[1] Akak...tolong.

75 1 0
                                    

Pada petang itu, aku duduk di buaian yang diikat ketat di bawah pokok rambutan yang terdapat di dusun buah-buahan nenek. Hari itu hari pertama aku di kampung. Aku yang meminta izin abah dan umi agar menghantarku ke sini untuk menemani nenek. Esok genap lima tahun pemergian atuk kembali ke rahmatullah. Aku sempat menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

Aku melihat sekeliling. Bersih. Aku tahu bahawa nenek ada mengupah orang untuk membersih dan mengait serta mengutip buah-buahan di dusun ini.

Ketika aku sedang ralit memerhatikan sekeliling, tiba-tiba terasa bahuku disentuh perlahan. Aku terkejut seraya pantas menoleh.
Kelihatan seorang budak perempuan yang agak tidak terurus keadaannya.

Pakaiannya lusuh. Rambutnya kusut. Aku juga perasan bahagian muka dan tangannya penuh dengan kesan merah-merah yang jelas kelihatan.

Dia memandangku dengan sayu sambil berkata, "Akak...tolong."

Aku masih lagi dalam keadaan terkejut tetapi aku cuba mengawal riak wajahku. Aku bertanya dan cuba untuk mengukir senyuman manis. "Nak akak tolong apa ya dik?"

Dia diam. Masih berdiri di tempat asalnya. Masih memandang sayu ke arahku. Aku berasa pelik.

"Nama adik siapa? Tinggal dimana?" aku cuba untuk beramah mesra dengan budak perempuan itu.

"Melati!!! Balik kau. Buat apa kat situ?" aku terkejut. Begitu juga dengan budak perempuan itu. Air mukanya kelihatan takut. Sangat takut.

Seorang lelaki yang aku agak berada dalam lingkungan umur 40-an sedang memandang tajam ke arah kami sambil memegang sebilah parang. Lelaki itu berdiri tidak jauh di belakang kami.

Budak perempuan itu yang aku agak namanya Melati berlari laju ke arah sebuah rumah usang yang terletak tidak jauh dari sini. Lelaki itu masih merenung tajam ke arah ku. Aku segera masuk ke dalam rumah nenek yang dibina bersebelahan dengan kebun buah-buahan tersebut. Aku takut dan bulu romaku meremang.

----------------------------

Malam itu seusai solat isya' berjemaah bersama nenek, aku menanya.

"Nek, rumah usang kat belakang tu rumah siapa? Ada orang duduk ke?"

"Oh itu rumah arwah Mak Limah. Dah dekat 2bulan jugak arwah meninggal. Sekarang ni rasanya suami arwah yang duduk kat situ. Dengan anak perempuannya. Tak silap rasanya nama budak perempuan tu, Melati. Suaminya pulak, Pak Malik. Haaa Pak Malik ni sebenarnya suami kedua arwah Mak Limah. Suami arwah yang pertama dah meninggal dunia bila si Melati tu umur 3 tahun. Kiranya Pak Malik tu bapak tirinya si Melati lah." panjang lebar nenek bercerita. Aku mendengar dengan penuh teliti.

'Oh maksudnya budak petang tadi tulah Melati. Lelaki tu pula Pak Malik. Tapi apa yang budak perempuan tu nak aku tolong ye?'

"Nenek pernah pergi ke sana?" tanya aku ingin tahu.

"Nenek dah lama dah tak pergi. Tak larat. Kali terakhir nenek pergi pun dua bulan lepas lah. Uruskan arwah Mak Limah. Kalau kamu nk pergi sana, pergilah. Ajak Melati tu berbual. Rasanya umur budak tu 10 tahun. Adalah kamu kawan berborak. Haaa esok nenek buat nasi lemak. Kamu hantar ke rumah budak tu esok ya?"

Aku mengangguk.

------------------------------

Aku terkejut. Aku menoleh ke arah jam. Pukul 3:13 minit pagi.

