Husna Damia seorang yang cantik, bergaya, sopan santun dan yang paling penting baik hati serta menjaga solat. Baginya ada lima perkara penting dalam kehidupan iaitu ibubapa,kawan-kawan,pelajaran,kerjaya dan agama. Namun satu perkara yang dia sangat elergik iaitu bercinta/mencintai/dicintai. Baginya cinta tidak memberikan apa-apa kepentingan serta faedah. Disebabkan hati yang beku macam ais di atlantik, Mia sekian lama hidup tidak berpasangan. Pujukan demi pujukan akhirnya lembut jua hati seorang perempuan dan tenggelam dalam asmara cinta terhadap si dia. Namun, dalam manis ada pahitnya jua yang perlu Mia tempuhi. Siapakah yang berjaya bertakhta di hati Mia? Bagaimana? Mia: Kenapa kau sukakan aku. Aku naik rimas tauk tak?! Farish: Sebab awak lembut bak sutera, bila saya tengok awak sedap je mata memandang.