BAB 2

18 0 0
                                    

Tuan Muhd nabil hanya mengulang kelakuannya tadi, iaitu mengagguk-angguk. Selpas itu, barulah dia teringat sesuatu dan berkata, "Tihah, ingat lagi kisah Nabi Muhammad dengan ayah saudara beliau?"

       Tihah pula mengangguk sambil fikirannya cuba mengingati kembali kisah Nabi Muhammad dan bapa saudaranya, Abu Talib.

        "Abu Talib itu ayah saudara yang rapat dengan nabi. Namun, walaupun rapat, Abu talib tidak meninggal sebagai islam kerana beliau tidak mengucapkan dua kalimah syahadah. walaupun nabi sudah berkali-kali mengajarkan kepada beliau, beliau tetap enggan kerana nabi tidak mempunyai kuasa dalam satu perkara. Malah bukan sahaja nabi, manusia biasa, iblis, dan malaikat sekalipun tidak ada kuasa ke atas perkara itu. Awak tahu apa?" Tuan Muhd Nabil bertanya dengan wajah yang bersungguh-sungguh.

        Tihah terdiam. Otaknya ligat berfikir. Dia seperti tahu jawapannya, tetapi entah mengapa hari itu dia seprti terlupa pula. mungkin kerana kerisauan dalam hatinya yang membuatkan dia tidak dapat berfikir secara baik. 

        "perkara itu, Allah sahaja yang memilikinya, iaitu hidayah. Jadi, awak jangan risau sekiranya puteri Safee dan Ana masih seperti dahulu walaupun diberi nasihat oleh Harris. Harris tidak punya kuasa memberi hidayah, dia cuma mampu memberi nasihat. malah, awak juga perlu berbangga kerana sudah membuat bahagian awak, iaitu berusaha. Awak sudah berusaha yang terbaik, namun hidayah itu tetap Allah yang punya. Namun, walaupun awak sudah berusaha yang terbaik, tetapi awak tetap tidak boleh lupa satu perkara. Awak tahu apa?"

    Sekali lagi Tuan Muhd Nabil mengakhiri penerangannya dengan tanda tanya. Tihah pula terus diam dan jantungnya berdegup kencang kerana mahu tahu apa yang Tuan Muhd nabil mahu kongsikan dengannya.

     "Awak jangan lupa, bagi terus berjalan. Walaupun awak sudah melakukan terbaik, jangan sesekali awak berhenti. Jangan berhenti berusaha walaupun usaha awak sebelum ini adalah usaha yang terbaik," kata Tuan Muhd Nabil penuh semangat sehingga menarik perhatian Aina Tijah bagi mengikuti perbualan mereka.

      "Terima kasih kerana mengigatkan. Entah bagaimana saya terlupa, padahal itu perkara yang sudah diulang-ulang dahulu," ucap Tihah lalu tersenyum lebar. Buat pertama kali dalam beberapa hari, barulah dia berasa lega.

       Aina tijah pula yang lambat mengikuti perbualan mereka segera menyampuk, nampak mahu benar mengambil bahagian dan terus berkata, "Bukankah manusia itu memang mudah lupa? Lebih-lebih lagi dalam keadaan awak sekarangb yang sedang resah, lagilahbanyak perkara yang akan terlepas daripada tumpuan fikiran awak. Jadi, jangan layan sangat resah awak, nan ti awak asyik memikirkannyasehingga terlupa pada perkara penting yang lain."

       tihah mengangguk-angguk lalu tersenyum. Lega rasa hatinya, namun lega hatinya pada hari itu tidak akan lama kerana hari itu akan menjadi titik mula menjadikan Tihah semakin sibuk dengan kehidupannya sebagai seorang pelajar.


PILIHAN KETIGAWhere stories live. Discover now