NOTE!: JANGAN LUPA PERHATIKAN SETIAP TAHUN YANG ADA KALAU TAK NAK KELIRU!
Kehidupan ini penuh dengan dugaan. Tidak pernah seseorang itu meminta dugaan itu datang dalam kehidupan mereka. Siapalah manusia jika dugaan itu tidak menimpa kehidupan seseorang? Tidakkah kehidupan mereka akan sempurna? Seperti yang mereka diluar sana sering katakan, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Manusia hanyalah insan biasa yang memiliki kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Semua orang menginginkan kebahagia dalam hidup begitu juga dengan seorang gadis yang bernama Ryu Eunmi. Impian setiap gadis muda untuk menyayangi dan mengahwini lelaki yang mereka cintai. Mendapat cahaya mata petanda cinta mereka, tapi apa yang dilalui oleh Eunmi sekarang bukanlah seperti angan-angan mahupun impian yang tertulis dalam buku hidupnya.
Oh Sehun. Eunmi mengenali Sehun sebaik sahaja menjejakkan kaki di bangku sekolah lagi. Kini, Sehun telah bergelar kekasih dan cinta hatinya setelah melafazkan kata-kata cinta antara satu sama lain. Cinta zaman remaja atau lebih dikenali sebagai cinta monyet sememangnya yang paling sukar untuk dijangka. Lazimnya percintaan di usia muda ini sering berubah dan tidak akan kekal lama. Kerana ia hanya hadir buat selang masa yang singkat sahaja. Tapi bukan bagi Eunmi dan Sehun. Mereka sudah menjalinkan hubungan bertahun lamanya, sehinggalah ke hari ini.
Mei, 1966.
Eunmi membelai lembut rambut kepunyaan kekasihnya yang sedang berbaring di atas paha. Sesekali mereka akan menikmati udara segar dan meluangkan masa bersama di taman. Sehun yang sedang selesa berbaring di atas paha Eunmi sempat meneliti wajah yang berada di hadapannya. Kulit putih bersih seakan-akan pucat, hidung mancung dan berbibir nipis. Mungkin wajah ini tidak cukup cantik bagi sesetengah orang, tapi ia sudah cukup untuk membuatkan Sehun jatuh cinta terhadap gadis ini. Sehun menarik nafas panjang sebelum bersuara.
"Sayang," Eunmi berhenti membelai lembut rambut Sehun dan menatap wajah lelaki itu. Menanti Sehun untuk menyambung kata-katanya. "Awak tak rasa ke apa yang kita buat ni salah?" Keluhan lembut Eunmi lepaskan. Dia cuba memandang ke tempat lain untuk mengelak dari bertentang mata dengan Sehun.
"Kenapa awak suka ungkit perkara yang sama sedangkan kita dah bincang pasal ni banyak kali, Sehun?" Sehun yang tadi selesa berbaring di atas paha Eunmi, sepantas kilat dia bangkit membangunkan dirinya dan memegang kedua belah tangan Eunmi, menyuruh gadis itu untuk menatap wajahnya.
"Sayang, pandang saya." Eunmi hanya menggelengkan kepala dan menundukkan wajahnya. Masih tidak menoleh dan memandang wajah kekasihnya itu.
"Eunmi, pandang saya." Kali ni suara Sehun lebih tegas, tapi Eunmi yang masih angkuh tidak menoleh sedikit pun wajah Sehun. Sehun memandang Eunmi sebelum tangan kanannya mula menarik dagu gadis itu agar dapat dia menatap wajah cantik kepunyaan Eunmi. Dilihatnya mata Eunmi yang berkaca menahan pedih yang berada di dalam lubuk hati, segera dia membawa gadis itu ke dalam dakapannya.
"Saya minta maaf, okay? Saya tahu apa yang saya cakap salah-" Belum sempat Sehun menghabis kata-katanya, Eunmi membebaskan diri dari dakapan Sehun dan memandang sepasang mata milik kekasihnya itu. Tidak boleh menerima setiap butir bicara yang keluar dari mulut Sehun.
"Tak. Apa yang awak cakap tu semua betul. Saya yang patut minta maaf. Disebabkan saya awak terpaksa tanggung malu." Sehun memandang Eunmi dengan sayu. Lantas Sehun melepaskan tangannya yang tadi memegang tangan Eunmi dan kini memegang wajah gadis itu. Mengusap kedua belah pipi gebunya.
YOU ARE READING
Pengakhiran Cerita Kita
RomanceBukan semua kisah cinta agung berakhir dengan kebahagiaan. Sungguh, kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan itu sukar untuk dimiliki. Tapi, mungkinkah ianya tidak mustahil bagi seorang gadis yang bernama Ryu Eunmi? Adakah pengakhiran cinta yang mengge...