Accept

2.6K 295 45
                                    

" Hyemi, makan sikit " Joshua cuba memujuk. Namun hasilnya masih sama. Hyemi tetap di atas katilnya sambil menangis.

" Aku taknak makan! " Bentak Hyemi.

" Hyemi, kau kena ingat! Kau tu mengandung. Kau kena makan untuk baby dalam perut tu " Bidas Joshua. Dia masih cuba bersabar dengan kedegilan Hyemi.

" Joshua, kenapa dengan kau? Biar je anak ni mati! Kau tak perlu risau. Anak ni bukan anak kau! " Kata-kata Hyemi itu membuatkan Joshua terdiam. Lelaki langsung tidak memberi balasan. Hyemi mula rasa bersalah. Pasti Joshua terasa hati dengan tengkingannya.

" Joshua.. aku.. aku minta maaf. Aku tertekan. Aku betul-betul tak ada niat nak tengking kau " Ucap Hyemi lembut.

" Walaupun anak tu bukan anak aku, tapi aku masih seorang manusia. Aku tak nak tengok anak tu mati sebelum dia sempat melihat dunia. Dia tak bersalah " Kali ini baru lah Joshua membuka mulut.

" Aku tak kuat. Aku takut! Aku takut kalau aku tak dapat jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu dengan baik."

" Hyemi, tanggungjawab tu boleh datang bila-bila masa. Bila keadaan memaksa, kau pasti akan sedia untuk galas tanggungjawab tu.. " Joshua berkata walaupun hatinya tetap menafi perkara itu. Tanggungjawab tak mudah untuk digalas. Tapi, dia juga tidak mahu Hyemi terus-terusan menganggap anak dalam kandungannya itu sebagai beban.

" Jadi.. aku kena kuat? " Joshua menganggukan kepala dengan soalan Hyemi itu.

" Anak ni bakal jadi pembakar semangat kau. Bila kau sedih, dia akan buat kau ketawa, bila kau susah hati, dia pasti aku buat kau senang hati. Percaya cakap aku, Hyemi." Kata-kata Joshua itu mula menyedarkan Hyemi. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Senyuman mula terukir dibibirnya. Maafkan mummy, sayang.

××××

" Morning! " Joshua menegur Hyemi yang baru sahaja menapak di dapur. Memandangkan Joshua baru sampai dari luar negara, jadi dia membenarkan jejaka itu tinggal di rumahnya.

" Awal kau bangun? "

" Ye lah. Nak memasak untuk mummy-to-be! " Balas Joshua ceria. Pecah gelak Hyemi melihat perlakuan kawannya yang satu ini.

" Ada-ada je kau! " Kini Hyemi sudah seratus peratus boleh menerima anak itu. Dia berjanji yang apa pun jadi, dia akan jaga anaknya sebaik mungkin.

" Hello baby! How are you today? Baby patut keluar cepat-cepat untuk teman mummy " Joshua mendekatkan dirinya ke perut Hyemi.

" Sibuk je Uncle Joshua ni, kan sayang? " Sampuk Hyemi. Tersenyum Hyemi dengan perilaku Joshua. Sedikit sebanyak dia dapat rasa yang Joshua seakan mengurangkan bebannya.

" Ye lah. Uncle menyibuk je " Joshua berpura-pura sedih.

" Orang tua buruk kalau merajuk! " Hyemi menjelirkan lidahnya. Joshua hanya ketawa mendengar ayat itu. Nampaknya Hyemi telah kembali.

" Kau duduk Korea sampai bila? " Soal Hyemi cuba mencari topik untuk dibual.

" Sampai bila-bila! Kan aku cakap yang aku nak jaga kau. Lagi pun eomma kau dah amanahkan aku untuk jaga kau. Well aku kan menantu sulung kesayangan dia " Balas Joshua bangga. Tiba-tiba sahaja satu pukulan hinggap di bahunya.

" Tolong lah Joshua! Siapa nak kahwin dengan mamat tiga suku macam kau? " Hyemi memutarkan bebola matanya tanda menyampah.

" Kau ni memang tak reti bersyukur! Orang sehandsome aku pun kau reject! " Walaupun pregnant, Hyemi rasa masih selamat anak dalam kandungannya kalau dia cepuk mamat di hadapannya itu.

