BAB 4

10 0 0
                                    

Kumpulannya diketuai oleh orang yang Tihah paling tidak suka di dalam kelas itu, iaitu Muhd Syed Ikhwan yang suka menyalahkan orang. Kemudiannya, seorang lelaki yang sangat pendiam. Selama Tihah bersama di dalam kelas itu, Tihah tidak pernah melihat dia bercakap ataupun mengeluarkan bunyi apa pun. Ini termasuk bunyi bersin, menguap, ataupun bunyi mengeluh kerana pensyarah memberikan kerja rumah. Dia hanya diam dan terus diam. Namanya, Zulkhair Rostom. Asal-usulnya langsung Tihah tidak tahu.

Lelaki ketiga pula bernama harris khairil. Namanya memang harris khairil dan hanya itulah namanya. Sangat ringkas namun, tidak menggambarkan langsung berkenaan diri Harris Khairil;. Harris Khairil suka bermain drum dan gendang. Dia memasuki apa sahaja pertubuhan berkenaandram dan gendang. ini termasuklah kumpulan gendang silat, kompang orang kahwin, drum pancaragam dan dia juga pemain drum kumpulan muzik rock.

Itu belum menjadi masalah utamanya, keramna masalah utamanya adalah, di mana-mana pun dia pasti bermain drum. Meja kelas adalah dram kegemarannya. Apabila tidak ada meja, dinding pula yang menjadi dram, kemudiannya buku, botol air, dan beg pun menjadi dram. Sekiranya semua itu tidak ada, maka pahanya sendiri dijadikan dram.

Pada petang itu, Tihah duduk dalam kumpulan bersama Zet Jai yang seperti sibut menulis sesuatu. Zulkhair pula, hanya berdiam diri, manakala Harris sibuk bergendang dengan buku notanya sendiri. Tihah pula semakin banyak menconteng-conteng buku notanya, menandakan resah hatinya semakin menggunung.

PILIHAN KETIGAWhere stories live. Discover now