C6

11.4K 1.4K 280
                                    

Aku terkedu.

"Eh Jin cakap apa ni? Mestilah noona sayang semuanya."

Aku sudah memegang tangannya.

"Tapi.. Jin perasan apa-apa pun mesti noona utamakan Kookie."

Jin sudah tercebik-cebik. Halah, tak kuat iman aku macam ni. Terus aku mendukung Jin dan mengusap kepalanya.

"Noona sayang semuanya sama je. Noona tak bias, sayang. Cuma Kookie tu paling kecik. Dia tak tau apa-apa. Sebab tu noona kena banyak tolong dia."

"Habis tu, Jin ni besar sangat eh noona? Tae dengan Chim pun sama umur dengan dia. Kenapa noona tak jaga dorang macam noona jaga Kookie?"

Apakah kbat sangat soalan kau ni Seokjin... Di malam hari yang indah yang sepatutnya semua orang tidur dengan lena, aku disoal soalan-soalan maut ni pula.

"Arraso, salah noona sebab macam lebihkan Kookie. Lepas ni noona jaga semua orang sama okay?"

Aku mencium lagi pipi gebunya. Jin melepaskan pelukan pada leherku dan memandang aku.

"Okay, saranghae noona."

Jin mencium pipi aku pula. Omo! Best feeling in the world!

"Jin tunggu kejap noona nak kejutkan semua."

***

Selama ni aku mandi tak pula rasa happy macam ni. Hari ni lain macam sikit aku punya happy bila dapat bersihkan badan ni.

Usai bermandi-manda selama satu jam, aku keluar dari bilik dengan berkemban. Budak-budak tu aku dah tidurkan before aku siapkan diri aku.

"Omo!"

Terkejut aku bila nampak figura kecik sedang duduk di atas katilku, merenungku tajam dalam kegelapan.

Lampu dibuka.

"Yoongi! Buat apa kat bilik noona malam-malam ni?"

"Yoongi tak boleh tidur.."

"Alolo, kejap biar noona pakai baju, lepas tu kita tidur sama-sama ya?"

Angguk.

Aku memakai baju. Yoongi sudah berbaring, membelakangkan aku. Lepas siap pakai baju, aku menyikat rambut dan memakai losyen.

"Okay, siap!"

Tubuh badanku dihempas ke atas katil. Hah! Heaven! Rasa macam setahun aku tak dapat baring.

"Noona, Yoongi baru dapat tidur."

Yoongi sudah memandang aku dengan bibir yang dimuncungkan.

"Ah, mian. Sini noona peluk."

Aku menarik Yoongi ke dalam pelukan dan mencium rambut hijaunya. Aku menutup mata dan terus terlena..

Tanpa aku sedar, muka Yoongi sudah bertukar merah.

***

Mataku terbuka separuh. Terpisat-pisat sambil mengeliat.

Eh? Apa benda ni?

Aku rasakan ada sesuatu yang melingkar pada pinggangku. Keadaan yang gelap menyukarkan pandanganku.

Aduh.. Pencuri ke apa? Tapi semalam aku tidur dengan Yoongi kan? Ni besar semacam pula orang sebelah aku ni.

Aku sedikit panik. Cuba kau berada pada situasi aku. Bangun-bangun je ada benda tengah peluk kau. Mau tak histeria?

Aku paksa mata aku untuk melihat 'benda' yang tengah sedap tidur sambil peluk aku kat sebelah ni.

Eh, namja?

Namja tu mengeratkan pelukkannya pada aku. Terasa rambutku diusap dan sesuatu yang hangat menyentuh dahiku.

Aku tersenyum. Sah aku tengah mimpi ni. Haih, dah alih-alih mimpi best macam ni, kena lah hargai.

Aku membalas pelukkan namja tu. Hah, lena tidur.

***

"Noona! Noona! Wake up!"

Huargh! Apa ni bising-bising...

Mataku dibuka secara paksa oleh tangan-tangan kecil yang berada di depan aku tika itu.

"Em.. Nape ni Joon? Hari ni kan cuti tak payah pergi sekolah."

Aku sudah memejamkan semula mata. Mengantuk ni Joon... Tak sempat habis mimpi semalam, tsk.

"Memanglah.. Tapi kitorang lapar."

Hoseok dah merengek seraya menggoncang lenganku.

Sebaik sahaja aku dengar ayat Hoseok tu, terus terjegil mata aku. Ish, macam mana lah aku lupa nak sediakan breakfast untuk dorang!

Jam di dinding sekilas aku pandang. Pukul 11 dah! Omo!

"Mianhe! Noona penat sangat sampai tak bangun. Korang dah mandi belum ni?"

Angguk.

Eh kejap.. Aku mengira budak-budak di hadapan aku ni. Tak cukup lah.

"Tae dengan Yoongi mana?"

Semua angkat bahu.

"Hah, takpelah. Korang pergilah main ke tengok tv.. Eh tv tak ada. Em.. Main lah apa-apa dulu. Noona masak kejap."

Tanpa menukar pakaian, aku hanya membasuh muka dan memberus gigi. Kelam-kabut turun ke dapur dan mula memasak. Kesian dorang lapar.

***

Aku menghembuskan nafas lega. Siap pun makanan.

"Dongsaeng sekalian! Meh makan!"

Berderet-deret lah budak-budak tu berlari mendapatkan aku di dapur.

"Noona mandi kejap ye. Kamu makan dulu."

"Taknak! Nak noona makan sekali."

Jimin sudah memegang lenganku. Aish, tak kuat tak kuat. Dengan mata sparkling dia tu lagi.

"Tapi noona busuk ni."

Eh eh! Dia peluk aku pula.

"Tak pun! Jom lah noona makan sekali."

"Nae, nae. Dah Chim duduk. Noona nak ambik air."

Aku tuangkan air ke dalam cawan dan aku agihkan pada mereka. Lepas tu aku mengambil tempat duduk di sebelah Hoseok.

"Noona. Hoseok nak noona suap boleh?"

"Aigo.. Boleh sangat. Meh sini."

Aku menarik Hoseok untuk duduk di atas pehaku. Dengan muka bahagia dan berselera sungguh dia makan.

"Tae dengan Yoongi ni mana? Kita dah nak habis makan dah ni."

Daripada tadi tak turun-turun. Membuta lagi ke apa?

"Joon dah habis makan? Tolong noona boleh tak?"

"Em? Tolong apa noona?"

Namjoon yang sedang mengangkat pinggan memandang aku.

"Pergi tengok Yoongi dengan Tae tu buat apa dekat atas."

"Arraso."

Aku mengalihkan kembali perhatian pada Hoseok yang dah mengganga dari tadi minta aku suap lagi. Comel nya lah budak ni!

PRAnGGg!!

Aku memejamkan mata. Apakah bunyi itu? Sungguh menakutkan...

"Ops.. Pinggan ni dah pecah."

Namjoon tersengih menampakkan lesung pipitnya. Aku hanya mampu tersenyum hambar seraya memandang kaca pinggan yang bersepah.

Tiba-tiba Jimin bangun dan berlari ke arah Namjoon. Dah kenapa budak ni?

"Joon!! Ada nyamuk dekat pipi kau!"

"Hah mana mana? Argh habislah dia hisap darah aku!!"

Aku menggeleng. Apakah ini semua?

Tiba-tiba..

"Huwaaaaa! Kaki Chim berdarah!!"

BTS Kids?Where stories live. Discover now