"Suara siapa tu? Malam-malam macam ni menjerit. Tak tidur lagi ke?"

Aku menutup novel yang aku baca. Perlahan-lahan menuju ke arah tingkap yang berada di bahagian tepi bilik tidur ku. Tingkap itu ku buka. Tidak semena-mena angin dari luar kuat menerpa. Aku tutup kembali dengan pantas.

"Ah baik aku masuk tidur." aku menuju semula ke arah katil.

-----------------------------

Setelah selesai memakai tudung, aku mengambil bekas mangkuk tingkat yang telah disediakan oleh nenek untuk dihantar ke rumah arwah Mak Limah atau sekarang lebih molek disebut sebagai rumah Pak Malik dan Melati.

"Nenek! Maya pergi dulu ya?" jeritku sambil menyarungkan sandal. Aku membaca bismillah sebelum memulakan langkah.

-------------------------------

"Assalamualaikum."

Tiada sahutan. Aku memberi salam sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Masih tiada sahutan.

Aku beranikan diri untuk mengetuk pintu rumah usang tersebut. Baru sahaja aku ingin mengetuk, tiba-tiba pintu itu terbuka dengan sendirinya.

"Assalamualaikum, Pak Malik! Melati..." tiada sahutan. Aku memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah tersebut. Hanya ada sebuah kerusi panjang yang bantalnya sudah pun terkoyak rabak terletak di tengah ruangan itu. Aku perhatikan betul-betul. Susuk tubuh seorang budak jelas kelihatan. Terbaring kaku di atas kerusi.


"Melati..." panggil ku lembut. Tiada sahutan. Aku beranikan diri mendekati budak tersebut. Aku melangkah masuk. Badannya ditutupi dengan selimut. Aku menyentuh perlahan tangannya. Mangkuk tingkat ku letakkan di tepi.

"Melati..." sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Tangannya yang aku sentuh terasa sejuk. Aku menarik perlahan selimutnya ke bawah. Menampakkan seluruh badannya.

Aku terkejut. Melati dalam keadaan bogel. Tanpa seurat benang. Badannya dipenuhi dengan kesan merah dan lebam-lebam. Ada setompok darah kelihatan di bahagian alat sulitnya. Aku tergamam. Aku tahu sesuatu yang buruk telah berlaku.

-------------------------------

"Terima kasih Cik Maya atas kerjasama yang diberikan." kata Inspektor Hadi setelah mengambil keterangan daripadaku mengenai kes yang berlaku.

"Encik, apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Melati?" tanyaku sebelum sempat anggota polis itu beredar.

"Siasatan awal menunjukkan mangsa telah dipukul di beberapa bahagian tubuh badannya. Lebih sedih lagi, mangsa disyaki telah dirogol beberapa kali. Malangnya, mangsa telah meninggal dunia beberapa jam yang lepas. Kami sedang memburu ayah tiri mangsa, Pak Malik yang disyaki merupakan saspek utama dalam kes ini." jawab anggota polis tersebut.

Aku terkejut. Melati didera? Dia dirogol? Mana hilangnya Pak Malik?

Nenek disebelah mengusap bahuku lembut sebagai tanda sokongan. Nenek seakan-akan memahami perasaanku.

Aku kesal. Kalaulah aku boleh bertindak dengan pantas semalam tatkala Melati meminta bantuan, pasti dia tidak akan mati. Rasa kecewa dan simpati semakin menebal. Maknanya jeritan yang aku dengar pagi tadi adalah suara terakhir daripada Melati. Ya, sah sekali.

------------------------------

Tanpa semua orang sedar, sepasang mata sedang merenung tajam ke arah tempat kejadian. Kereta polis, van ambulans dan orang ramai mula beransur pergi. Tangannya memegang sebilah parang. Giginya diketap kuat. Pak Malik.

| 7:10 PM |

Cerpen KampungWhere stories live. Discover now