Part 5

248 14 3
                                    

Liyana terdiam sebentar. Beliau cuba menghadam apa yang cuba disampaikan oleh Emma. Sambil mendengar beliau berfikir dalam kepalanya.
"Aku dan Rizman ni kalau nak diikutkan dah 3 tahun bercinta. Tak pernah-pernah dibawanya aku jumpa keluarga. Dia sendiri pun tak pernah macam tak pernah berhajat nak jumpa keluarga aku juga. Entah sampai bila agaknya dia nak bersedia".
Liyana masih lagi mendiamkan diri. Beliau mendengar kata-kata rakannya itu dengan tekun. Sambil mendengar, beliau menjamah sedikit roti yang dibawanya tadi.
"Kau kira bertuah la. Tak payah tunggu lama. Mesti dia dah start suka kat kau tu. Tu pasal dia nak bawak kau jumpa family dia kot. Mungkin betul la cakap dia. Dia ni jenis sentimental dan serius. Maybe..kau pergi sana is not a bad thing. Lagi pun... dia duduk dengan keluarga dia. Takkan dia nak apa-apa kan kau depan mak bapak dia kot. Lainlah kalau dia duduk rumah bujang seorang diri. Itu dah lain..Haha..", Emma cuba cuit hati Liyana.

Setelah berfikir sejenak, Liyana mula bersuara,
"Jadi.. kau fikir aku patut pergi?"
"Yeah.. why not? Kat sana boleh kau curi gambar dia dalam frame ke apa ke kan?".
"Hahaha.. Siot je. Tak payah. Dia cakap kalau aku setuju, dia bagi peluang kat aku tangkap gambar dia lagi".
"Wow.. then jangan fikir lagi. Just go, beb".
Liyana mula tersenyum. Beliau meletakkan tangannya di bahu rakannya itu dan mengusap perlahan-lahan.
"Thanks beb. You're the best".

Lalu, Liyana pun beredar dari ruang tamu itu dan terus masuk ke biliknya. Beliau melabuhkan dirinya ke katil. Hatinya berasa sangat seronok. Mungkin inilah masanya beliau akan mendapat seorang teman lelaki lagi. Kali terakhir beliau mempunyai hubungan cinta dengan seseorang adalah di zaman belajarnya dahulu. Hubungan itu terputus di tengah jalan kerana penghijrahan masing-masing. Jarak yang jauh tidak mampu bertahan lama. Dalam hatinya terdetik, andai segalanya berjalan baik esok, beliau ingin mengajak pula Mahmet berjumpa ibubapanya di kampung. Barulah seronok hati orang tuanya melihat kemajuan dirinya.

Liyana mengambil telefonnya dan mula menghantar pesanan whatsapp kepada Mahmet.
"Hi dear. Saya sudah fikirkan pelawaan Amet. Saya rasa ok jugak untuk pergi rumah Amet esok. Tapi janji masak sedap-sedap ya!".
Selepas menghantar mesej tersebut, Liyana mengambil bantal dan membaringkan kepalanya.

Beberapa ketika selepas itu, Mahmet membalas kembali mesej tersebut,
"Yes! Of course. Saya akan masak sedap-sedap untuk Liyana. Thanks. This going to be so great!".

Liyana tersenyum lebar membaca mesej itu. Mereka berbalas mesej dan menetapkan masa serta tempat untuk bertemu esok. Setelah semuanya sudah disetkan, Liyana pun tidur dengan hati yang ceria.

**********

Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang. Liyana baru sahaja keluar dari pejabatnya dan menuju ke Starduck Cafe. Di situ adalah tempat yang mereka janji untuk berjumpa. Selang 5 minit berjalan, Liyana sampai di tempat itu. Di sana, kelihatan Mahmet sudah pun menunggu beliau di hadapan kafe tersebut. Liyana melambaikan tangannya dan tersenyum,
"Wow.. awal Amet sampai hari ni".
"Hehe.. Sudah tentu. I don't know about you, tapi hari ini saya amat gembira sekali".
"Haha.. gembira sebab apa tu?", Liyana cuba mengusik.
"Ek eh.. buat-buat tak tau pulak. Haha. Sebab Yana sudi datang rumah saya la".
"Heee.. saya usik Amet saja".
"Okay lah. Lets go?".
"Jom".

Mereka berdua berjalan bersama menuju ke kereta Mahmet. Hari ini Liyana tidak membawa keretanya. Beliau menaiki bas untuk ke pejabat. Liyana berasa leceh jika membawa keretanya. Nanti sesudah selesai makan malam di rumah Mahmet, beliau tidak mahu pulang ke pejabat untuk mengambil keretanya semula. Lebih baik Mahmet hantarkannya terus ke rumah.