" Kau kerja dekat company daddy kau ke? "

" Ye kot. Tapi kan, agak-agak kalau aku kerja dengan kau, gaji banyak tak? "

" Kau kerja dengan aku? Jadi cleaner cuci tandas nak? "

" Kejam! " Joshua cebik bibir.

" Bila kau nak keluar dari rumah ni " Agak kurang ajar soalan dari Hyemi itu namun dia hanya selamba. Sememangnya dia dan Joshua teramat lah rapat.

" Aku takkan keluar. Lagi pun aku dah janji dengan eomma nak jaga kau. And paling penting, aku dah janji dengan kau." Joshua menjawab.

" Banyak lah kau punya eomma. Eomma aku, bukan eomma kau! "

" Suka hati lah. Mummy aku pun kau panggil mummy! " Bidas Joshua. Pergaduhan mereka berterusan sehingga lah loceng rumah Hyemi berbunyi.

" Siapa datang? " Hyemi menjongketkan bahunya. Dia lantas bergerak ke muka pintu. Sempat dia berpesan kepada Joshua agar tidak keluar. Sebaik pintu dibuka, dia terkedu melihat seorang lelaki yang amat dia kenali.

" Hey babe." Jijik. Ya, itu lah yang Hyemi rasakan. Wajah kacak di hadapannya itu dipandang dengan rasa benci. Jeon Jungkook. Bekas teman lelakinya. Dia menangkap lelaki itu curang dengan seorang perempuan di atas katil.

" Apa kau nak? "

" Kalau aku cakap, aku nak kau? " Jungkook senyum sinis.

" Pergi mampus! " Kasar sekali bahasa Hyemi. Hatinya betul-betul sakit melihat muka Jungkook. Dia terasa dipermainkan. Dia betul-betul tak sangka lelaki yang dicintainya sanggup berlaku curang.

" Aku dengar kau mengandung?" Hyemi tergamam. Tidak menyangka yang berita itu akan sampai ke pengetahuan Jungkook.

" Apa kaitan dengan kau? Lantak lah aku nak mengandung ke, nak beranak ke, aku tak pernah kacau hidup kau kan? " Pintu rumah cuba Hyemi tutup namun cepat-cepat ditahan Jungkook. Dalam pergelutan itu, Jungkook berjaya masuk ke dalam rumah. Langkah Hyemi mula mengundur ke belakang.

" Apa kau nak hah?! " Hyemi sudah menggeletar. Dia tidak mahu perkara sama berulang kembali.

" Aku dah cakap kan, aku nak kau! " Balas Jungkook.

" Bro, sedar lah diri tu sikit! Dah kalau perempuan tu tak nak dekat kau, dipersilakan berambus! " Joshua terus keluar dari tempat persembunyiannya.

" Kau siapa? "

" Dah kalau Hyemi mengandung, mesti lah aku boyfriend dia. Eh apa bodoh sangat kau ni? " Kutuk Joshua selamba.

" Aku rasa kan, baik kau blah! Oh sebelum blah tu, rasakan ini dulu! " Bbuk! Satu tumbukan singgah di muka Jungkook.

" Itu sebab lukakan hati Hyemi dulu! "

" Kau pikir kau dah menang? Fine! Aku pergi sekarang! Tapi, ini tak bermaksud yang aku tak akan datang balik. Goodbye sayang." Senyuman sinis terukir di bibir Jungkook. Dia mula menapak keluar dari rumah itu.

" Kau okay? " Sebaik Jungkook pergi, Joshua meluru ke arah Hyemi. Hyemi tidak menjawab, dia hanya mengangguk lantas menghamburkan ketawanya. Terlopong sebentar Joshua melihat situasi itu. Apa kawan aku dah gila ke apa?

" Seronok sangat ke jumpa mamat tadi sampai kau boleh bergelak bagai ni? "

" Bukan sebab dia lah aku gelak. Aku gelak sebab kau! Jatuh maruah aku bila kau mengaku boyfriend aku tadi. Boyfriend aku tak keluar dari dapur sambil pakai apron pink okay! " Hyemi masih ketawa. Dah la apron warna pink, gambar kat apron tu boleh pula gambar Hello Kitty. Aduhai, memang la 'terbaik' sangat.

" Bukan setakat maruah kau jatuh. Maruah aku pun tercalar! Aduh macam mana boleh lupa tanggalkan pula! " Bebel Joshua.



Hello readers. Vote and comment for this chap. Saranghae readers ♡

I'm Sorry, Love (SEVENTEEN's Joshua)Where stories live. Discover now