BAB 1

28 0 0
                                    

      Sejak beberapa hari yang lalu, Tihah semakin risau berkenaan tiga perkara.Perkara pertama berkenaan cerpen bertema kesenangan yang perlu ditulis,tetapi dia belum ada idea. Namun, kerisauan itu menjadi kecil kerana ada kerisauan yang lebih besar. Tihah risau berkenaan rakan sekerjanya. Puteri Safee yang bekerja dengan Syarikat minyak wangi dan Ana yang berbisnes sendiri. Kedua-duanya seperti tidak dapat bertemu. Apabila bertemu, mereka berdua akan bermasam wajah. Seperti anjing dengan kucing.

      Pada fikiran Tihah, selepas peristiwa diberi nasihat oleh Harris, seorang lelaki yang kacak di rumah anak yatim yang diuruskan oleh Harris, mereka berdua insaf dan akan berbaik-baik. Namun, itu tidak langsung berlaku.

      Malah, nasihat Harris berkenaan minyak wangi dan solekan yang tidak boleh melebih-lebih, seperti tidak diendahkan oleh mereka. Puteri Safee tetap menggunakan minyak wangi sehingga semerbak satu rumah, dan Ana pula terus berbedak tebal sehingga nampak seperti badut.

      Risau Tihah itu tidak dapat disembunyikan. Tihah asyik termenung memikirkan perkara itu. Manakan tidak, apabila mereka berdua bersua sahaja, terus kening puntianak. Mulut pula automatik muncung seperti ikan todak. Maka, Tihah terpaksa berdiri di tengah-tengah sambil berkata, "sudahlah, jangan bergaduh lagi. Nanti apa orang kata."

      Selepas Tihah berkata begitu, mereka beredar dengan kening yang masih terangkat dan mulut yang muncung. Sehingga ke hari ini, sudah lebih lima kali alyah berdiri di antara mereka dan mengucapkan dialog yang sama. Tihah berasa risau sekali gus berasa letih.

        Letih dan risau tihah terbawa-bawa sehingga ke bilik kuliah. Sekiranya ada waktu senggang sahaja, sama ada pertukaran mata pelajaran ataupun rehat, Tihah akan termenung. Tuan Muhd Nabil yang duduk di sebelah Tihah segera merapat ke sebelah Tihah. Niat hatinya nekad mahu bertanya, punca Tihah termenung.

        dia memerhatikan dahulu ke pintu kelas, takut-takut pensyarah sudah berdiri di hadapan pintu. Selepas yakin masih ada waktu Kosong, Tuan Muhd Nabil pula terus mengangguk-angguk seperti faham walaupun hakikatnya, dia juga tidak faham walaupun hakikatnya, dia juga tidak faham dengan apa yang berlaku.

       "Jadi, mengapa mereka berdua masih begitu? Saya fikir selepas diberi nasihat oleh Harris, mereka berdua akan berubah. Namun, lain pula yang berlaku," keluh Tihah kepada Tuan Muhd Nabil.



PILIHAN KETIGAWhere stories live. Discover now