mata aku keluar dengan perlahan. Hanya dua tiga titis sahaja yang keluar tetapi ia sangat beharga kerana bukan senang aku hendak menangis tentang perkara-perkara seperti ini. Maklumlah , hati kering.  " Jonghyun , Jonghyun jangan nangis Jonghyun. Hal kecik je nih , kau jantan kan. " kata aku untuk diri sendiri. Aku tidak tahan pada waktu itu , lalu aku bangun dan menumbuk dahan pokok bertubi-tubi. Darah mula mengalir daripada tangan aku.

Little Devil Where stories live. Discover now