Bab 1: Daftar

50 5 6
                                    

Mia Pov

Aku mengerling jam di dinding.Alamak!! Dah pukul 10 rupanya?! Aku bergegas turun dari katil dan berlari menuju ke bilik air."Aduh apa pulak yang cici buat kat sini,dahla aku dah lambat nak daftar ke kolej ni, pergi bank lagi aduiii" bebelku sendiri. Hek eleh nakal pun kucing kesayangan aku jugak. Aku sedang menunggu cici untuk membuang air kecil di
bilik mandi. Cici memang biasa macamni sebab dari kecil dia sudah di ajar begitu. Tidak lama kemudian,keluar jugak si badan berbulu ni. Aku terus membuka pili paip dan mencurahkan air ke badan. Sejoknyaaaaaa!!!

Usai mandi,aku terus memakaikan baju kurung cotton dan shawl keknis yang sudah ku sediakan semalam.Alah daftar je pon takyah pakai cantik sangat. Hahahaha semangat nye nak masuk kolej. Manakan tidak, sudah hampir 5 bulan aku ber'cuti' dari belajar.

Selesai berkemas, aku terus berlari anak menuruni anak tangga. Taklah tinggi sangat setakat 20 anak tangga je. 100 anak tangga pun aku boleh turun naik tau! Hahaha sombongnya. "Hah dah siap pun. Cepat sarapan,tahu diri tu nak ma suk kolej masih jugak lambat ,ni bukan cuti lagi la" panggil mama sambil membebel. Aku terus mengambil nugget di atas pinggan yang siap digoreng oleh mama dannnnn ngapp! Masuk dalam mulut dan telan.ohhh nkmatnyaaaa."hey gelojoh nya budak ni, kalau iyepun duduk la dulu makan tu" tegur mama. Arghhh sesopan sopan aku ada jugak perangai jantan + syaitan ku. hahahaha takla sampai syaitan cuma nakal je hehe. Aku masih lagi mempunyai hati yang murni aciaaaa ."iye mamaku sayang" aku menurut saja apa yang mama ku katakan. " hmmm yelahtu" ku lihat papa disebelah mama hanya mengeleng-geleng kepala melihat gelagatku tanpa bersuara. Papa memang begitu bersuara bila perlu saja. Jenis orang yang cool je.

Harini papalah jadi penemanku untuk mendaftar ke Kolej Pendidikan Perdana,Shah Alam. Memang tak jauh dari rumah aku. Setengah jam je dah sampai. (Kalau tak jammed). Aku mengambil course accountant. Sejak kecil lagi aku minat math niii. Sebelum ke kolej, aku dan papaku ke bank untuk membayar yuran bagi sem 1. Sampai saja di kolej, aku terus berbaris menunggu giliran untuk pendaftaran di kaunter. Budak senior je yang jaga tu nasib baik bukan lecturer. "Hai dik, ni borang adik tolong isikan bahagian ni dan ni dengan kemas ye" beritahu kakak senior tu sambil menunjukkan apa yang perlu di isi. "Haaa dan satu lagi kunci ni adik boleh pilih bilik asrama yang mana adik nak sebab pelajar junior wajib tinggal asrama supaya senang menghadiri Hari Orentasi bagi student sem 1 dan nanti adik akan kongsi bilik dengan sorang lagi. Satu bilik khas untuk dua orang" jelas akak senior tu panjang lebar dan aku hanya membalas dengan anggukkan. Setelah borang lengkap di isi, aku berfikir sejenak"dahla aku tak beli apa-apa barang lagi tup tup esok dah masuk asrama "bebelku sambil menampar kecil dahiku. "Adik jagan lupa bawak barang keperluan ye, sebab di sini tidak dibenarkan keluar sesuka hati ketika berada di asrama" katanya. Haaaa baru je aku dok piker tadi tuppp dah kene remind. "Okay kak,thanks" kataku sambil mengambik kunci dari tangannya dengan senyuman semanis mungkin. Aku memang macamni, kalau dengan perempuan senyum sampai ke telinga. Murah je senyumku ,tapi kalau dengan lelaki haramla nak senyum. Lihat pun tak ingin apatah lagi nak senyum bagai.

Selesai urusan pendaftaran, aku mengajak papa ke pusat membelu belah untuk membeli stok makanan dan barang keperluan di asrama. Ohh diri ini dibelenggu kesedihan. Terpaksa berpisah dengan mama kesayangan dan si badan berbulu ciciku sayang hm tsk tsk. Ceh manjanya aku! Macam2 aku beli dah hampir mencecah rm500. Alah takpe bukan selalu pun belanja lebih. Harini je sebab dah terdesak sangat. Papa pun tak marah sebab papa paham orang perempuan memang belanja lebih sebab banyak barang yang perlu dipakai,kehendak pun banyak sebab perempuan kan ada 99 nafsu. Bukan nafsu lain ek jangan fikir negatif pulak. Serba sedikit aku beli baju kurung cotton dan shawl keknis untuk menambah collections ku hahaha. Aku ni suka pakai simple tapi bergaya! Aku ni rasa selesa je pakai baju kurung time belaja mungkin dah terbiasa dekat sekolah dulu cuma bezanya baju kurung tu warna puteh je boring hahaha. Ilmu pun senang je nak singgah kat otak.

Hampir petang aku sampai di rumah dan aku terus membaringkan diriku di atas katil dek kerana kepenatan bershopping. Baru je daftar dah penat, kalau dah belajar sana mahunye mati terus! Mataku menjadi berat dan lama kelamaan duniaku gelap dan akhirnya aku dibuai mimpi yang indah..

Enjoy your reading & jangan lupa vote! 😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You & MeWhere stories live. Discover now