bab 13

123 10 1
                                    

Dalam beberapa minit kemudian,Ustaz telah sampai dengan membawa seorang lelaki dan tiga orang wanita bagi memegang pelajar perempuan yang mengalami histeria.

"As'salamualaikum semua"
Kata Ustaz.

"Waalaikummussalam ustaz"
Jawab mereka.

Manakala mata Jaa sudah memerhati tajam ke arah ustaz sambil mendengus kasar berulang kali.

Iqa hanya tersenyum sinis memerhati mereka.

Ustaz menghampiri Jaa.

"Assalamualaikum kaum hawa"
kata ustaz dengan lembut.

Dengan secara tak langsung Jaa meludah ke arah kaki ustaz tersebut.

Rakan-rakan mereka yang lain sudah tidak senang duduk.

"Payah ni!tapi tak apa saya akan cuba sedaya upaya saya dengan izin Allah"
Kata ustaz ke arah mereka.

"Haa,siapa nama kawan kamu ni"
Soal ustaz ke Dayan sambil menunding jari ke arah Jaa.

Kelihatan Jaa mula cangkung sambil mengukir sesuatu dilantai.

"ahh,Hajar..Siti Hajar Munirah"
Kata Dayan.

"Oh,Ok..rakan-rakan kamu ada tak yang berdamping dengan sesiapa atau tersimpan barang yang tidak sepatutnya?"
Soal ustaz.

Mereka menggelengkan kepala.

Ustaz faham dengan keadaan mereka.

Ustaz mula memanggil tiga orang wanita tersebut untuk memegang Jaa dan rakan yang lain memegang Iqa.

"Pegang kuat-kuat"
Kata ustaz dengan kuat agar Jaa dan Iqa tidak lari kemana-mana.

Ustaz melaungkan azan.

"Lepaskan aku!"
Jerit Iqa.

Jaa hanya meronta-ronta dan minta untuk dilepaskan.

Setelah laungkan azan sudah berhenti,Iqa mula pengsan.Dalam beberapa minit Iqa sedar dan menangis sambil memeluk rakan-rakannya.

Badan Jaa menggelitik seperti orang hendak hilang nyawa.

"panas,panas.."
Kata Jaa sambil menoleh ke arah Sha.

Die mula merenung jauh ke arah Sha dan menyebabkan Sha pula yang mengalami histeria.

Secara tiba,Sha menghentakkan kakinya dan terus berlari meninggalkan mereka.

"Kejar dia!"
Kata seorang lagi ustaz.

Rakan-rakan yang lain mengejar Sha,kelihatan Sha berlari memasuki padang sekolah.

Setelah tiba,Sha seperti menggali tanah di pokok berpenghuni itu.

Tubuh Sha mula di tarik keluar oleh rakan-rakannya.

"Tolong aku..tolong!"
Kata Sha sambil memandang pokok berpenghuni tersebut.

Tiba sudah kedatangan ustaz.

Tak TenteramWhere stories live. Discover now