Sebuah kereta yang melalui jalan gelap gelita itu tiba-tiba terbabas akibat ternampak kelibat budak melintasi di hadapan mereka.
"Rani, apa tu?!" soal Qani. Terkejut dek kelibat itu.
Diam.
"Rani!" Qani menoleh ke arah sahabatnya itu. Namun hampa, tidak kelihatan.
"Rani!jangan buat aku takut! Shit!" ujar Qani serta tangisannya. Kemudian, dia mengintai-ngintai di luar tingkap. Lalu, dia beranikan diri keluar daripada kereta itu.
Terketar-ketar seluruh tubuhnya. Akhirnya dia keluar juga daripada kereta itu. Walaupun dalam keadaan gelap gelita, Qani masih mencari sahabatnya itu.
"Rani!.... Rani!"
Tiba-tiba terdengar suara budak ketawa.
"Hahahaha..... Rani.... Rani... Hahaha"
Ucap budak itu.Qani seakan mahu menjerit di situ.
"Rani mana kau?! Woi sial! Apa kau nak hah?!" seloroh Qani sambil matanya melilau melihat keadaan sekeliling.
Kedengaran lagi suara budak itu.
"Hahaha... Aku cuma nak roh kau! Hahaha" jawab budak itu.
Dengan selawat di bibir, Qani berlari sepantas mungkin. Walaupun dia tahu yang benda itu dapat mengejarnya.
"Maafkan aku Rani.... Maafkan aku" ucap Qani dengan tangisannya. Dia berlari tanpa arah tuju.
Sedang dia lari, tiba-tiba kaki kirinya ditarik. Tersungkur dia disitu.
"Ya Allah! Sakitnya" rintih Qani.
Dia memegang lututnya yang luka itu. Dagunya pula terasa pedih.
"Ahh, macam mana aku nak lari ni? rani!"
Qani cuba untuk berdiri tetapi tak dapat kerana lututnya itu sakit. Dalam hati dia berdoa agar benda itu jauh darinya.
"Arrghh!!"
Bunyi satu suara menjerit. Bisingnya satu hutan boleh dengar.
"Hah?.... Tu, Rr.. Rani kan?Rani! Rani!" jerit Qani.
"Hahaha... Kau nak kawan kau? Nah" ucap budak itu. Meremang bulu roma Qani.
"Apa maksud.."
Belum sempat otak Qani mentafsir kata kata budak itu, tiba-tiba sekujur tubuh jatuh tepat di depannya.
Pakk!!
Terkejut Qani. Serta merta dia menjauhi dari tubuh itu. Semakin dia jauh, semakin tubuh itu dekat.
"Qqq... Qann... Qani... Tolong... Aku" tersekat-sekat suara tubuh itu. Tangannya dihulur kan kepada Qani.
"Hah? Rani? Kau... Rani!" tanpa menghiraukan sakit di lututnya itu, lantas dia menghampiri tubuh itu.
"Rani? Apa jadi dengan kau?Allahuakbar!" setelah menghampiri tubuh itu, Qani terkejut kerana kaki Rani terputus dan matanya pula terkeluar.
"Mengucap Rani. Mengucap" ujar Qani lagi.
Dia menangis simpati terhadap Rani. Kenapa ya allah?
"Rani.. Kau... Kau lari sekarang!" Ucap Rani lalu dia memegang tangan Qani.
"Kau..." tidak terkeluar suaranya apabila melihat lembaga di belakang Qani.
"Kenapa?" soal Qani dalam sisa tangisannya.
Qani menoleh ke belakang dengan perlahan-lahan.
Gugur jantungnya melihat lembaga itu. Kepalanya tiada dan ususnya terkeluar.
"Hahaha.... Aku nak roh kau!"
YOU ARE READING
THE HORROR STORIES
TerrorHide before he saw you.. Don't look around because he still watching you! *This story in the Malay version actually* hope enjoy..