Jalan menuju ke rumah Mahmet selalunya mengambil masa 20 minit. Tetapi disebabkan kesesakan jalan ketika waktu orang balik kerja, ia memakan masa lebih sedikit daripada kebiasaannya. Semasa dalam perjalanan, hati Liyana berdebar. Ini pertama kali beliau pergi ke rumah keluarga kawan-kawan lelakinya. Jika ada pun bersama-sama teman yang lain. Bukan bersendirian seperti ini. Mahmet perasan wajah Liyana yang gementar itu. Beliau tersenyum dan menegur,

"Hey.. You ok? Muka Yana nampak gemuruh".
Liyana membalas kembali pandangan Mahmet itu dengan satu senyuman yang manis.
"Hm.. You know. This is my first time. So, saya rasa Amet boleh agak kan?".
"Hahaha.. Rileks. Tak ada apa untuk ditakutkan".

Setelah menempuh seaneka kesesakan jalanraya dari Jalan Ampang ke Bangsar, akhirnya mereka sampai di rumah Mahmet. Ia merupakan sebuah rumah banglo yang sangat besar. Terdapat sebuah kolam mandi di bahagian laman luar rumah itu. Apabila memasuki perkarangan banglo tersebut, dapat kelihatan taman botani mini yang menempatkan pokok-pokok serta bunga-bunga yang cantik. Seumur hidup Liyana, inilah pertama kali beliau menjejakkan kaki ke rumah sebesar itu. Beliau kagum dengan kecantikkan dan keindahan pemandangan di depannya.
"Wow.. you must be really rich".
Terukir senyuman di wajah Mahmet. Beliau membuka pintu kereta untuk Liyana dan mempelawanya masuk.
"Well.. Biasa-biasa sajalah Yana".

Selepas membuka pintu depan rumah tersebut, mata Liyana terbeliak melihat betapa besarnya rumah itu dari dalam. Seakan istana. Ruang tamunya sahaja boleh menempatkan lebih kurang 100 orang serentak. Belum lagi bahagian-bahagian yang lain. Di dinding terdapat pelbagai gambar-gambar dan hiasan yang cantik dan moden. Seperti ianya mendapat sentuhan penghias dalam rumah, Eric Leong.

"Okay Yana. Why don't you seat here first. I'll get you something to drink".
"Okay Amet. By the way, mana family Amet yang lain?"
"Owh.. My mum ada kat bilik dia tu. Tak sihat. Yang lain-lain belum balik lagi. Hey, don't worry. Make yourself comfortable. Buat macam rumah sendiri".

Mahmet pun berlalu ke dapur meninggalkan Liyana seorang diri di ruang tamu. Liyana duduk di sofa sambil melihat segenap ruang di rumah itu. Rumah itu sunyi. Lagi-lagi dengan keadaan ianya dihuni oleh 3 orang sahaja ketika itu. Beliau melihat gambar-gambar yang terdapat di dinding. Ianya sungguh cantik tetapi menghairankan. Tiada satu pun gambar di dinding itu adalah gambar Mahmet atau mana-mana ahli keluarga yang lain. Semuanya gambar seni, lukisan pemandangan dan sebagainya. Ia menimbulkan rasa pelik di kepalanya.

Terdapat bingkai-bingkai gambar yang kecil terletak di atas kabinet yang menempatkan televisyen besar di ruang tamu itu. Liyana ingin melihatnya. Lalu beliau berdiri dan terus ke kabinet itu. Beliau menatapi satu-satu tetapi masih lagi tiada gambar berkaitan mereka. Semuanya gambar-gambar abstrak seni.
Liyana cuba memahami. Jika Mahmet sahaja tiada gambar, mungkin beliau faham sebab Mahmet sudah pun menerangkan hal yang sebenarnya. Tetapi, satu keluarga? Itu pelik.

Sedang Liyana ralit melihat gambar-gambar itu, Mahmet keluar dari dapur membawa dua gelas air kordial.
"Here you go Yana", ujar Mahmet sambil memberi segelas air yang dibawanya.
Yana menerima sambil tersenyum kecil. Beliau tidak dapat menyorokkan dahinya yang berkerut.
"What's wrong Yana?".
Liyana menghirup sedikit air itu dan menjawab,
"Saya pelik la Amet. Why your house tiada langsung gambar Amet or keluarga ke? Semuanya gambar seni atau pemandangan sahaja".
Mahmet tersenyum. Giliran beliau pula meminum air.
"Well, senang cerita, all my family macam tu. Nak buat macam mana? It runs in the family. Haha..", Mahmet menjawab sambil tertawa kecil.  

TemuWhere stories live. Discover now